1- Kisah Si Habsy
Suatu hari seorang Habsy datang kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam dan berkata,
"Wahai Rasulullah, saya sudah melakukan banyak dosa. Mungkinkah taubat saya diterima?"
Nabi menjawab, "Ya."
Kemudian Habsy itu berkata,
"Wahai Rasulullah , setiap kali saya melakukan dosa, adakah Tuhan benar-benar melihatnya?"
Nabi menjawab, "Ya"
Orang Habsyi itu pun melontarkan pekikan dan kemudian jatuh tak sedarkan diri.
2- Nasihat Junaid
Suatu hari seseorang datang kepada Junaid dan berkata;
"Saya tidak dapat menahan pandangan mata saya daripada melihat hal-hal yang mengghairahkan. Apa yang mesti saya buat?"
Jawab Junaid,
"Dengan mengingat yang Allah melihatmu jauh lebih jelas daripada kamu melihat oranglain"
.
Dalam hadis qudsi tertulis yang Allah SWT berfirman,
"Syurga itu untuk orang yang berkeinginan mengerjakan dosa, tetapi kemudian ingat yang mataKu ada di atas mereka dan kemudian mereka menahan diri."
3- Kisah Seorang Wali
Seorang wali meriwayatkan yang suatu hari dia melalui tempat para pemanah sedang mengadakan perlawanan memanah. Agak jauh dari situ, seorang lelaki duduk bersendirian.
Wali itu mendekatinya dan cuba mengajaknya berbicara, tetapi dia menjawab,"Mengingat Allah lebih baik dari bercakap".
Wali itu bertanya, "Tidakkah kamu kesepian?"
"Tidak, " jawabnya. "Allah dan dua malaikat bersama saya."
Sambil menunjuk kepada para pemanah wali itu bertanya, "Mana antara mereka yang akan menjadi johan?"
Lelaki itu menjawab, "Orang yang ditakdirkan Allah bagi meraihnya."
Kemudian wali itu bertanya. "Jalan ini datang dari mana?"
Pertanyaan itu dijawab dengan mengarahkan matanya ke langit, kemudian bangkit dan pergi seraya berkata.
"Ya Rabbi, banyak makhluk-Mu menghalang-halangi orang daripada mengingat-Mu"
4- Syibli Mengunjungi Tsauri
Suatu hari Syibli mengunjungi Tsauri. Didapatinya Tsauri sedang duduk tafakur sedemikian tenang sehingga tidak ada sehelai rambut pun ditubuhnya yang bergerak. Syibli pun bertanya kepadanya,
"Daripada siapa kamu belajar mempraktikkan ketenangan tafakur seperti itu?"
Tsuari menjawab, " Daripada seekor kucing yang saya lihat menunggu di hadapan lubang tikus dan sikap kucing itu jauh lebih tenang daripada yang saya lakukan."
5- Amiya Menghitung Dosa
Seorang wali bernama Amiya, berumur 60 tahun, menghitung hari-hari dalam hidupnya dan dia dapati hari-harinya itu berjumlah 21,600 hari. Dia berkata pada dirinya sendiri,
"Celaka aku, sekiranya aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari, bagaimana aku dapat melarikan diri daripada timbunan 21,600 dosa?"
Dia pun memekik dan jatuh ke tanah. Semasa jiran-jirannya datang bagi membangunkannya, mereka dapati dia sudah meninggal dunia.
Khalifah Umar berkata.
"Timbang benar-benar kata-kata dan tindakan-tindakanmu sebelum semuanya itu ditimbang pada saat pengadilan nanti"
Beliau sendiri sebelum beristirehat pada setiap malamnya biasa memukul kakinya dengan disertai rasa takut kemudian berseru, "Apa yang sudah kau lakukan hari ini?"
~Dipetik dari 12 Cara Mendapatkan Doa Malaikat oleh Dr.Hj Johari Hj Alias~
Wallahua'lam.
P/S Orang menghitung tasbih dengan rasa puas setiap kali mereka selesai menyebut nama Allah, tetapi mereka tidak mempunyai tasbih bagi menghitung kata-kata sia-sia yang tidak terbilang banyaknya yang sudah mereka ucapkan.
cerita yang bagus untuk dihayati..
BalasPadamshaiful, ada yg tersirat di balik yg tersurat..
BalasPadamJaga kelakuan
BalasPadamJaga mata
Jaga pertuturan
Pelihara sifat sabar
Pelihara diri dari dosa
→ muhasabah diri
7 anggota badan kita nanti tulah yang bakal ditanya oleh Allah....
Padam