Hujan turun sewaktu melintasi gerbang di Temerloh ni. Plan asal Encik Suami yang ada urusan kerja di Kerteh...p sendirian dengan flight. Kesian kot tengok kita ni fenin dengan bengkel dan kursus sepanjang minggu lalu...diangkutnya sekali kami anak beranak. Bila bawa family, kenalah memandu sendiri. Dah kira kos ber4 terbang dengan Firefly Penang-Kuantan. Depa caj RM 17XX. Belum plus kenderaan dari Kuantan ke Kemaman. Plus lagi duit makan dan duit shopping. Ooooo...tak boleh jadi..tak berbaloi maaa
Jalan sesak waktu menuju ke tempat penginapan. Macam ada majlis rasmi sebab nampak banyak kereta peronda polis di jalan raya. Sewaktu menurunkan beg di lobby, sempat bertanya Pak Guard apa yang sedang berlangsung di sini."Sultan tidur sini. Rasmikan Masjid Kuala Kemaman. Malam ni ada forum agama kat Chukai.Esok Tuanku balik" .
Perut sudah berbunyi. Letih dah nak p cari makan kat luar. Turun makan di Waterfall Cafe berdekatan pool. Local food ada, Western ada, Pizza pun ada (boleh nampak proses bakar!). Nasi Goreng Istimewa yang diorder Encik Suami...kuak segala benda sampingan baru nampak nasi!
Anim order Chicken and Meat Fajitas yang dimakan bersama 3 keping tortilla yang umphhh. 3 mangkuk kecil tu berisi sos salsa, mayonis dan cheese. (Note : 2 Abdul tak mahu join kerana mahu berendam dalam tub. So lucky, room servicenya 24 hours...so, order makan depa lepas kami naik bilik)
Dek kerana kat SP manalah ada benda Allah macam ni, dengan selamba bertanya waitress. Jawab adik waitress yang kecek Ganu pekat...."Makan macam kebab ..."
P/S Teringat Julia Roberts dalam Pretty Woman...
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Santai@Pantai Timur"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai