Assalamualaikum wbt..
On the way balik Ipoh (dari Shah Alam). Banyak kenderaan di highway. Esok sekolah wei. Tengahari ni p makan kenduri (kahwin) anak jiran lama di Klang yang sekarang menetap di Klebang, Perak. Bila pulak nak bertolak ke SP ni? Waaa...
Meh, layan kata-kata indah yang baru diterima. (Update guna hp, edit saiz gambar kemudian)
Seorang lelaki bertanya kepada Al Hasan Al Basri:
Kepada siapakah patut ku kahwinkan anak perempuanku?
Kepada orang yang bertakwa. ..
Jika ia kasihkannya ia akan muliakan..
Jika ia membencinya ia tidak akan menzalimi.
Sabda Nabi Solllallahu Alaihi Wassalam:
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu...
Tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu.
(Riwayat Imam Muslim)
Sifat merendah diri merupakan satu-satunya sifat mulia...
dimana pemiliknya tidak mampu untuk bermegah - megah!!
Kanak-kanak dan orang tua..
pengawal dan putera raja..
Namun tiada yang mampu tidur dengan lena kecuali ...
mereka yang memiliki jiwa yang tenang.
P/S Kadang-kadang, secebis kata-kata mampu "mencaj" iman kita yang tenggelam timbul:-))
klu saya , mmg x larat nak berulang alik ... tapi tanggungjwb tu kena jalankan juga . semoga selamat kembali ke SP nanti .
BalasPadamPerkongsian yang indah. Suka saya baca ni.
BalasPadamAssalam,
BalasPadamNice entri. Cantikkkss
Bagus sungguh mutiara kata kali ini. Memang betul kata ANIM boleh charge balik iman kita yang banyak tenggelam dari timbul. Terima kasih kerana berkongsi.
BalasPadamRasa macam dah baca tapi rupanya tak komen lagi
BalasPadam