Assalamualaikum wbt...
Kali ni stayed kat i-City Boutique Hotel. Dok fikir senang parking, senang nak merayap. Bangunan kedai jadi hotel..so, tak bolehlah dibezakan dengan keempukan katil hotel malam sebelum di KL tempohari.
Dah kita pun plan on the spot, yang kosong hanya Executive Room. Kena ambil 2 bilik kerana dalam Eksekutif Room hanya ada satu katil Queen saiz saja.
Lepas Mahgrib , JJCM dalam I-City juga. Nak jimat masa sebenarnya. Kalau p cari restoran area Seksyen 7, sure sejam dua habis begitu saja. Apa lagi...Nasi Arab lah...
Mandy Chicken, Lamb Kabsha dan Mixed Grill jadi pilihan. Depa kata restoran ni cawangan Restoran Nasi Arab yang terkenal di Kg.Pandan,
Restoran Al-Rawsha..betul ke? Cam lain je rasanya. Tapi Mixed Grill yang diorder memang sedap.
Bagi chance 2 Abdul pilih...Firstly, menonton 5D Movie. Dek kerana pernah alami suasana lebih seronok dan menakutkan menonton 4D Movie di
Genting, so di I-City ni, biasa-biasa saja. RM 10 seorang untuk tempoh 7 minit cam tak berbaloi.
Then, ke Trick Art Museum...
Kali ini...layan aksi bersama 2 Abdul sebagai kenangan...
Nile satu-satunya gambar mak pak 2 Abdul turut beraksi...janji ada walaupun satu!
Banyak lagi...tak terupload. Tapi banyak gambar sebelum ni (lihat kat blog oranglain) dah takde..Lukis baru kot, agaknya..
Kemudian, terpaksalah jadi budak-budak balik menemankan 2 Abdul di Space Mission. Kawasan pertama, naik "skuter". Tak sempat nak bergambar.
Then...main "tembak-tembak" kat area sini. 2 Abdul tu suka sangatlah tapi kita ni, dah masuk golongan mak pak budak...aduhai, entah apa-apalah.
P/S Bila anak masih kecil, mak pak pun kena jadi budak-budak juga.
Sportingnya akak...join main sekali tu! Layankan ajer...hehe
BalasPadamHari ni dah kembali kepada rutin biasa...tinggallah ia sebagai kenangan manis...
Sporting makpak leh join sekali hah. Dah nak buat camna. Bila ada anak-anak baya gini, kenalah kita sesekali ikut selera mereka. Yang penting bila berjalan-jalan tu nak mereka happy. Bila anak-anak happy, makpak 18kali boleh nampak happiness kat muka kan ....
BalasPadamcuti yang sangat bermakna, dapat tengok live kan, cheq duk tengok kut blog ni ja. tarik gown tu bawak balik ka :))
BalasPadamtak pe lah masa kecik dulu tak merasa ... janji x de org nak gelakkan kat situ . ^_^
BalasPadamTrick Art Museum tu best la...tak pernah pegi i-city padahal duduk shah alam hehe..
BalasPadamBila ada anak masih suka bermain memang kita kena main sama Anim. Kalau tak mana dapat nikmat gembira bersama. Hero-hero pun senang hati..
BalasPadamwah mmg seronoklah anak2 dapat g tempat mcm ni !
BalasPadamBukan budak2 saja yang teruja sampai kesini...kita yang melihat gambar trick art museum itu pun terasa kagum dan seronok rasanya..
BalasPadamseronoknya bercuti kak..
BalasPadamlama dah tak pegi I city Nim.....mmg tak pernah masuk le museum ni....seronok yeh?
BalasPadamHehe...tak pelah sementara mereka kecik lagi hihi
i city memang mahal.. baik gi Genting lagi... kalau bayar mahal boleh main sampai muntah...
BalasPadambanyak benda harga tiket dibayar cam tak berbaloipun... tempattupun dibuat ala kadarjer..
tapi tempat mainan gini budak2 memnag suka.. kita mak bapakler terpaksalah layan...