Assalamualaikum wbt..
Pagi-pagi dah ada di Pusat Servis Perodua di Jln.Lahat, Ipoh. Dalam 15 minit dari rumah. Actually, minggu lalu nak p servis pada hari Sabtu tapi fully booked. Kensellah hari tu.
Dek kerana dah booked awal (minggu lalu), cepatlah nama dipanggil. Kalau tak ada masalah, servis siap dalam 45 minit katanya. Menunggu dalam suasana dipaparkan dan free WIFI, nampak gaya boleh publish satu entry ni, hee.
Ingat lagi tak entry
Ipoh 100 hari? Guna hp ni takleh link. Petang semalam kami singgah lagi sebaik tiba Ipoh. Barulah nampak nama gerai, huhu. Banyak sorry maaa...Mee Daud Mat Jasak rupanya. Camna leh silap info. Maaf ye...
Kita boleh pilih bahan-bahan (yong tau fu) sendiri untuk masukkan dalam menu mee kari, mee/kuey teow kicap atau mee/kuey teow sup kita rupanya. (Baru tau bila sudah habis makan)
Rupa Mee Kicap
Sup yang disertakan dengan Mee Kicap. Yang ni kira Mee Kicap biasa (tak buat pilihan sendiri).
Tiba-tiba bahu terasa dicuit seseorang. Encik Suami rupa-rupanya. Ajak balik. Actually bila Anim kata servis siap dalam 45 minit, dia kata belum tentu jugak. Tunggu depa telefon bila dah siap. Bukan jauh pun. Haah, boleh Anim balik memasak kerana hari ni kan Jumaat. Jangan salah sangka no sebab lepas tu Encik Suami balik ofis semula :-)) .
P/S Kalau tak dijemput balik tadi, mau siap draf 2,3 entry, huhu.
sedapnya Mee Kicap ni kak.. dulu2 rasanya sy pernah makan kat SP masa duk sana dulu,..adui! dok rindu dgn bihun sup dekat jam besaq kat SP nun...hehe
BalasPadamName kedai pun klasik, lain dri yg lain..
BalasPadamKalau dah sedap memang bertandang berkali-kalilah kan. Untungnya kalau hari Jumaat rehatnya panjang. Teringat kat bahan lawak akak saya di Johor satu ketika dulu, bila hari Jumaat aje ramai officemates yang nak balik rumah 'angkat kain' Oppsss....bukan angkat kain sendiri, nak angkat kain di jemuran aje :)
BalasPadamsedap ke kak..? mana lebih sedap dengan mee sup @ mee soto?
BalasPadamaaa..klasik nya nama kedai mee ...
BalasPadamwah.. terliur tengok mee tu kak anim.. lapar pula petang-petang ini.. hehe..
BalasPadamsedap nampak mee tu kak anim..hebat kak anim publish blog sambil servis kete tu..canggih betol zaman la ni kak yer..
BalasPadamNampaknya banyak makanan yang saya tak kenali tetapi cukup popular... Itulah untungnya mereka yg sering merantau... :)
BalasPadamKalau rajin berjalan dan suka mencuba pasti dapat merasa pelbagai jenis makanan kan, kak anim.
BalasPadamSedap nama mee tu kak.....
BalasPadamsambil servis kereta sempat jugak bt entry yer...hehehe
mat jasak antara yang terawal dalam mi kicap di Ipoh.. rasanya kenal mi kicpni di gerai pertama dia ...
BalasPadamdulu sangat sedap sekarangni dah kurang sikit sbb der banyak lagi kedai mi kicap yang sedap... terpulangkan..
suka sebab dapat pilih fish ball dan fish cake sendiri...
pedas ke kicap nyer tu?
BalasPadamWah canggih tempat menunggu... kalau macam ni lama pun ok la....
BalasPadamNampak simple tapi sedap mee kicap tu...
tapi pakchaq tak berapa suka makan kat luaq... tu yang susah sikit nak ajak dia pi try2/jalan2 cari makan... dia dok sorang pun masak.... makan kat luaq masa lunch ja...
Dah dapat tansfer ke Ipoh ke cikgu?
BalasPadamhehehe lain dari yng lain menu ni yer !
BalasPadamnanti balik kampung kat perak..nak singgahlah makan mee kat situ..nampak sedap!!
BalasPadamKalau boleh pilih best kak sebab boleh ikut selera sendiri.
BalasPadamnampak sedap sup tu kak..
BalasPadamkalau mknannya sedap mesti dtg lg balik kn kak..
best kan kak free wifi..kalau tak d jemput mesti entry boleh buat pnjg hehe..
Memang sedap sgt, sy selalu makan kat sini.. owner kedai biasa bawak kereta kancil, kdg2 jygak org lain yg beniaga kt sini, tak taw kenapa , penah kena sekali, tak brp sedap, kalau yg naik keta kancil memang sedap.. k.teow kicap paling sedap
BalasPadam