Assalamualaikum wbt...
6 hari keluarga mertua di Ipoh. Penuh aktiviti berjalan; Zoo Taiping, Cameron Highlands dan Pulau Pangkor (balik hari, tak tidur sana). Sempat juga ronda bandar Ipoh (baru depa tau ada pokok Ipoh), ke Masjid Cina di Tasek dan lihat sekolah si Abdul sulung di Gunung Rapat. Alhamdulillah, BIL dan isterinya bercuti seminggu dan membawa Mak dan Pak Mertua ziarah kami di Ipoh. Dah 3 bulan kami tak bersua muka.
Sejak tetamu tiba, tuan rumah jadi "Wak Dapur". Kat Ipoh ni tak tahu mana nak bawa depa p makan selain restoran tomyam atau restoran mamak.( Ipoh syurga tempat makan bagi kaum Cina). Jalan selamat ialah memasak tambah-tambah bila Encik Suami pun provoke, bukan selalu dapat makan masakan air tangan Mem dia.(tupun untuk sarapan pagi dan makan malam).
Pagi tadi selain menyediakan kuey teow goreng dan cucur udang untuk menu breakfast, Anim juga siapkan bekalan nasi dan 3 lauk simple untuk family mertua yang bertolak balik ke Kota Tinggi. Kesian juga dengar depa cerita, payah nak makan kat Hentian Rehat dek ramainya orang.
Elok saja tetamu beredar pulang, terus baring kat sofa. Bagitau 3 Abdul, hari ni Mem nak rehat, tak nak buat apa-apa. Arah si adik sidai kain dan si abang cari penyapu. Tiba-tiba, Bapak Abdul bersuara, "Dah, cepat bersiap. Kemas baju untuk semalam. Ikut abah p KL".
Jam 2.44 petang dah tiba sini. Hotel belum da. Dok call sepanjang perjalanan, penuh semua. Waaa...
P/S Esok balik Ipoh. Lusa balik SP. La ni, Mem nak rehat..nak rehat..
jalan2 sakan ya cikgu sempen acuti sekolah..
BalasPadamKak Anim pejabat Aina depan Menara KL tu lah...:)
BalasPadamKata letih jalan jauh lagi...bila masa nak rehat.
Cuti sekolah yg penuh dgn aktiviti....
BalasPadamwaaaa, jalan sakan ni..penat di rumah tak habis dah dibawa jalan hehehe
BalasPadamwahh memang cuti sekolah di manfaatkan dengan betul ^_^
BalasPadamseronoknya Anim bercuti panjang..lebih seronok bila dikunjungi kaum keluarga..bawa dorang jalan2..kita pun dapat jalan gak kan.. hihi.. jalan sakan Anim ye..
BalasPadambetul2 sakit badan tu . mau seminggu tak hilang . berbaloi juga bila dapat gembirakan org lain . sabar yer .
BalasPadamBestkan cuti cuti malaysia Anim, kira cover banyak tu.
BalasPadamSalam Anim. dah lama tak jengah sini..
BalasPadamSedap nye jenjalan sana sini. I suka gak ke Ipoh. makan je kat area Symphonie Hotel tu.. heee..
Seronoknya dapat pergi berjalan-jalan.
BalasPadamcuti sekolah terisi dengan aktiviti bersama keluarga..
BalasPadamwahhh..jalan2 sakan ye Kak dgn hero2 malaya tu...hehe:0
BalasPadamIni baru betul cuti sekolah...cuti-cuti malaysia! Layan jelah... masa begini bukan selalu, masa rehat boleh dapat selalu...hehe
BalasPadamdh penat berjalan sana sini memg kena rehat cukup cukup kalo x letih la bdn kan kak
BalasPadamMemang sibuk nampaknya Mem kali ni. Mestilah nak rehatkan badan dan minda (eh minda ok lagi kot dah namanya cuti sekolah) Berjalan pergi balik hari lagilah terasa penatnyakan. Takpa, takpa entri selepas ni semuanya menunjukkan Mem happy aje lepas dapat jalan-jalan keliling KL :)
BalasPadamHeheh...penuh makna Mem nak berehat tu walaupun seronokkan Nim hehe....
BalasPadamNasib dapat rehat kat KL sambil menikmati bangunan pencakar langit...