Home · About Me · Sitemap ·

UMRAH...mudah jika kita berilmu (1)

Niat untuk meneruskan cerita seterusnya di Kuala Selangor terpaksa di"pause" . Pulang dari mengikuti Siri ke7 kursus haji di Masjid Sg.Pasir pagi tadi (terlepas satu siri gara-gara ke Tasik Banding), nak share input tentang umrah . Untuk ingatan diri sendiri juga. Kalau lama terperap, lupa pulak nanti.

Banyak teguran dan nasihat dari Ustaz yang perlu dipanjangkan. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada mereka yang akan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan umrah. Mulai bulan depan,musim umrah pun sudah bermula. Ramai yang bercadang dan telah membuat perancangan untuk ke sana. Bonda dan ayah Anim pun tak ketinggalan nampaknya. Mereka sudah menyerahkan passport untuk menunaikan umrah pada bulan Februari nanti dengan Syarikat Al Mukminin Travel Tours Sdn.Bhd, insya-Allah jika tiada aral.

Pengalaman Ustaz membawa jemaah haji dan umrah perlu dijadikan teladan. Menurutnya, terdapat kalangan jemaah wanita yang bertanyakan kemusykilan mereka setelah pulang ke Malaysia. Tak tahulah samada mereka malu bertanya di sana atau sedar mereka tersilap bila dah pulang ke tanahair.

Ada satu kes katanya, seorang wanita yang pergi buat umrah 3 tahun lalu atas tajaan satu syarikat MLM bertanyakan Ustaz tentang cecair yang keluar (bukan haid) semasa bertawaf. Kemudian dia bersai'e dan bertahalul. Keadaan itu disedarinya bila pulang ke hotel. Dia kemudian pulang ke Malaysia. Dan selepas dapat 2 anak, baru dia bertanya hal itu. Jawapan Ustaz, olehkerana tawafnya tidak sah, sa'ie dan tahalulnya juga tak sah, maka dia tetap dalam keadaan ihram. Umrahnya masih tergantung. Dia turut membawa pulang 13 larangan ihram ke Malaysia. Bayangkanlah selama 3 tahun dia menanggung dosa memotong kuku, mengerat rambut, melakukan persetubuhan hingga mendapat 2 anak sedangkan dia masih dalam ihram...naudzubillah.

Tegasnya, jemaah perlu ingat dan hafal 6 perkara rukun dan 2 perkara wajib dalam umrah . 8 syarat sah tawaf perlu dipatuhi.Ibadah ni ada undang-undangnya juga. Kebanyakan jemaah lebih mengutamakan yang sunat dengan mengabaikan yang fardu. Ustaz banyak menekankan pengertian "Suci daripada hadas besar dan kecil" dan "Suci badan, pakaian dan tempat tawaf" kerana masalah inilah yang sering menjadi sebab tawaf tidak sah bagi jemaah wanita.

Faktor cuaca, makan minum yang kurang teratur akan menyebabkan bahagian badan kita yang berlubang akan mengeluarkan sesuatu. Contoh, mata akan keluar tahi mata, hidung akan berhingus, badan akan berpeluh, begitu juga dengan bahagian sulit wanita. Cecair putih@ kuning yang keluar adalah najis. Jalan penyelesaiannya, masukkan kapas@kain putih selepas berwuduk untuk mengelakkan ia keluar . Kalau kita pakai panty liner@pad, cairan itu akan terkena pad, ia perlu dibuang dan bahagian sulit perlu dicuci. Jalan selamat...ikutlah saranan yang diberi.

Satu lagi teguran Ustaz ialah amalan kebiasaan jemaah yang ke Tana'im (tempat bermiqat) untuk niat ihram umrah dan kebiasaanya jemaah melakukan solat sunat ihram di situ walhal Tana'im ialah Tanah Halal bukan Tanah Haram. Kita kan nak rebut pahala berganda-ganda di Tanah Haram.   Sewaktu mengerjakan umrah bulan 6 yang lalu, seseorang pernah mengutarakan hal yang sama sewaktu bersembang dengan kami. Dia musykil dengan amalan jemaah yang ingin membuat umrah, pergi ke Tana'im selepas Asar untuk bermiqat dan bersolat sunat ihram di situ walhal termaklum, selepas solat Asar ialah waktu dilarang solat melainkan di Masjidil Haram saja.

Kalau kita sudah tersilap, berbanyak-banyaklah bertaubat dan memohon agar Allah menerima taubat dan ibadah yang telah kita lakukan. Allah Maha Pengampun...Berjanjilah pada diri kita untuk terus memperbaiki kejahilan kita. Bak kata Ustaz, "tak tahu itu bukan jawapannya".

P/S Disinilah pentingnya peranan mutawwif yang tahu hukum hakam dan bukan setakat tahu berbahasa Arab. Wallahua'lam

Umrah....mudah jika kita berilmu (2)
Umrah....mudah jika kita berilmu (3)
Umrah....mudah jika kita berilmu (4)

.

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "UMRAH...mudah jika kita berilmu (1)"

  1. Salam Anim...
    Banyak info yang berguna dalam blog Anim ni..kebetulan akak masih teraba raba dalam urusan Umrah ni. Akak pun pergi bulan Feb ni...Akak harap Anim dapat menulis lebih banyak lagi tentang pantang larang semasa Umrah ni ya terutama nya pada wanita...
    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak Ezza..
      saya hanya memanjangkan isi ceramah. banyak teguran dan nasihat yang diberi kepada jemaah haji/umrah. insya-Allah, saya sedang dlm rangka buat siri ke2, ke3 dan seterusnya. maklumlah, menyalin isi ceramah, bukan ada nota diberi..

      Padam
  2. salam...nak tanya, keputihan yg keluar tu dikira najis ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tanya mereka yang lebih arif. dalam pengetahuan saya yg cetek ilmu ni, sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur adalah najis. namun bagi yang mempunyai keuzuran, boleh rujuk entry saya ini. http://bicaraneem.blogspot.com/2012/07/mengatasi-masalah-terkucil-semasa.html
      wallahua'alam

      Padam
  3. macam mana pula hukum ambil ubat utk tangguh@hentikan period ye

    BalasPadam
  4. assalamualaikum Anim..
    Blog Anim mengenai umrah amat berguna bg akak.. cuma nak tanya . Since tak blh solat sunat ihram di tanah halal pd waktu haram, so nak solat sunat dimana..setahu akak selepas berniat umrah jemaah dibawa terus balik ke Masjidil Haram utk laksanakan tawaf..Tidak balik ke hotel terus ke Masjidil Haram

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh solat sunat kak di tanah haram sebelum kita dibawa muttawif mengerjakan tawaf. pengalaman saya, sebelum dibawa bertawaf, kita akan solat tahiyatul masjid dulu. apakata lps tu kita solat sunat ihram dua rakaat. wallahua'alam

      Padam
  5. Assalam. Maaf. Saya nak menarik perhatian saudari tentang tulisan berikut' ...masukkan kapas selepas berwuduk....'
    Bukan kah sepatuynya masukkan kapas sebelum berwuduk , sebab bila kita menyentuh tempat sulit maka wuduk kita akan terbatal.
    Mungkin kesilapan tak disedari( typing error) cuma takut ada pembaca yg tak perasan. Maka mereka bertawaf tanpa wuduk kerana perkara ini. Tq

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai