Alkisah tahun lalu, Anim bertanya isi bekal dari rumah yang dibawanya. Sambil membuka bekas makanannya, dia mempelawa Anim merasa nasi goreng air tangan ibunya. Tak sampai hati menolak pelawaan anak berusia 7 tahun itu, Anim mencicipnya sedikit dan spontan berkata "Sedapnya nasi goreng ini. Pandai emak awak buat nasi goreng."
Tak disangka kerana satu ayat tu, mulai hari itu setiap kali dia membawa bekal nasi goreng, pasti dia akan menemui Anim dan meminta Anim mengambil sedikit nasi goreng yang dibawanya. Risau juga dengan tanggapan ibunya tapi Nani mengatakan, ibu yang suruh beri. Ingatkan tahun 2013 ni, Nani berhenti "mencari" Anim...rupa-rupanya tidak sama sekali.
Pagi tadi sebaik tiba sekolah, Nani menyuakan satu bekas polisterine beserta cabai jeruk sekali. Anim pun capai sudu dan nak ambillah sedikit macam biasa.
"Semua ni untuk Madam. Hari ni ibu saya goreng bihun". Haaaah....semua? Tq..tq..Madam memang tengah lapar ni, heeee....
P/S Kadang-kadang dengan satu ayat....kita boleh mengubah hidup seseorang..
Kebaikan yg kita buat dgn penuh rasa ikhlas sekali tapi penerimaan diberi beribu kali Anim. Itulah ganjaran. Kita berdoa sekali Allah beri berganda-ganda. Syukur nikmat...
BalasPadamNampak sangat dia sayang Anim.
apa yg kita ungkapkan secara spontan tu kita rasa kecil sangat maknanya tapi rupa2nya memberi kesan pada si anak kecil. dia gembira saya puji emaknya agaknya..
PadamOooo...Anim cikgu ya? Saya baru tau...rasa terharu baca entry ni..anak kecil tapi hatinya besar..mesti dia rasa gembira Anim terima pemberiannya ^_^
BalasPadamya..kak ni cikgu :D)) budak kecil ni naif..perkataannya jujur
Padamberuntung kak anim, rezeki jgn ditolak kak..tu tandanya ada yg sayang dan mengingati akak..
BalasPadambudak sekolah rendah ni memang macam tu KS..dia mudah meyayangi bila dia disayangi..
PadamOoooo cikgu ya....
BalasPadamBudak2 macam tu laa..dia tau mana kita ikhlas atau tidak...sebab sepatah ayat,cikgu di limpahi rezeki..Alhamdulillah...
kegembiraan jelas tergambar di muka, bila cikgu sudi jamah makanan mereka. kita yg dewasa ni kadang2 terlepas pandang..
Padamrezeki pagi2 ni ye anim
BalasPadamiyalah..kena pulak kak belum breakfast lagi, huhu...
Padamsalam..cantik template baru blog ni.
BalasPadamuntung cikgu dpt makan free...
tukar wajah di tahun baru..heee..
Padamrezeki pagi khamislah shaiful, tak perlu p kantin
kak anim, bagus ni..patut saya jadikan contoh
BalasPadamheee...apa pulak..
PadamBudak2 senang nak dibentuk..kalau cakap dgn org dewasa, berpuluh kali pun kadang2 belum tentu masuk..
BalasPadamorang dewasa ni senang aja. yang penting kita cakap dulu. dengar tak dengar kemudian kira kerana terlepas dah tanggungjawab yg kita pikul. tak kisahlah kalau kita dikutuk dibelakang..
PadamSo sweet... punyalah dia sayang kat Madam, sanggup mencari semata-mata nak kasi Madam rasa nasi goreng ibu dia...
BalasPadamcamtulah huda..budak sekolah rendah terutama tahun 1, memang suka manja2 dengan cikgu dia..
PadamSalam Anim..itulah nikmat berkasih sayang dengan keikhlasan...hanya dengan satu ayat yang ikhlas terjalin lah kasih sayang...
BalasPadamkadang2 ianya remeh bagi kita..rupa-rupanya beri kesan pada oranglain
Padam