Home · About Me · Sitemap ·

2012 berlalu pergi, jodoh pun tak panjang

Entry malam ini semuanya mengenai KERETA.

31.12.2012...sepatutnya Anim duduk di rumah saja. Maklumlah esok, kami di Utara akan memulakan persekolahan sesi 2013. Thomas, jurujual kereta di Auto City (pusat jualan bermacam jenama kenderaan di Juru) minta Anim membawa si Hitam hari ini kerana esok Penang cuti, JPJ Seberang Jaya tutup katanya.

31.12.2012, Selamat Tinggal Si Hitam. Dia dilepaskan dengan berat hati petang tadi. 4 tahun setia dan berkhidmat dengan cemerlang, apakandaya jodoh kami tak panjang. Perjalanan ke Kuala Selangor tempohari adalah aktiviti merayap terakhir dengan Si Hitam. Nampaknya lebih 2 minggu ni...terpaksalah Encik Suami menumpang sesiapa untuk ke ofis @ menunggang motosikal tua yang selalunya digunakan ke kedai atau surau terdekat. Semoga kehadiran "orang baru" pada 2013, menjadikan pemanduan yang lebih selesa buat kami ber2 yang bertambah usia dan perjalanan "menyejukkan" buat 2 Abdul kerana sering mengadu "kepanasan" duduk di belakang sebelum ini.

Selesai semua urusan, kami meminta bantuan seseorang untuk menumpang balik ke SP. Bertolak balik dalam hujan gerimis. Serentak dengan orang Penang balik kerja. Kenderaan bergerak perlahan. Menoleh ke laluan bersebelahan. Masya-Allah, kemalangan kereta yang baru saja berlaku. Kereta menghentam lori yang berhenti di tepi lebuhraya. Tak tahulah apa nasib penumpang hadapan kereta tersebut. Dah masuk bawah lori dah tu...Kasihan.

Tak jauh dari situ, laluan kami pula jammed panjang. Ternampak sebiji tayar tersadai di tengah lebuhraya. Kemalangan lagi!!!

Rasa-rasanya baru saja berlaku kerana masih belum ada bantuan dari mana-mana pihak. 2 biji kereta dalam parit tu. Tak silap satu Proton Wira dan satu lagi Toyota Wish. Remuk keadaan kedua-dua kereta .

Apalah nasib pemandu dan penumpang kereta itu agaknya...

Kami sangkakan 2 kenderaan itu saja. Rupa-rupanya tak jauh dari situ, ada satu lagi kereta termasuk dalam parit juga. Kali ni kereta Volkswagen Polo pulak. Dok fikir macamana kemalangan ini terjadi. Bukan jalan kampung, jalan lurus...Dan bertambah sangsi kerana diseberang jalan (bertentangan tempat accident) berkerumun pulak orang berhenti. Mungkinkah pemandu atau penumpang mana-mana 3 kenderaan tersebut tercampak diseberang jalan? Saspen...kena tunggu berita selanjutnya di paper esok hari nampaknya.

P/S Ngeri pulak bertemu 2 kemalangan kereta di kiri dan kanan highway penghujung 2012 selepas Anim menyerahkan Si Hitam petang tadi. Sorrylah..tajuk entry bikin saspen. Selamat Tahun Baru 2013.

Artikel berkaitan:

Bertemu DIA di Kota Warisan

Sebaik turun dari Bukit Malawati tempohari, Anim terus ke rumah adik lelaki Anim yang baru berpindah rumah di Sepang. Bagi yang biasa naik flight, pasti akan ternampak perkataan Kota Warisan ini dari atas flight. Geleng kepala bila diberitahu rumah teres 2 tingkat yang baru dibelinya itu berharga hampir setengah juta ringgit. Mahalnya rumah. Kalau kat SP, boleh duduk dalam kawasan padang golf , guarded lagi..

Geram dan tak puas melayan si kecil Asma' , setahun 5 bulan ni tapi masih belum boleh berjalan. Doktor kata kaki, lutut okay tapi masih takut-takut nak berjalan. Lucu tengok dia berjalan guna kedua lututnya. Laju pulak tu. Dia ni under therapy kerana kes tak nak berjalan nilah. Tabik kat adik ipar yang sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka atas permintaan suami (adik Anim) dan menjadi surirumah sepenuh masa menjaga 2 anak perempuannya. Yakin...rezeki datang dari Allah, tak perlu dirisaukan.

Walaupun tak berpeluang balik Johor cuti sekolah ni, walaupun hajat anak-anak nak ke Legoland tak tercapai, namun syukurlah..Allah beri kesempatan untuk menatap, mencium pipi dan memeluk  D I A yang istimewa ni di Kota Warisan. Tak berkesempatan nak dibawa ke SP kerana my bonda berhajat melawat besannya yang baru keluar hospital di Terengganu. Semoga Allah sentiasa memberikannya kesihatan yang baik .

P/S Bukan saja my bonda, berkesempatan juga bertemu abah , sebahagian adik-beradik, kaum kerabat dan keluarga mertua cuti sekolah ni walaupun kami tak balik Johor.

Artikel berkaitan:

Rawang-Bank Negara-Rawang

Pagi-pagi sudah keluar ber2. 2 Abdul tak mahu ikut. Lebih rela ditinggalkan kerana nak bermain bersama 3 sepupu lelakinya di Rawang. Senang sikit aktiviti merayap. Kami pun merayap dengan komuter. Boleh rehat sikit kaki sebab petang tu nak drive balik SP. Ku sangkakan diseberang landasan itu masjid. Ditegur dek Encik Suami, tengok betul-betul!, Tipah Tertipu...

Perkuidmatan komuter bukanlah asing bagi Anim. 4 tahun lalu, inilah pengangkutan yang dipilih untuk ke KL dari rumah di Klang waktu itu. Waktu itu coach pendek, sendat macam sadin. Kali ni coach baru. Coach untuk wanita je ada lebih 3 coach, pink gitu luarnya. Ada skrin TV la. Kartun Tom and Jerry jadi tontonan kami, heee. Lepas kartun, relax baca magazine dan buka iPad. Bukan niat nak menunjuk, sebenarnya ada misi 2012 yang Anim terlepas pandang. Syukurlah tersedar waktu sibuk2 celebrate birthday si Abdul di Tasik Banding. Terleka dengan keseronokan, kesibukan. Tu kena pulun, hukuman buat diri sendiri. Tinggal 2 hari saja lagi misi nak tamat masa ni...

3 tempat menjadi sasaran. 1) Urut badan di Medan Mara 2) handbag di Sogo dan 3) tudung di Jalan Tunku Abd Rahman. Bayaran urut badan dah naik RM10, jadi RM60 sejam manakala misi mencari tudung tak berjaya. Puas meredah mencari tudung terkini bersaiz XL, semua geleng kepala. Kemudian melangkah kaki ke Sogo untuk misi selanjutnya.

Mata ni memang tak boleh tahan nampak handbag. Saya mampu Carlo Rino saja, heee.Suka tengok gaya simple dan muda jenama ini. Tengok Braun Buffel dari jauh aja. Terkini, dah takde jenama Bonia di Sogo. Diganti dengan Renoma. Sembonia tu adalah. New arrival tu kena tunggu 6 bulan lagi untuk merasa discount. Opppps...terselit Yong Tau Fu berkuah sup kegemaran, kat Johor dan food court Sogo je leh jumpa . Cuma dah berusia ni, peninglah makan kat sini...bising!!! Nak berbual pun tak selesa...huhu...

Emel yang dihantar nilah yang menggoda I. Niat asal, berkenan dengan gambar2 yang depa e-mel ni. Lagi-lagi yang bawah tu, dapat discount RM100 (normal price item). So, tentulah si salesgirl pandang kita semacam bila ditanya "Mana normal price item?". Biar betul makcik ni...walhal sana sini sales.

Rupa-rupanya item offer tu kat Butik Carlo Rino saja. Butik terdekat, Berjaya Times Square. Tak kuasa makcik nak berjalan. Daripada balik gigit jari, item 40% shocking pink ni yang diangkut. Ada bran pakai shocking pink??

P/S Sesekali melatih kaki naik turun tangga...tabik kat orang KL yang berjalan laju, heee

Artikel berkaitan:

UMRAH...mudah jika kita berilmu (1)

Niat untuk meneruskan cerita seterusnya di Kuala Selangor terpaksa di"pause" . Pulang dari mengikuti Siri ke7 kursus haji di Masjid Sg.Pasir pagi tadi (terlepas satu siri gara-gara ke Tasik Banding), nak share input tentang umrah . Untuk ingatan diri sendiri juga. Kalau lama terperap, lupa pulak nanti.

Banyak teguran dan nasihat dari Ustaz yang perlu dipanjangkan. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada mereka yang akan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan umrah. Mulai bulan depan,musim umrah pun sudah bermula. Ramai yang bercadang dan telah membuat perancangan untuk ke sana. Bonda dan ayah Anim pun tak ketinggalan nampaknya. Mereka sudah menyerahkan passport untuk menunaikan umrah pada bulan Februari nanti dengan Syarikat Al Mukminin Travel Tours Sdn.Bhd, insya-Allah jika tiada aral.

Pengalaman Ustaz membawa jemaah haji dan umrah perlu dijadikan teladan. Menurutnya, terdapat kalangan jemaah wanita yang bertanyakan kemusykilan mereka setelah pulang ke Malaysia. Tak tahulah samada mereka malu bertanya di sana atau sedar mereka tersilap bila dah pulang ke tanahair.

Ada satu kes katanya, seorang wanita yang pergi buat umrah 3 tahun lalu atas tajaan satu syarikat MLM bertanyakan Ustaz tentang cecair yang keluar (bukan haid) semasa bertawaf. Kemudian dia bersai'e dan bertahalul. Keadaan itu disedarinya bila pulang ke hotel. Dia kemudian pulang ke Malaysia. Dan selepas dapat 2 anak, baru dia bertanya hal itu. Jawapan Ustaz, olehkerana tawafnya tidak sah, sa'ie dan tahalulnya juga tak sah, maka dia tetap dalam keadaan ihram. Umrahnya masih tergantung. Dia turut membawa pulang 13 larangan ihram ke Malaysia. Bayangkanlah selama 3 tahun dia menanggung dosa memotong kuku, mengerat rambut, melakukan persetubuhan hingga mendapat 2 anak sedangkan dia masih dalam ihram...naudzubillah.

Tegasnya, jemaah perlu ingat dan hafal 6 perkara rukun dan 2 perkara wajib dalam umrah . 8 syarat sah tawaf perlu dipatuhi.Ibadah ni ada undang-undangnya juga. Kebanyakan jemaah lebih mengutamakan yang sunat dengan mengabaikan yang fardu. Ustaz banyak menekankan pengertian "Suci daripada hadas besar dan kecil" dan "Suci badan, pakaian dan tempat tawaf" kerana masalah inilah yang sering menjadi sebab tawaf tidak sah bagi jemaah wanita.

Faktor cuaca, makan minum yang kurang teratur akan menyebabkan bahagian badan kita yang berlubang akan mengeluarkan sesuatu. Contoh, mata akan keluar tahi mata, hidung akan berhingus, badan akan berpeluh, begitu juga dengan bahagian sulit wanita. Cecair putih@ kuning yang keluar adalah najis. Jalan penyelesaiannya, masukkan kapas@kain putih selepas berwuduk untuk mengelakkan ia keluar . Kalau kita pakai panty liner@pad, cairan itu akan terkena pad, ia perlu dibuang dan bahagian sulit perlu dicuci. Jalan selamat...ikutlah saranan yang diberi.

Satu lagi teguran Ustaz ialah amalan kebiasaan jemaah yang ke Tana'im (tempat bermiqat) untuk niat ihram umrah dan kebiasaanya jemaah melakukan solat sunat ihram di situ walhal Tana'im ialah Tanah Halal bukan Tanah Haram. Kita kan nak rebut pahala berganda-ganda di Tanah Haram.   Sewaktu mengerjakan umrah bulan 6 yang lalu, seseorang pernah mengutarakan hal yang sama sewaktu bersembang dengan kami. Dia musykil dengan amalan jemaah yang ingin membuat umrah, pergi ke Tana'im selepas Asar untuk bermiqat dan bersolat sunat ihram di situ walhal termaklum, selepas solat Asar ialah waktu dilarang solat melainkan di Masjidil Haram saja.

Kalau kita sudah tersilap, berbanyak-banyaklah bertaubat dan memohon agar Allah menerima taubat dan ibadah yang telah kita lakukan. Allah Maha Pengampun...Berjanjilah pada diri kita untuk terus memperbaiki kejahilan kita. Bak kata Ustaz, "tak tahu itu bukan jawapannya".

P/S Disinilah pentingnya peranan mutawwif yang tahu hukum hakam dan bukan setakat tahu berbahasa Arab. Wallahua'lam

Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (3)
Umrah....mudah jika kita berilmu (4)

.

Artikel berkaitan:

Cerita Makan @ Kuala Selangor


Lunch bersama 2 Abdul tempohari di De Palma Kuala Selangor tempohari. Set dulang lagi. Lala, sambal udang, ayam lemak cili padi, sayur labu dan keropok. Ada tambahan buah tembikai. Kat Kuala Selangor RM15 per pax. Dek kerana kami ber3, order 2 pax saja. Berbeza dari D e  P a l m a A m p a n g, disini tidak disediakan cucur tangan. Kenalah lari keluar ke washroom. Depa kena contohi De Palma Ampang, lauk dihidang dalam dulang, mestilah sedap makan guna tangan, kan?

Sebenarnya malam selepas pulang dari melihat kelip-kelip di Kg.Kuantan, dah singgah Warong Soto ni. Lama ooo tak merasa makanan Jawa. Takkan nak ke Restoran Ikan Bakar, kat SP bersepah. Cuti Krismas agaknya...soto kosong je ada. Begedil habis, pecal habis. Keesokan hari, lepas turun dari meronda Bukit Malawati, ambil kesempatan singgah lagi Warong Soto yang baru saja dibuka (11 pagi). Takut kempunan balik SP nanti..huhu... Oh ya, ternampak keratan akhbar tentang Warong Soto di dinding restoran. Popularlah kot...

 Orang Jawa mesti cari makanan Jawa. Pecal you..tengok tauge yang special tu. Orang Jawa Selangor makan pecal dengan nasi himpit rupanya. Bukan mahal pun, RM3 sepinggan. Tak pernah jumpa tapai pulut hitam di mana-mana. Nilah 1st time rasa.

Soto begedil (RM4) memang kelas. Tu pasal pagi-pagi pun dah ramai yang datang membungkus agaknya. Satu lagi benda yang dah lama dicari-cari. Telur Pindang yang superb!! 3 hari 3 malam dimasak kata tuan kedai. Balik Johor pun susah nak cari. Majlis kahwin pun orang dah tak buat lagi. Walaupun RM1.30 sebiji, lebih dari 2 biji sekali hadap. Tu belum yang dibawa balik..(Siap sedialah kalau terbuang angin, huhu)

P/S Tak sempat merasa cendol durian berdekatan Warong Soto ini, perut sudah full....

Artikel berkaitan:

Fireflies (Kelip-kelip)@Kg.Kuantan

 Ada dua tempat untuk menyaksikan kelip-kelip di Kuala Selangor. Satu di Kg Kuantan (Majlis punya) dan satu lagi di Bukit Belimbing (pengusaha Cina). Kat Kg Kuantan, satu sampan penambang RM50 ini diisi 5 orang (termasuk pendayung). Kat Bukit Belimbing pulak katanya, naik bot berenjin 18 orang.

 Waktu Maghrib dah beratur pengunjung tunggu giliran. Betul-betul sebelah Kg Kuantan Firefly Park ni ada masjid. Boleh jalan kaki saja.

 Kami pulak bertolak dari hotel lepas Maghrib. Ramai yang berjalan bertentang arah dengan kami. Depa nak bertolak balik.

 Ramai pelancong Korea malam tu. Depa kata, pelancong Korea cukup suka tengok kelip-kelip ni. Ada yang tiap-tiap tahun datang kerana kelip-kelip ni. Diikuti pelancong Jepun dan Mat Salleh.

Kami ber4 cukup satu sampan. Seterusnya...takde gambar. Maklumlah...takde kamera sesuai untuk capture suasana gelap di Sungai Selangor ni. Nampak gelap saja guna kamera sedia ada. Namun seperti yang Anim katakan pada 2 Abdul, kenangan ini kita simpan di ingatan. Anim dan Encik Suami orang kampung, biasalah tengok kelip-kelip ni. Generasi anak kita...tengok kelip-kelip di pokok macam pokok krismas sambil menyelusuri sungai.

Nilah rupa kelip-kelip yang digoogle. Kecil sedikit dari kunang-kunang yang lebih bercahaya. Awas, anda akan didenda kalau menangkap kelip-kelip yang merupakan haiwan yang dilindungi ini.

P/S  Dah 30 tahun  pelancongan kelip-kelip di Kg Kuantan, si pendayung pun dah generasi ke 2 (anak). Dah duduk jauh,baru dapat tengok...huhu...

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 18: ALONE



Artikel berkaitan:

Cuti Krismas@Kuala Selangor

25 Disember, cuti Krismas kami di Kuala Selangor. Encik Suami ada urusan kerja di kawasan berdekatan. Walaupun cuti sekolah hampir berakhir, Anim dan 2 Abdul ikut sekali. 13 tahun menetap di Ampang/Klang/Shah Alam tak pernah sekali jejak Kuala Selangor. Tak sangka dapat ke Kuala Selangor bila dah duduk SP. Camtulah kan..

Lewat malam tadi, memandu tanpa arah tujuan yang jelas. De Palma Kuala Selangor sudah fully booked till 30 Disember. Encik Suami ada menyebut satu nama hotel di Kuala Selangor (lupa). Tak kisahlah, janji ada swimming pool. Depa ber2 tu tak boleh duduk diam dalam bilik saja. Macam cacing kepanasan. Anim ni kalau nak bawa depa berjalan-jalan tempat tak biasa ni tanpa Encik Suami, malas. Bantal dan toto turut disumbat dalam kereta. Kalau hotel tersebut tak menepati citarasa, patah balik Shah Alam dan tidur di apartmen kami yang masih kosong (lampu dan jeriji je dah pasang).

Namun, itu plan kita. Lain pula plan diberi Allah. Jam 12 malam tiba Kuala Selangor, mencuba De Palma sekali lagi, ada satu chalet kosong dek pembatalan oleh pelanggan. Alhamdulillah...

Tengah malam semalam dah terkejut lihat 2 Pak Belang menyambut kami di kiri dan kanan luar lobby.

Ada seekor lagi atas pokok. Depa maklumkan Pak Belang ni bertujuan menakutkan kera dan lotong liar yang berkeliaran dalam kawasan hotel. Hotel De Palma ni terletak dalam Kg.Tanjong Keramat, bukan tengah pekan.

 Sukalah 2 Abdul dapat mengayuh di sini. RM5 saja sewa satu basikal.

 Next aktiviti, berendam. Bukankah ini aktiviti kegemaran semua anak-anak kan?

Ummi 2 Abdul layan iPad bawah pepohon kelapa. Sekor demi sekor tetamu tak diundang menghampiri. Jangan bawa makanan, jangan beri depa makan. Kita tak kacau depa, depa tak kacau kita.

Balik bilik, solat dan ready untuk lunch. "Kasut Ummi tinggal sebelah" jerit si Abdul. Menjengok keluar...waaa...depa dah berkampung depan bilik kami. Anak, adik, baby, emak kera semua ada. Ada sekor kera jantan dok guard depa. Nak suruh 2 Abdul ambil takut pulak. Iyalah...dah dijadikan mainan depa. Direbut dan digigit sesama depa. Yang pelik, 2 pasang selipar 2 Abdul tak diendahkan. Kasut Scholl Anim pulak yang depa berkenan..

 Ni bawah pokok, atas pokok pun ada. Tak boleh jadi, telefon pihak hotel untuk hantar bantuan ambil balik kasut. Tak lama kemudian, salah seorang staff mai tinjau keadaan. "Ada sekor yang garang (bapak kera tadi). Dikejarnya kita nanti". Betul juga, tentu bapak kera tu ingat kita nak kacau kawanan yang dijaganya walhal mau ambil kasut saja. Staff itu kemudian berlalu pergi.

Dia datang semula dengan sesuatu di tangannya. Mencicit lari kera dewasa memanjat pokok. Dengan bantuan pekerja yang menyapu tu, dapatlah kasut itu kembali ke tuannya...

Terima kasih ya Pak Belang. Kehadiran kamu membuatkan bertempiaran lari kera-kera itu. Jaga kami sampai esok no....

P/S  Encik Suami bercadang nak membawa kami melihat kelip-kelip di Kg.Kuantan malam nanti. Cuaca mendung saja. nanti kelip-kelip tak mahu keluar. Mudah-mudahan ada rezeki kami malam ini.

Artikel berkaitan:

Memenuhi Hajat Seseorang@Tanjung Dawai

Semalam kami dikunjungi E l y n, mama dan ayahnya serta abang sulongnya yang bercuti (baru kerja di Petronas Kerteh). Depa dari kenduri kahwin di Gerik dan nak ke Alor Setar pula untuk satu lagi majlis kenduri sebelah mamanya. 2 Abdul cukup seronok bila dapat tau Elyn nak singgah. Suka layan Elyn yang speaking English memanjang. Cakap Melayunya pelat. Bukan diajar, tapi dek kerana dia ni sorang-sorang je kat rumah, rajin layan Barney's. (Mak sedara lahirkan Elyn sewaktu si kakak berusia 15 tahun ). Tahun ni Elyn bersekolah tadika di Cambridge Kids, Bukit Jelutong . Tahun depan, nak ditukarkan ke Tadika Islam pulak katanya.

Pak sedara Anim ni teringin nak makan Ikan Bakar di Tanjung Dawai gara-gara "terpengaruh" dengan gambar dan cerita kawan-kawan di Facebooknya. Hahaha....kes terliur lah ni. Dek kerana Encik Suami ada meeting dan tak dapat bersama tetamu, Anim bawa depa ke s i n i sebab  Restoran Ikan Bakar Mak Njang yang popular tu dibuka petang sikit. Dah dekat 3 petang tiba Arked Mara, tak banyaklah yang tinggal. Sotong katak, udang besar habis dah. Namun rezeki orang jauh yang dok teringin tu tetap ada. 2 ekor ikan jenahak, 10 udang saiz kecil dan 4 ekor burung puyuh yang semuanya dibakar jadi hidangan kami. Lain kali habaqlah awal-awal...senang sikit atur plan makan-makan ni.

 Tergelak kami semua bila Elyn bertanya, apa benda yang diletak atas pinggannya. Bila dikata "It's a bird"...spontan Elyn menjawab, "Poor bird!"

P/S Siapa yang teringin tu, habaqlah awal-awal no..

Artikel berkaitan:

DIA....silent reader istimewa

Bila Kak Jun, turunkan komen pada salah satu entry Anim last year, perasaan gembira berbaur terharu kerana tak sangka blog serba kekurangan ini dikunjungi The 1st Editor of Cosmopolitan Malaysia dan Former Assistant Editor Jelita ni. Terus jadi follower dia. Jadi silent reader dia dan sekali sekala saja tinggalkan komen. Kak Jun juga ada buka kelas bunga gum paste dan pandai menjahit. Suka tengok kek hasil tangan Kak June yang cukup halus dan berseni.

Namun lain pula perasaan ini bila seseorang yang Anim kenali memberitahu DIA turut mengikuti blog Anim. Anim pun tak tahu sebab DIA tak jadi follower. tak pernah tinggalkan komen. Sempat beritahu hal ini kepada Encik Suami yang memandu di sebelah, diketawakan kita pulak.

Alkisah pagi semalam Anim menghubunginya bertanya khabar. Anim tahu dalam sehari dua ini, DIA akan turun KL kerana salah seorang anaknya nak berpindah rumah. Anim ambil kesempatan memberitahu yang Anim dan 2 Abdul juga akan ke Selangor, insya-Allah, mengikut Encik Suami yang ada kerja di Kuala Selangor. Sudah pasti Anim mengharapkan kesempatan yang ada nanti membolehkan kami semua bersua wajah.

Lepas satu topik, ke satu topik, akhirnya bila tiba masa untuk menamatkan perbualan, DIA memberitahu DIA tidur lewat malam tadi. Bila ditanya kenapa, "buka blog Anim" jawabnya. Tiba-tiba hati Anim jadi tak keruan. Tak tau nak gambarkan perasaan tika itu. Malu ada, takut ada...dalam hati tertanya-tanya mana DIA tau, pandai pulak DIA cari. Sejak ada laptop sendiri, sejak dirumahnya ada line streamyx (DIA suka dengar ceramah agama di Youtube), terror sungguh DIA melayari internet.

Perasaan malu, takut Anim tu bertukar serta merta bila di akhir bicaranya DIA berkata,
" Eloklah. Teruskanlah menulis yang baik-baik". DIA yang Anim maksudkan ialah my bonda tersayang. Tak sangka betul....blog yang "tersembunyi" dari kaum keluarga rapat ni DIA dapat cari...waaaaa

P/S Terima kasih juga kepada anda yang menjadi silent readers blog Anim.

Artikel berkaitan: