Sudah 3 tahun Anim ber4 tidak pulang Johor menjelang Hari Raya Aidil Adha. Dek kerana biasanya cuti yang tidak panjang, kemeriahan ibadah korban di Utara juga menjadi faktor Anim dan Encik Suami melaksanakan tuntutan sunat muakkad itu di Sg.Petani saja. Tahun ini, kami bercadang untuk melakukan ibadah korban ini di rumah mertua di Kota Tinggi.
Seawal jam 8 pagi, anak, cucu jiran tetangga sudah berkumpul di belakang rumah mertua . Masing-masing tak nak lepaskan peluang menyaksikan cara penyembelihan korban di depan mata.
3 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha, lembu sudah dihantar ke rumah mertua. Adik ipar dan FIL yang tolong mandikan lembu dan beri makan dan minum.
Lembu ini kemudiannya dihadapkan ke arah kiblat sambil membaca:
إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ.
لاَ شَرِيكَ لَهُ
وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ.
Maksudnya; "Sesungguhnya solatku, korbanku, hidup dan matiku hanya milik Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dengan itulah aku diperintahkan dan aku adalah termasuk orang yang berserah diri"
(Kita juga dianjurkan untuk mengucapkannya apabila menyaksikan haiwan itu disembelih)
Baringkan lembu di atas lambung kirinya dan dihadapkan ke arah kiblat. Pegang atau ikat kaki-kakinya (kecuali satu kaki kanan) agar tidak meronta. Kalau di SP, selalunya si penyembelih yang menjadi wakil yang mengucapkan dan menyebut nama orang yang berkorban..tapi sebaliknya di sini. Haiwan korban ini dikongsi Encik Suami bersama isteri dan anak-anaknya serta kedua ibu bapanya.
Setelah selesai, buka tali ikatan serta merta dan jangan menahan rontaan haiwan. Jangan alihkan dari tempat penyembelihan hingga ia benar-benar mati. Sunat untuk orang yang berkorban menghadirkan diri pada saat penyembelihan itu. Jagalah adab semasa menghadiri penyembelihan korban. Tunjukkan sikap khusyuk dan tawaduk sepanjang penyembelihan tersebut.
Dalam ibadah korban, yang lebih utama adalah menyedekahkan semua daging korban kepada fakir miskin kecuali beberapa potong sahaja untuk dimakan dengan niat mendapatkan keberkatan. Jika tidak pun, kita dianjurkan membahagikan daging korban kepada 3 bahagian. Satu bahagian dimakan bersama ahli keluarganya, satu bahagian untuk disedekahkan, satu bahagian lagi dihadiahkan kepada kaum kerabat dan rakan-rakannya.
Atas permintaan Encik Suami, Anim telah diamanahkan untuk menjadi "MasterChef" untuk satu bahagian untuk dimakan bersama ahli keluarga, jiran-jiran dan sanak saudara Encik Suami. Tak payah masak yang susah-susah. Simple dan cepat katanya. Anim sahut cabaran itu dengan niat untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan ibadah itu. Sementara kerja-kerja melapah dan memotong daging dilaksanakan, tulang-tulang direbus dalam periuk besar ni. Tengok tu....guna kayu api lagi..huhu...
Jam 1 tengahari dah boleh makan. "Open House" sempena Aidil Adha. Hilang penat den....Nak tengok apa yang Anim masak?
Sup tulang gear box. Actually makan dengan nasi..tapi kebetulan ada extra nasi himpit, serupa soto pulak. Niat asal nak makan bersama sambal asam macam menu orang Utara tapi bimbang depa tak reti makan. So, saat-saat akhir tukar dengan sambal kicap!
Daging masak kicap yang Anim tambah cili kisar dan campakkan serai dan daun limau purut.
~ Sebahagian info penyembelihan dipetik dari al-Ustaz, Isu No.7 ~
P/S Korban adalah cara kita zahirkan kesyukuran atas sekian banyak nikmat Allah sepanjang tahun.
salam Aidiladha.
BalasPadamtq..selamat berkorban
Padamwaaaaa...lazatnya.... kak... bila nak jadi jiran saya... supaya saya boleh makan... hehehe
BalasPadamhihi
Padam