Home · About Me · Sitemap ·

Memenuhi Hajat Seseorang@Tanjung Dawai

Semalam kami dikunjungi E l y n, mama dan ayahnya serta abang sulongnya yang bercuti (baru kerja di Petronas Kerteh). Depa dari kenduri kahwin di Gerik dan nak ke Alor Setar pula untuk satu lagi majlis kenduri sebelah mamanya. 2 Abdul cukup seronok bila dapat tau Elyn nak singgah. Suka layan Elyn yang speaking English memanjang. Cakap Melayunya pelat. Bukan diajar, tapi dek kerana dia ni sorang-sorang je kat rumah, rajin layan Barney's. (Mak sedara lahirkan Elyn sewaktu si kakak berusia 15 tahun ). Tahun ni Elyn bersekolah tadika di Cambridge Kids, Bukit Jelutong . Tahun depan, nak ditukarkan ke Tadika Islam pulak katanya.

Pak sedara Anim ni teringin nak makan Ikan Bakar di Tanjung Dawai gara-gara "terpengaruh" dengan gambar dan cerita kawan-kawan di Facebooknya. Hahaha....kes terliur lah ni. Dek kerana Encik Suami ada meeting dan tak dapat bersama tetamu, Anim bawa depa ke s i n i sebab  Restoran Ikan Bakar Mak Njang yang popular tu dibuka petang sikit. Dah dekat 3 petang tiba Arked Mara, tak banyaklah yang tinggal. Sotong katak, udang besar habis dah. Namun rezeki orang jauh yang dok teringin tu tetap ada. 2 ekor ikan jenahak, 10 udang saiz kecil dan 4 ekor burung puyuh yang semuanya dibakar jadi hidangan kami. Lain kali habaqlah awal-awal...senang sikit atur plan makan-makan ni.

 Tergelak kami semua bila Elyn bertanya, apa benda yang diletak atas pinggannya. Bila dikata "It's a bird"...spontan Elyn menjawab, "Poor bird!"

P/S Siapa yang teringin tu, habaqlah awal-awal no..

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Memenuhi Hajat Seseorang@Tanjung Dawai"

  1. Mesti Elyn tak nak makan burung yg dia kesian tu...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. anak "hujung2"ni memang bijak. mungkin disekelilingnya orang dewasa..

      Padam
  3. salam kak..sedapnya..tanjung dawai tak pernah smpai lg..akak, adil elyn tu pandai speaking london tu mak pak dia ajar camne..parent dia speaking london jgak ker dgn dia..saya sedang mcari kaedah camne nk ank saya fasih bahasa yg satu ni la..harap akak blh bg panduan yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pun tak tahu betapa popularnya ikan bakar tanjung dawai di FB ni, hihi..

      p/s elyn rajin layan kartun Sesame Street & Barney's tu maklumlah abg sulong dah kerja,sorang di UIA, kakaknya di Mesir, so, takde kawan di rumah. banyak vocab yang dia tahu, ibu dan ayah pulak rajin melayan, guna ayat lengkap, takde short form.

      Padam
  4. Comel elyn!
    Saya pun pernah terbaca tentang restoran tu di satu blog, lupa pulak blog siapa.

    BalasPadam
  5. Aduh... Sebut saja Tanjung Dawai, IM akan teringat peristiwa IM kena marah dengan ibu_suri di depan orang ramai semasa dia masih baru dalam sakitnya ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat yg manis je IM..jangan ingat yang sedih...orang tengah sakit, tentu tak sedar akan kerenahnya

      Padam
  6. Balasan
    1. bila dah jauh, rindu-rinduan la ita...jauh nun nak terbang balik ke kedah..huhu

      Padam

Komen anda amat dihargai