LUPA itu sifat azali manusia. Perkataan 'insan' sendiri berasal daripada perkataan 'nasaya' yang bermaksud lupa. Itulah hakikat kejadian manusia yang penuh khilaf.
Nabi Adam a.s sendiri sewaktu berada di syurga bersama Hawa terlupa bahawa Allah telah melarang mereka untuk mendekati pohon buah khuldi. Lantaran termakan hasutan Iblis laknatullah, mereka akhirnya terlupa dengan larangan Allah.
Pada suatu ketika, ada seorang pemuda yang baik. Dia patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kerjanya hanya memungut kayu-kayan di hutan untuk dijual sebagai kayu api.
Pada hari itu, seperti biasa dia masuk ke hutan untuk mencari dan memungut kayu api untuk dijual di pasar. Apabila sudah cukup muatannya, dia sudah ingin pulang. Ketika langkah melaju melalui sebuah tunggul kayu, dia perasan ada kilauan yang sangat terpancar dari situ.
"Masya-Allah, dari manakah puncanya kilauan ini?" bisik hatinya. "Kalau hendak dikatakan kilauan dari mata binatang buas, bukan. Ini waktu siang, bukannya malam." Masih ada ragu-ragu di dalam benaknya. Setelah berkira-kira, dia berkata dalam hati, "Aku mesti memberanikan diri!"
Dia lantas mendekati tunggul itu dan mencari punca kilauan yang dilihatnya tadi. Rupa-rupanya di pangkal tunggul itu ada sebuah lubang yang sederhana besar, semuat batang tubuh manusia kurus sahaja.
"Patutkah aku masuk ke dalam lubang ini?" Ada risau dihati pemuda itu.
Sekali lagi dirinya berkira-kira. Wajah anak dan isterinya terbayang-bayang di depan mata. "Jika aku masuk dan diriku ditimpa kecelakaan, bagaimanakah nasib mereka semua agaknya?"
Lama menghitung, akhirnya sekali lagi keputusan nekad dibuat. Pemuda
itu lantas masuk ke dalam lubang tersebut. Setelah masuk ke dalam lubang
itu, dia sangat terkejut dan bersyukur kerana di dalam lubang itu
terdapat sejumlah harta karun yang terdiri daripada syiling-syiling
emas. Baharulah dia tahu akan punca kilauan yang memancar sebentar tadi.
"Aku
tidak akan berdaya memikul harta-harta ini keseorangan. Bantuan
daripada kenderaan juga akan diperlukan. Jika begitu, eloklah aku
tinggalkan dan sorokkan harta-harta ini terlebih dahulu dan kemudiannya
kembali semula untuk mengambilnya"
Dia lantas kembali ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Isterinya kehairanan.
"Awal balik hari ini?" tanya si isteri.
"Tidak, saya tidak ke pasar," si pemuda menjawab.
"Kenapa? Bagaimana kita hendak dapat duit untuk belanja hari ini? Dapur kita perlu diasapkan, anak-anak perlu diberi makan." Isterinya mula susah hati melihat gelagat suaminya itu. Tidak pernah sejak berkahwin, suaminya buat perangai begitu.
Pemuda tersebut mendapatkan isterinya dan berkata, "Kamu percaya kepadaku?"
"Sudah tentu. Bukankah atas dasar itu kita berkahwin?"
"Baguslah, jika begitu.", ujar si pemuda.
Dia kemudiannya menceritakan peristiwa terjumpa harta karun di tunggul pokok. Isterinya sangat teruja. Mereka berdua segera ke sana untuk mendapatkan harta tersebut. Tanpa disangka-sangka, si pemuda tadi sudah terlupa di manakah letaknya harta yang sudah disorokkan itu.
"Masya-Allah, saya sudah terlupa di manakah saya sorokkan harta karun itu," kata si pemuda kepada isterinya.
"Mana mungkin! Benda yang begitu berharga pun kamu lupa di mana letaknya?"
"Daripada terus bercakap, baik kita terus mencari," gesa si pemuda.
Mereka mencari sehingga beberapa jam lamanya namun tidak ketemu juga.
"Nampaknya harapan kita semakin tipis jika beginilah keadaaanya." Isterinya mula merungut.
"Saya yakin harta karun itu masih ada, cuma saya lupa tempat simpanannya," jawab si pemuda, menaruh harapan.
"Apa kata kita minta bantuan daripada tuan guru di hujung kampung?" Isterinya memberi cadangan.
"Bagus juga cadanganmu itu. Mungkin kita boleh meminta pertolongannya untuk mencari di mana harta itu berada."
"Jika begitu, ayuh kita ke sana."
Mereka berdua pun terus ke rumah tuan guru di hujung kampung. Tuan guru itu memang terkenal dengan kealiman dan keilmuannya.
P/S Bersambung ke
B h g. 2
Ok, kita tunggu..
BalasPadamBelum habis taip part 2, haha...
Padamciter tgh best, tiba-tiba terhenti...
BalasPadamTakpa, saya tunggu next entri.
Tubggu yaa..heee. Belum siap typing nih..
BalasPadam