Home · About Me · Sitemap ·

Bertemu DIA di Kota Warisan

Sebaik turun dari Bukit Malawati tempohari, Anim terus ke rumah adik lelaki Anim yang baru berpindah rumah di Sepang. Bagi yang biasa naik flight, pasti akan ternampak perkataan Kota Warisan ini dari atas flight. Geleng kepala bila diberitahu rumah teres 2 tingkat yang baru dibelinya itu berharga hampir setengah juta ringgit. Mahalnya rumah. Kalau kat SP, boleh duduk dalam kawasan padang golf , guarded lagi..

Geram dan tak puas melayan si kecil Asma' , setahun 5 bulan ni tapi masih belum boleh berjalan. Doktor kata kaki, lutut okay tapi masih takut-takut nak berjalan. Lucu tengok dia berjalan guna kedua lututnya. Laju pulak tu. Dia ni under therapy kerana kes tak nak berjalan nilah. Tabik kat adik ipar yang sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka atas permintaan suami (adik Anim) dan menjadi surirumah sepenuh masa menjaga 2 anak perempuannya. Yakin...rezeki datang dari Allah, tak perlu dirisaukan.

Walaupun tak berpeluang balik Johor cuti sekolah ni, walaupun hajat anak-anak nak ke Legoland tak tercapai, namun syukurlah..Allah beri kesempatan untuk menatap, mencium pipi dan memeluk  D I A yang istimewa ni di Kota Warisan. Tak berkesempatan nak dibawa ke SP kerana my bonda berhajat melawat besannya yang baru keluar hospital di Terengganu. Semoga Allah sentiasa memberikannya kesihatan yang baik .

P/S Bukan saja my bonda, berkesempatan juga bertemu abah , sebahagian adik-beradik, kaum kerabat dan keluarga mertua cuti sekolah ni walaupun kami tak balik Johor.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Bertemu DIA di Kota Warisan "

  1. anak saya pun jalan guna lutut. Abih lututnye jd itam & kematu

    BalasPadam
  2. Ya ke? Minggu lalu bertemu, dia dah boleh jln walaupun tak lama. Yg lucunya bila dokenakan jeans dia betjalan. Bila disaringkan baju lembut, dia guna lutut semula. So, kami suruh ibunya sarungksn jeans kerap. Mungkin material jeans keras, tak selesa nk jln guna lutut, tu dia terpaksa betdiri, hee.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai