Assalamualaikum wbt...
Maryam, 3 bulan
Asma', 2 1/2 tahun
Husna, 6 tahun
Si cilik ber3 ni anak-anak adik lelaki Anim. Tiba dah lewat petang dari Teluk Intan (rumah mertuanya), kami ajak tidur rumah saja.
Lebihkurang 4.00 pagi, terjaga dek suara budak menangis. Mula2 ingat bermimpi. Eh..taklah. Cepat-cepat naik tingkat teratas tempat depa tidur.
Si kecil Asma' rupanya. Kata adik Anim, dia tiba-tiba meluru ke pintu dan menangis sambil menjerit "Miau...Miau". Bila ditanya, dia kata Miau gigit kaki dia. Suspen kami dibuatnya.
Dia memang takut kucing. Alkisah malam tadi, Anim bawa depa duduk-duduk di buaian masa mak dan abahnya makan. Tak lama, "kucing pendatang" yang kami panggil Musang menyelit masuk melalui pagar. Dia pun mencicit lari masuk rumah sambil tutup pintu. Takut sampai termimpi-mimpi. Adoiii...
Dekat sejam dia menangis. Ajak tidur bilik lain tak mahu. Yang pelik, adik dan kakak nya lena tidur tak terganggu oleh tangisannya.
Dia dibawa ke tingkat bawah. Emaknya pun turun memujuk. Bila tangisannya reda, dia minta air. Ingat kot dia nak minum. Tapi dia tak mahu minum. Jarinya dituju ke arah pintu. Dia kata Miau nak minum. My SIL bawa gelas dan selak langsir, pura-pura bagi Miau minum. Barulah dia senyap. Elok pula mengira tangga 1,2,3..10 semasa naik tidur semula.
Lama tak alami kerenah anak-anak mengigau malam, memang panik dibuatnya. Mulalah fikir bukan-bukan. Lega bila SIL bagitau, macam tulah keadaannya kalau ada sesuatu yang menganggunya di waktu siang. Malam dia akan mengigau. Aduiii...Asma', Asma'. Tak pelah, Asma' nak kejutkan Mak Ngah dia agaknya sebelum Subuh, heeee kerana sampai kesudahnya Mak Ngah tak sambung tidur.
Kami turut berbual mengenai hal itu semasa minum pagi. Manalah tahu itu juga satu petunjuk untuk kami. Kami hanya beri Si Musang makan tapi tak diberi minum (andaian dia ni pandai cari minum sendiri).
Atau adakah si Bisu kami di SP memanjat masuk ke rumah lagi waktu ketiadaan Anim dan si Abdul kecil? 2 minggu lalu, sebaik Anim dan si Abdul kecil tiba SP, si Bisu ada dalam rumah!!! Tak tau dari mana dia boleh masuk. Kalau nak tahu, bekas minuman sudah sedia di luar tapi dia suka sangat cari air dalam bilik air. Moga-moga si Bisu selamat.
P/S Ingatkan nak ronda Lumut sebaik tetamu beredar untuk majlis kenduri di Behrang. Tapi...lepas makan tengahari, terbabas pula tidur. Heee...gara-gara Asma'.
wah..meriah umah Anim. mesti seronok ramai2 macam tu..kerenah budak2 macam2 kan.. macam cucu knah.. main sorang2..tapi selalu sembang ngan abg.. siapa abg pun xtau.. bila tanya..dia akan cakap..tu abg..kdg2 seram pun ada..
BalasPadamCuti CNY dapat pulang kekampung MIL, seronok apabila semua adik beradik balik, apa lagi melayan anak2 buahlah. Ada sorang tu sgt rapat dgn saya...bila jumpa, nak dukung dan melekat jer dgn saya sampai balik pun nak ikut... Bila dah balik ni, terasa sunyi...
BalasPadamComel2 tetamu cilik akak ni... meriah lah rumah ada depa kan? hehe...
BalasPadamsy pandai panik kak klu anak mengigau...haha...
Assalamualaikum kak anim... terima kasih atas ingatan akak. Saya sekeluarga alhamdulillah selamat, rumah kami tak di naiki air, cuma terkepung tak boleh kemana-mana. Makan apa aja yang ada dalam rumah untuk 2 - 3 hari menanti air surut. Lama saya tak aktif ber blog sebab kerja d opis berlambak-lambak. Balik rumah pun dah penat nk bukak blog pun tak selera. hehehe.
BalasPadammeriah dan riuh rendah jadinya jika rumah didatangi tetamu cilik..
BalasPadammy dotter pun takut kucing. tapi suka. xtau nak react mcm mana. hahaha. when kids are around...memang meriah rumah jadinya kan.
BalasPadamWah meriah rumah jika ramai yang berkompul macam ni kan. :-)
BalasPadamtakutkn kucing sampai terbawa2 dlm tido...kesian asma.
BalasPadamsy dpt bayangkan betapa meriahnya bila da berkumpul sebegini
BalasPadamBila dah lama takda budak kecil di rumah, macam tulah jadinya ya :)
BalasPadamBudak2 kecik memang macam tu kak kak, kalau ada sesuatu yang menggangu depa siang hari kadang2 bawak sampai dalam tidur.
BalasPadamBahagia keluarga ni. Semoga terus mengeratkan perhubungan silaturahim.
BalasPadamSeriau gak tu nangis sambil tunjuk pintu......rumah baru duduk pulak tu.....Nasib ada cerita lain siang tu yeh Nim.....
BalasPadam