Untuk
Shaiful dan
Faiz...seperti yang dijanjikan, sambungan
B h g 1..
Sampai di rumah tuan guru tersebut, si pemuda dan isterinya meminta izin untuk masuk. Setelah duduk menghadap tuan guru tersebut, mereka berdua menyampaikan hajat dan tujuan mereka.
"Tuan guru, kami berdua datang kerana ingin meminta pertolongan daripada tuan guru." Pemuda itu mula bersuara.
"Khabarkanlah, jika diizinkan Allah, aku akan mampu membantu kalian, " kata tuan guru itu merendah diri. Terpancar daripada wajahnya nur hikmah yang sangat jernih.
"Kisahnya begini. Saya telah menjumpai sejumlah harta karun sewaktu pulang daripada mengutip kayu api di hutan. Setelah meyakini bahawa harta itu tiada yang punya, saya telah mengambilnya dan menyorokkannya di satu tempat yang lebih selamat. Namun apabila saya dan isteri saya kembali untuk mengambil harta tersebut, sehingga kini kami masih belum menjumpainya. Pada firasat kami, tuan gurulah yang dapat membantu kami."
Tuan guru itu diam sejenak, bertafakur mungkin. Lama juga dia membatukan diri.
"Pertamanya,"dia mula bersuara. "Bukan saya yang dapat membantu kamu, tapi hanya Allah. Saya hanya boleh memberikan caranya, selebihnya terserah kepada kamu."
"Baiklah tuan guru, kami faham," kata pasangan itu sambil mengangguk-angguk.
"Kamu berdua balik dan kerjakan solat sunat Tahajjud kala dinihari. Dengan izin Allah, yakinlah bahawa kamu akan ingat kembali di mana letaknya harta karun yang kamu sorokkan itu."
Mereka berdua kembali dengan hati yang penuh pengharapan. Pada malam itu, mereka tidur awal sepertimana yang dipesan oleh tuan guru. Tepat pukul tiga pagi, mereka berdua sudah bangun untuk menunaikan solat Tahajjud.
Tiba-tiba, belum pun mereka menghabiskan rakaat kedua solat Tahajjud mereka itu, si pemuda sudah dapat mengingati dengan jelas di mana dia meletakkan harta karun yang dijumpainya beberapa hari lalu.
Keesokannya, setelah mendapatkan harta tersebut, dia bersegera menuju ke rumah tuan guru yang alim untuk mengucapkan terima kasih.
"Syukur kepada Tuhan, tuan guru. Dengan tunjuk ajar daripada tuan guru, kami sudah menjumpai harta tersebut. Kami juga ingin berterima kasih kepada tuan guru. Terimalah sedikit hadiah dari kami."
"Harta ini kamu sedekahkan kepada orang yang memerlukan kerana saya bukanlah dari kalangan orang yang memerlukan wang atau harta tersebut."
Pasangan muda itu akur dengan kehendak tuan guru. Si suami kemudian bertanya kembali. "Boleh saya bertanyakan satu perkara, tuan guru."
"Silakan."
"Bagaimana tuan guru pasti bahawa saya akan mengingati tempat penyimpanan harta itu hanya dengan menunaikan solat?"
"Sesungguhnya aku mengetahui bahawa syaitan dan iblis akan mengganggu kamu dalam solat, dengan mengingatkan kamu kepada perkara yang kamu lupa agar kamu alpa tentang urusan solatmu, " jelas tuan guru.
Barulah pasangan muda tersebut faham. Bahkan mereka juga teringat bahawa tatkala si suami sudah mengingati di manakah terletaknya harta yang disoroknya, hampir sahaja dia tidak dapat meneruskan solat mereka.
Tambah tuan guru lagi, "Maka jika kamu lupa, maka ingatlah kepada Allah dengan berzikir kepada-Nya . Nescaya Dia lebih mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi."
Pasangan muda itu akhirnya mendapat pengajaran yang sangat bermakna. Mereka lantas menjadi orang kaya yang soleh dan taat kepada suruhan agama.
~ Cerita ini mungkin dialami oleh kita. Waktu solat, waktu itulah kita teringat sesuatu yang kita terlupa, barang yang hilang dan waktu sedang solat juga kadangkala
terbit banyak idea untuk update entry .Dan untuk pengetahuan
Kazman dan
Najmiah (andai terbaca entry ini - sila fahamkan perkataan yang saya boldkan) inilah masalah yang sedang saya atasi yang menyebabkan saya pernah berhasrat untuk berhenti berblogging. Sungguh...saya sedang struggle ni ~
Dipetik dari Bukan Susah Nak Faham oleh Zainuddin Zabidi (www.kalamkhalifah.com)
P/S Nasihat seorang Ustaz, kala kita terlalai di dalam solat, teringat hal-hal dunia, cepat-cepatlah beristighfar dan jangan terus dilayan hal tersebut.
Anim..sangat benar apa yang anda cakap. Sebenarnya inilah juga yang saya rasa. Kalaulah ini sebab Anim ingin menghilang dari berblog, teruskan niat ini. Mudah2an dengan berbuat demikian solat Anim lebih khusyuk dan Allah berikan lebih ketenangan dalam hidup Anim...namun sesekali berdakwah kat sini bolehkan? Saya suka baca travelog perjalanan Anim terutama ke Mekah & Madinah. Saya jadi tersentuh dan terpanggil untuk ke sana...
BalasPadamnajmiah, saya pernah terbaca satu kajian tentang kepopularitian sesuatu blog dan rupa-rupanya blog tentang agama berada di tangga terbawah sekali. of course, blog tentang gossip berada di tangga teratas. kerana itulah blog saya ni macam "rojak". harapan saya, ada sesuatu yang dapat dikongsikan. dari 20 readers, sorang yang dapat manfaat pun dah alhamdulillah..Ya Allah, jauhilah saya mendapat dosa waktu tidur (ada saya buat n3 tentang tidur ini)...tentang entry ke Tanah Suci tu, masya-Allah, mudah2an ada iktibar dan teladan yg dapat diambil. saya konsgi cerita saja, insya-Allah, mudah2an niat Najmiah terkabul nanti..
BalasPadam