Assalamualaikum wbt...
Buat sambungan entry kerana ada permintaan dari
Nurbijen. Minta share macamana terangkan kat si Abdul tentang tindakan guru kelasnya yang membuat pemulauan ke atas rakan sekelasnya yang mencuri hp guru.
Ramai yang tak sangka yang buat kerja tu perempuan kan? Kami agak dia ni terpengaruh dengan clip video seorang perempuan yang curi susu tepung dan sorok dalam kain tu:-))
Ralit membaca hadis yang diceritakan oleh Ka'ab bin Malik sendiri (salah seorang dari 3 orang yang dipulaukan) yang dirawikan oleh Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim dalam tafsir surah At Taubah ayat 118 (Tafsir Al Azhar, Jilid 4 m.s
3154-3160). Nak share, panjang sangat...6 muka surat, you. Catat point tertentu saja.
Anim mulakan cerita dengan si Abdul kecil tentang kisah apabila Ka'ab bin Malik berbicara jujur dengan mengatakan dia tiada halangan apa-apa dan tidak juga uzur di hadapan Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam bila ditanyakan mengapa tidak ikut menyertai Baginda Solallahu Alaihi Wassalam dan kaum Muslimin ke peperangan di Tabuk . Beliau dan dua yang lain (Marrarah bin Rabi' dan Hilal bin Umaiyah al-Waqifi) tidak membuat alasan uzur sepertimana kaum munafik yang lain. Nabi Muhammad Solallahu Alaihi Wassalam kemudiannya meminta beliau menunggu keputusan dari Allah (Surat At Taubah ayat 106).
Mereka bertiga kemudian dipulaukan. Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam melarang orang bercakap-cakap dengan mereka. Bila orang menjauhi mereka, Ka'ab bin Malik merasakan bumi sudah berubah hingga dirasakan bumi itu bukan bumi biasa yang dipijak. Keadaan ini berterusan sehingga 50 malam lamanya. Di antara mereka bertiga, Ka'ab bin Malik yang paling tabah. Dua sahabat yang lain tetap dalam rumah, duduk dan tidak keluar-keluar. Namun, Ka'ab tetap keluar, pergi solat berjamaah dan masuk pasar. Tetapi tiada seorang pun yang mahu menegurnya.
Setelah 40 malam dari malam yang 50 itu, tiba-tiba seorang suruhan Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam menemui Ka'ab dan memberitahu Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam memerintahkan beliau harus berpisah (menjauhkan diri) dengan isterinya (bukan bercerai). Begitu juga dengan sahabat-sahabat senasibnya juga. Beliau kemudian meminta isterinya pulang ke rumah orangtuanya dan menunggu keputusan Allah tentang keadaannya.
Akhirnya pada hari ke50, seseorang membawa perkhabaran gembira tentang taubat mereka yang diterima Allah SWT. Rasulullah Solallahu Alaihi Wassalam telah mengisytiharkan keampunan Allah terhadap mereka bertiga selepas solat Subuh (surah At-Taubah ayat 118). Ka'ab telah bercakap benar dan sehingga segenap sisa umurnya, tidak pernah walau sepatahpun dia berkata dusta.
Anim kata, pemulauan ke atas rakan sekelas si Abdul kecil itu pasti bawa kesan . Pertama, tak ada siapa bercakap dengannya. Kedua, rakan-rakan menjauh diri. Ke kantin seorang, ke tandas seorang. Ketiga, maruah terjejas. Jawatan pengawas digantung dan bakal dilucutkan.Keempat, jangan kata nak jawab pertanyaannya, bila senyum kat kawan ,tak ada siapa balas balik. Tak sedih ke? Sehari dua, tak apalah. Kalau berlanjutan hingga seminggu, dua minggu, sebulan? Kelima, lepas ni kalau berlaku kes kecurian lagi, dia pasti termasuk dalam list suspek.
Moga-moga si Abdul kecil mendapat pengajaran dari cerita Ka'ab bin Malik ini. Tadi dia beritahu Anim, dia dah nasihatkan rakan sekelasnya itu supaya meminta maaf kepada guru berkenaan. Mula-mula jawapan yang diberikan; MALU. Tapi atas desakan si Abdul kecil (dia ni ketua kelas), akhirnya rakan sekelasnya itu memberanikan diri meminta maaf kepada guru berkenaan. Rakan sekelasnya itu dah berjanji depan guru berkenaan untuk tidak mencuri lagi. Mudah-mudahan dia mendapat pengajaran dari pemulauan rakan-rakan sekelasnya.
P/S Si Abdul kecil bertanyakan Anim, boleh tak dia beritahu guru kelasnya tentang kemaafan yang sudah diterima oleh rakan sekelasnya dari guru berkenaan? Susah juga bila ada ketua kelas yang terlebih prihatin. Kesian tengok rakan sekelas dah macam kera sumbang!
Anim nampak tak bagaimana anakanda Abdul berbanding rakan seusianya? Pada kakak semua ini atas didikan dari rumah juga. Alhamdulillah anakanda Abdul menjalankan tugasnya dgn betul. Kakak rasa cikgu yg kena curi HP itu pun sebenarnya mahu mengajar dan mahu menjadikan kes ini sebagai teladan kepada yg lain...
BalasPadamMoga anak itu insaf...
Mudah2an kakzakie. Sebenarnya ini bukanlah kesalahan mencurinya yg pertama. Dek krn yg pertama berlaku di luar sek, telah diselesaikan sesama depa. Namun kesalahan kedua ini bersaksikan mata beberapa guru dan puluhan rakan sekolah.
PadamAnak kak anim matang dalam bersahabat. Jelas kelihatan sifat kepimpinan Abdul kecil ni. Moga pelajar yang melakukan kesalahan itu sedar dan jadikan hukuman yang diterimanya itu sebagai pengajaran.
BalasPadamDia ni mesra alam sangat zahratunnur. Cepat kesian kat kawan ...
PadamSetuju dgn Kak Zakie... Bijak dan prihatin.
BalasPadamSemoga pengajaran dr kejadian memberi hidayah kpd semua. Mana kita tahu...anak itu menjadi insan yg lebih berguna dan berjaya di dunia dan akhirat dimasa depan hasil dari pengalaman ini. Wallahualam...
Mudah2an begitulah. Jngan dibawa tabiat buruk itu berlanjutan ke sekolan menengah atau jika masuk asrama kelak..
Padammemang benar guru itu niatkanya ingin mengajar.. lebih elok kalau panggil mak ayahnya.. jangan marah tapi berbincang... sebab budak lagi boleh didik lagi
BalasPadamSi ayah kata, hantar saja ke balai polis. Si ibu kata, kesian, anaknya teringin hp jenis itu. Permintaan maaf langsung tak keluar dari mulut keduanya.
PadamSelalunya budak pompuan ni pengecut sikitkan Nim nak buat benda benda gini.
BalasPadamMoga budak tu dapat pengajaran daripada denda yg dikenakan cikgu. Bukan budak tu aje malu, mak bapak pun terasa jugak tu, yelah walaupun kadang tu mak ayah tak ajar pun suruh mencuri
bagus citer ni anim.. & sejuk baca tentang sikap keprihatinan abdul kecik ni,, dier serupa ADIK sangat prihatin pada rakan2
BalasPadamsalam Kak
BalasPadamharap2 budak tu insaf lah kan..salah satu bentuk pengajaran lah tu kan...
Terima kasih kak Anim atas entry yg sangat berinformasi ni…
BalasPadamMasya Allah, saya sangat kagum dengan sifat kepimpinan dan keprihatinan si Abdul kecil… Pandai dia pujuk supaya minta maaf dgn cikgunya… Semoga budak tu belajar dari kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi...
anim beruntung dpt anak yg perihatin . niatnya baik . nak kembalikan semula suasana asal supaya lebih harmoni ... semoga budak perempuan itu insaf .
BalasPadamcahayacinta
BalasPadamhee...lega bila sudha tahu dan maaf di terima. walaupun bab memulau itu agak berat di pandangan mata.
p/s: oh yeh bolelah cuti sekolah nanti :) ah..jalan masuk pasa bina tu. pastu ada kawasan perindustrian pengkalan zarib,pastu baru jalan terus masuk pinji mewah heee..dalam tu kalau jalan terus ada sebuah masjid baru di bina dalam 2 ke 3 tahun yang lepas.umh kita dalam lagi.memang dekat dengan pokok kelapa sawit heee..skrg kan ..kalau nak pi masuk "taman botani" dah boleh naik motokar hi....
erk..terlepas komen lain plk heee..
suka masuk blog ini. rasanya kalau terlepas siaran rasio kita boleh rujuk cerita ilmiah dan pedoman dekat sikit. cerita usrahh dalam masjid ada ker?
BalasPadamsaya nak pergi jugalah masjid dekat sini tapi wajin minta izin suami. dulu anak kecil memang tak berani nak bawa masa tu jauh sangat sekarang kena naik motokarlah dengan anak.anak deh besar sikit blh jadi geng.ni kalau dapat ajak admin best jer heee
Ni klu kat sklh saya, silap2 cikgu yg kena blk sebab pulaukan anak dia. Sedangkan ada cikgu gurau2 perli2 sikit anak dia sbb ngantuk dlm kelas pon, mak dia bleh datang ke sklh kata cikgu memalukan anak dia. Huhu...parent nowadays.
BalasPadamPrihatin si Abdul ni ya, Anim. Risau dia bila kawan sekelas dipulaukan. Mujurlah segala sudah selesai dan si Abdul berjaya memujuk si rakan meminta maaf dari guru. Memang tak percaya bila tahu yang mencuri itu seorang murid perempuan. Pengawas lagi tu.... entahlah di mana silapnya ya!
BalasPadam