Assalamualaikum wbt...
Sekolah Anim dan si Abdul kecil cuti CNY, 3 hari saja. Hari ini (Isnin) dah bersekolah. Lengang saja jalan pagi tadi. Jiran sekolah kami pun bercuti lagi.
Semalam, jam 5 petang bertolak balik ke SP dengan Myvi. Macam-macam yang disumbat masuk bonet. Sempat masak 3 lauk untuk bawa bekal. Maklum, musim perayaan, takut penuh hentian rehat atau restoran. Kalau naik bas, minta MAHAP le ya. Tak kuasa nak mengangkut tiffin bertingkat-tingkat tu.
Perjalanan lancar selepas Taiping. Namun, bergerak perlahan menuju Bukit Tambun. Tersenggut-senggut macam semut. Accident gamaknya di depan. Waktu Maghrib tiba, Juru masih jauh lagi. Kami niat jamak takkhir . Harap-harap boleh tiba SP menjelang Isyak.
8 malam , kesesakan juga berlaku sewaktu melepasi tol Juru. Sempatke nak kejar Isyak di SP ni? Biasanya, lepas solat Isyak, masjid bergelap dan dikunci. Pada awalnya nak singgah Hentian Sebelah Sg.Muda dan tunggu waktu Isyak dalam 15 minit lagi. Kalau tak silap, ada kemudahan surau di situ. Fikir-fikir balik, biasanya cuti perayaan, hentian rehat/sebelah akan penuh. Surau pun tak terkecuali. Waktu malam, ramai orang, Anim dan si Abdul kecil pula akan solat berasingan. Orang perempuan ni taulah, nak wuduk, nak sarung balik makan masa berbeza dengan orang lelaki Risau pulak dia kena menunggu Anim sorang-sorang ..kensel plan dan teruskan perjalanan ke SP.
Kami keluar tol SP dalam pukul 8.50 malam. Isyak sudah berlalu (waktu Isyak di SP dalam 8.41 malam). Masjid terdekat dalam 500 m lagi. Nampaknya, kenalah cari stesyen minyak Petronas untuk selesaikan solat jamak Isyak/Maghrib sebelum tiba rumah. (Pernah singgah di surau stesyen minyak Shell di Desa Aman, Kulim. Stesen minyak Shell yang baru sudah ada kemudahan surau).
Elok saja menghampiri Masjid Matang Gedong, pesan kat si Abdul kecil, jeling-jeling masjid samada masih terang atau sudah bergelap.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Lega bila masjid masih terang benderang walaupun sudah hampir 9 malam. Rupa-rupanya ada kelas pengajian Quran di Masjid Matang Gedong malam tadi. Depa masih belum tunaikan solat Isyak berjemaah. Kat SP ni, kalau ada kelas pengajian atau kuliah Maghrib, jemaah akan solat Isyak lewat sikit. Tak risau dah kat si Abdul. Pesan kat dia, duduk di tangga masjid kalau dah selesaikan solat jamaknya.
P/S Ehhh...cam tak kena je tajuk entry. Belasah ajalah ya...
Memandu kereta baru...nampaknya lajulah odometer kereta tu nanti, asyik berulang alik Ipoh-SP. Jangan lupa servis ikut jadual ye. Biasanya macam tu lah, kalau ada kuliah...mesti sembahyang Isyak lewat sikit. Allah SWT permudahkan urusan kak anim... :)
BalasPadamtajuk mmg lari . tak pe . tetap baca sampai habis ... heheheee
BalasPadamkwn2 yg balik kg cuti ni, ramai yg ckp jalan sesak nak balik semula ke KL. ada tu bertolak dr kg 9pagi, jam 3pagi baru smpai KL. hadei~
BalasPadamSedikit lari tajuk lah kak...hehe...ni cikgu mcm mana nak bagi markah?? haha
BalasPadambila akak cerita perjalanan tu, sy boleh imbas lagi jalan2 tu semua.. sbb dulu kan lama duk SP.. masih ingat lah...:)
hehe..sesekali bikin suspen...tajuk lain,isi cerita lain...
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamapa pun semuanya telah dipermudahkan Nya...
Kakak belum pernah memandu sejauh itu Anim.
BalasPadamTempat kakak kalau ada kuliah maghrib pun sama solat isyaknya dilewatkan sikit. Sekadar beri laluan laungan azan Isyak biasa ustaz sambung balik sampai habis kuliahnya baru solat isyak.
tula cari la jugak, igt bawa pulang myvi baru ke tadi k.anim...
BalasPadampapepun Alhmdulillah segalanya selama ye kak...
jauh tu... tp yg penting semua selamat kan...
BalasPadamkalau niat baik memang dipermudahkan segalanyakan... dah jadi rutinler perjalanan jauh sebegini...
BalasPadamsalam kak anim..kesian gan kak anim terpaksa travel jauh2 camtu..semoga tabah dan tak jemu yer..tp takpe biasanya myvi laju berdesup..
BalasPadamalhamdulilah semoga di permudahkan urusan
BalasPadamLuangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini
Selalu mengantuk bila saja pegang stereng. Apatah lagi kalau jarak jauh...
BalasPadamHik! Apapun, terima kasih kerana sudi menyinggahi blog IM...
cutii cenggini mana2 pun sesakkan.. even toilet pun boleh jammed hehehe
BalasPadamTak kiralah kalau terkeluar tajuk sekalipun yang penting nak tahu cerita terbaru dari utara :) Wah, bila pulak dapat Myvi ni? Last sekali baca baru nak pergi beli kereta menggantikan Waja kesayangan tu... Lepas ni bolehlah bertolak balik bila-bila mahu. Tak perlu tergesa-gesa mengikut jadual perjalanan bas lagi.
BalasPadamAina ada satu kebiasaan iaitu solat di Gurun arah utara setiap kali balik kampung, kalau bertolak awal jamak takdimlah kalau bertolak lewat jamak takhirlah tetapi temapt tu tetap sama. Bila menghala ke KL pun Aina selesa di Sungai Perak atau satu lagi perhentian lupa pulak apa namanya.
BalasPadamtu la kak..saya dok tercari-cari, ada ke mention myvi dalam entry..hahaha...
BalasPadamSaya balik naik bas, malam. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Tapi sampai pukul 5.30 pagi. Pukul 6.40 lebih kurang begitu dah pergi sekolah.
BalasPadamHehe...Nim patutnya tajuk dia Solat Jamak Takhir di mana sambil memandu Myvi...boleh gitu ? Hehe
BalasPadamhahaha.. lawakla kak anim ni.. memang macam lain je tajuk dengan cerite.. hihi..
BalasPadam