Waktu breakfast di Restoran Melayu Meraga Beris, lobby floor terserempak dengan raut wajah yang familiar sangat zaman kolej dulu. Seronoknya pagi Jumaat ni terjumpa depa di Terengganu. Mereka ialah YB Dato' Hj Ahmad Razif Abd Rahman, Exco Kanan Kerajaan Negeri (Ketua Penerangan UMNO Terengganu) dan isterinya Datin Harlina Zakaria. Kedua-duanya rakan sekolej hampir 23 tahun lalu. Walaupun sudah bergelar Datin, Harlina masih peramah dan humble macam dulu-dulu. Alahai...dia nampak muda (walhal kami sebaya) walaupun anak sulongnya sudah 21 tahun. Saya ni style makcikle katakan!
N3 lepas ada Anim beritahu ada majlis Sultan. Tengahari ni KDYMM Sultan Terengganu nak rasmi Masjid Kuala Kemaman. Kata Harlina lagi, esok (Sabtu) ada majlis perkahwinan anak MB Terengganu. Dato' Najib pun mai resort tempat kami menginap ni. Nampaknya esok resort ni penuhlah tetamu luar kerana majlis perkahwinan anak Menteri Besar tu diadakan tak jauh dari resort..
Harlina ajak Anim ikut dia ke satu tempat tengahari ni...(waktu orang lelaki p sembahyang Jumaat). Malu jugak nak ikut tapi dia berkeras juga. Jam 12 tunggu di lobby katanya. Alahai, Abdul ber2 ni kalau dah berkubang...cukup liat nak naik. Depa terpaksa Anim angkut sekali kerana Encik Suami sampai ke petang ada urusan kerja. Dia pesan makan minum kami tengahari ni cari sendiri. Tapi...dah kawan ajak kita keluar tengahari hari ni.....rasa-rasa lunch mesti lepas punya kan? (heeee.....muka tak malu!)
P/S Memang saya muka tak malu...heee. Yang tolong snap gambar kami ber3 tu pun isteri somebody Kerajaan Negeri Terengganu..
Belasah aja...
Lain-Lain Artikel:
mesti banyak bercerita bila berjumpa kawan lama kan...
BalasPadambetullah..macam tak percaya mengenang semula 23tahun peristiwa lalu
BalasPadamsalam sis
BalasPadamtq sudi singgah..
Padam