Home · About Me · Sitemap ·

Rawang-Bank Negara-Rawang

Pagi-pagi sudah keluar ber2. 2 Abdul tak mahu ikut. Lebih rela ditinggalkan kerana nak bermain bersama 3 sepupu lelakinya di Rawang. Senang sikit aktiviti merayap. Kami pun merayap dengan komuter. Boleh rehat sikit kaki sebab petang tu nak drive balik SP. Ku sangkakan diseberang landasan itu masjid. Ditegur dek Encik Suami, tengok betul-betul!, Tipah Tertipu...

Perkuidmatan komuter bukanlah asing bagi Anim. 4 tahun lalu, inilah pengangkutan yang dipilih untuk ke KL dari rumah di Klang waktu itu. Waktu itu coach pendek, sendat macam sadin. Kali ni coach baru. Coach untuk wanita je ada lebih 3 coach, pink gitu luarnya. Ada skrin TV la. Kartun Tom and Jerry jadi tontonan kami, heee. Lepas kartun, relax baca magazine dan buka iPad. Bukan niat nak menunjuk, sebenarnya ada misi 2012 yang Anim terlepas pandang. Syukurlah tersedar waktu sibuk2 celebrate birthday si Abdul di Tasik Banding. Terleka dengan keseronokan, kesibukan. Tu kena pulun, hukuman buat diri sendiri. Tinggal 2 hari saja lagi misi nak tamat masa ni...

3 tempat menjadi sasaran. 1) Urut badan di Medan Mara 2) handbag di Sogo dan 3) tudung di Jalan Tunku Abd Rahman. Bayaran urut badan dah naik RM10, jadi RM60 sejam manakala misi mencari tudung tak berjaya. Puas meredah mencari tudung terkini bersaiz XL, semua geleng kepala. Kemudian melangkah kaki ke Sogo untuk misi selanjutnya.

Mata ni memang tak boleh tahan nampak handbag. Saya mampu Carlo Rino saja, heee.Suka tengok gaya simple dan muda jenama ini. Tengok Braun Buffel dari jauh aja. Terkini, dah takde jenama Bonia di Sogo. Diganti dengan Renoma. Sembonia tu adalah. New arrival tu kena tunggu 6 bulan lagi untuk merasa discount. Opppps...terselit Yong Tau Fu berkuah sup kegemaran, kat Johor dan food court Sogo je leh jumpa . Cuma dah berusia ni, peninglah makan kat sini...bising!!! Nak berbual pun tak selesa...huhu...

Emel yang dihantar nilah yang menggoda I. Niat asal, berkenan dengan gambar2 yang depa e-mel ni. Lagi-lagi yang bawah tu, dapat discount RM100 (normal price item). So, tentulah si salesgirl pandang kita semacam bila ditanya "Mana normal price item?". Biar betul makcik ni...walhal sana sini sales.

Rupa-rupanya item offer tu kat Butik Carlo Rino saja. Butik terdekat, Berjaya Times Square. Tak kuasa makcik nak berjalan. Daripada balik gigit jari, item 40% shocking pink ni yang diangkut. Ada bran pakai shocking pink??

P/S Sesekali melatih kaki naik turun tangga...tabik kat orang KL yang berjalan laju, heee

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Rawang-Bank Negara-Rawang"

  1. seronok sangat dapat bersiar2 bersama teman tersayang..ok lah bag tu cantik tuk para wanita ja...tahniah dapat jg bag..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada makna disebalik handbag tu, etuza. esok birthday saya:D))

      Padam
  2. hamboiii kak anim..handbag pink giteww..cunnn tapi saya tak guna handbag lagi la ni. penat nnti duk jaga je..
    kak, cer gi facebook 'Butik Inspirasihana'..saya dah pernah beli online, saiz banyak saiz xl ke atas..kain pun sedap di pakai, servis alhamdulillah memuaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat takde fb dik ooii..tapi nanti akak try google butik dia. tqvm

      p/s handbag colour2, matching2ni keluar balik.zaman muda,90an kak mengajar,memang giler betul beg dan kasut (dan tudung) kaler sama. awal 2000 dia balik pada warna basic hitam/coklat.
      masuk 2012,2013.....semua main dengan warna.

      Padam
  3. Assalamualaikum kak,

    amboi shopping sakan. Mesti meletup masuk kelas darjah 1 dan dua pakai beg pink!

    BalasPadam
  4. pinar-pinar biji mata depa, hii

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai