Lunch bersama 2 Abdul tempohari di De Palma Kuala Selangor tempohari. Set dulang lagi. Lala, sambal udang, ayam lemak cili padi, sayur labu dan keropok. Ada tambahan buah tembikai. Kat Kuala Selangor RM15 per pax. Dek kerana kami ber3, order 2 pax saja. Berbeza dari D e P a l m a A m p a n g, disini tidak disediakan cucur tangan. Kenalah lari keluar ke washroom. Depa kena contohi De Palma Ampang, lauk dihidang dalam dulang, mestilah sedap makan guna tangan, kan?
Sebenarnya malam selepas pulang dari melihat kelip-kelip di Kg.Kuantan, dah singgah Warong Soto ni. Lama ooo tak merasa makanan Jawa. Takkan nak ke Restoran Ikan Bakar, kat SP bersepah. Cuti Krismas agaknya...soto kosong je ada. Begedil habis, pecal habis. Keesokan hari, lepas turun dari meronda Bukit Malawati, ambil kesempatan singgah lagi Warong Soto yang baru saja dibuka (11 pagi). Takut kempunan balik SP nanti..huhu... Oh ya, ternampak keratan akhbar tentang Warong Soto di dinding restoran. Popularlah kot...
Orang Jawa mesti cari makanan Jawa. Pecal you..tengok tauge yang special tu. Orang Jawa Selangor makan pecal dengan nasi himpit rupanya. Bukan mahal pun, RM3 sepinggan. Tak pernah jumpa tapai pulut hitam di mana-mana. Nilah 1st time rasa.
Soto begedil (RM4) memang kelas. Tu pasal pagi-pagi pun dah ramai yang datang membungkus agaknya. Satu lagi benda yang dah lama dicari-cari. Telur Pindang yang superb!! 3 hari 3 malam dimasak kata tuan kedai. Balik Johor pun susah nak cari. Majlis kahwin pun orang dah tak buat lagi. Walaupun RM1.30 sebiji, lebih dari 2 biji sekali hadap. Tu belum yang dibawa balik..(Siap sedialah kalau terbuang angin, huhu)
P/S Tak sempat merasa cendol durian berdekatan Warong Soto ini, perut sudah full....
Bestnya jalan2....menghabis cuti yg berbaki yer cikgu...
BalasPadamCamtulah gayanya shaiful.,selagi belum buka sekokah, hee
PadamSaudari anim mohon maaf selalu late ke laman ni, nanti saya link bloglist...
BalasPadamTq sudi singgah
Padamcam sedap je soto tuh..tapi kita klu makan begedil, tak cukup satu heheee
BalasPadamkita tak berapa bole nak suka (sopan tak ayat ni?..hehe) telur pindang sejak kecik lagi..bila dah 'dewasa' ni baru tahu, ada gak org yg suka telur yg kita tak gemar ni haha
masuk paper dah warong ni. fofularlah tu di selangor.
Padamtelur pindang tu kak dan suami je makan. 2 abdul dok"wek wek", geram kak. diakan ada rasa rempah sikit.
tak tahulah, tekak kak memang minat giler dengan telur pindang ni..teringat2 masa tangan dok menaip ni..
as salam .. terjumpa blog ni ketika mencari QURAN DIGITAL. yang Anim beli tu .. berapa ? saya call Pn Maznah, katanya RM500. Tak berani order ... berhasrat nak gi tengok dan cuba dulu. Tentang SoTO tu .. memang favourite saya. Kat Utara.. bukan makanan budaya kita. Lidah saya boleh terima pula. Malah nasi himpit tu ..favourite. Sebab tu agaknya Allah SWT jodohkan saya dengan orang JAWA :). Tapi mak mertua tak pernah pula masak dan jamu SOTO pada menantunya :). Apapun saya lebih suka buat sendiri.. suami ajarkan. Dan sekarang dang expert :) yang di kedai kekadang terlalu masin supnya .. berminyak, nasi himpit sikit je .. dan pegedil TAK SEDAP. Terasa kentang je lebih. Ada pula terlalu kecik .. dan kalau besar .. di belah dua !!! Aduhh .. mana cukup. Bila buat sendiri baru puas hati. Makan berulang lagi .. by the way .. selama ni saya ingatkan DE PALMA tu hotel. Rupanya restoran ye ...
BalasPadamSaya beli dulu lepas diskaun RM550. Masa tu baru lagi digital pen dilkeluarkan. Tak pelah, tryllah dulu. Yg penting, baik pen atau mushaf mestilah telah disemak mrk yang ahli dlm bidangnya. De palma tu hotel lah shaty. Yg saya highlightkan sebab makanan di restoran dan cafe nya ada promosi unik masa saya stay sana.
PadamP/s orang jawa ni kdg pelik sikit. Mak dan merrtua sya pun jawa tpi depa pun tk pernah msak soto wktu saya kecil. Tak tau mengapa, heee...tahniahlah kerana dah pakar buat soto. Sambal kicap pun mesti kick dah ni kan...