Tragedi sedih melibatkan pesawat MH370 ini pasti akan terpahat diingatan kita dalam jangkamasa yang lama.
Walaupun tiada kenalan atau ahli keluarga yang terlibat, hati meruntun hiba bila rakaman misi mencari dan keadaan waris terlibat dalam Laporan Khas Tragedi MH370 di TV3 pagi ini.
1. Anas melaporkan, "Ketika Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam sedang berjalan, beliau bertemu dengan seorang wanita yang sedang menangis di atas kubur anaknya. Beliau berkata, "Takutlah puan kepada Allah dan bersabar. Wanita itu berkata, 'Ah, pergi! Kamu tidak menghadapi masalah seperti saya. Kamu tidak merasakan musibah itu'.
Wanita itu tidak kenal lelaki yang menasihatinya itu adalah Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. Kemudian, wanita itu diberitahu oleh seseorang, lelaki yang berbual dengannya tadi adalah Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. Wanita itu pun pergi ke rumah Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. Tiada pengawal di situ. Wanita itu berkata, "Saya tidak mengenal tuan. Maafkan kata-kata saya tadi."
Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam berkata, "Sifat SABAR yang terbaik adalah ketika mendapat musibah yang mengejut". -Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
2. Abu Sa'id dan Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam menjelaskan, "Setiap sesuatu yang menimpa orang Islam seperti keletihan, kesakitan, atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram hatinya, Allah menutup segala kesalahannya dengan sebab kesabaran dan ketabahannya menanggung musibah itu".-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
P/S Siaran harian TV3 dihentikan hari ini kerana memberi penghormatan dan laluan kepada Laporan Khas Tragedi MH370.
Sesungguhnya apa pun yg terjadi adalah atas kehendakNya
BalasPadamKita semua tak ada apa pun. Apa yg kita ada pun sebenarnya adalah milikNya..
Al-fatihah!
BalasPadamBerakhir sudah pencarian sebuah tragedi. Walaupun kita tak terbabit sama, dapat dirasai kesusahan dan kesedihan hati mereka yang ditinggalkan. Memang musibah ini tak mungkin dilupai. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku.
Tiada kata lain yang mampu diucapkan selain salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Tragedi MH370
BalasPadamdari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.. banyak persoalan yang masih aiza fikirkan, hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya..
BalasPadamSemua yang berlaku ada hikmahnya. Takziah untuk keluarga MH370 yang terlibat.
BalasPadamal fatihah takziah untuk keluarga MH370 yang terlibat.
BalasPadamKak Anim kalau boleh Aina hendak sahaja terpaku depan tv tetapi apakan daya tanggungjawab pada kerja juga kena laksanakan. Al-Fatihah. Kita sebagai org Islam masih berpegang kepada Qada dan Qadar Allah. Moga dipermudahkan segalanya buat mereka dan dikuatkan hati waris2 mereka.
BalasPadamBetul kak anim... kita follow citer ne sampai terbawa2 dalam mimpi... Kasihan anak kecil yang ditinggalkan...
BalasPadamtapi tiba2 teringat rakaman mufti menk track 7 or 8 tak ingat...
"dalam sesuatu keadaan/ musibah yang melanda - ia sesungguhnya bukan musibah untuk semua orang... jika musibah itu menimpa dikalangan orang yang sedang bangun membesarkan Allah - maka beruntunglah orang itu kerana nyawanya diambil tatkala dia sedang mengingat Allah,... sebaliknya jika musibah itu berlaku ketika orang itu sedang bermaksiat kepada Allah, maka... rugi lah orang itu"... lebih kurang macam tu lah...
apa pun... saya tetap terkilan dengan statement yang mengatakan "The Malaysian government are murderers". .... perh... selaku rakyat malaysia... saya sedih lah ada orang sanggup bagi kita tohmahan macam ne...huhuhuhu
Ada yang minta visual debris atau imej dari satelite, wallahua'lam. Semoga redha.
BalasPadamAl fatihah untuk arwah yg beragama islam dan takziah buat keluarga...Mcm mcm spekulasi yg timbul..Saya jugak sedih bila dpt tahu yg kerjaan msia dan tentera msia dituduh sbgai pembunuh sbnr...di mana akakl kewarasan mereka sehingga sgup meleparkan tohmahan mcm tuh
BalasPadamkena percaya, janji allah itu pasti kan anim !
BalasPadamMoga pengumuman ini adalah tepat, bukan hanya untuk menyedapkan hati keluarga dan sesiapa sahaja.
BalasPadam