Bacaan Yassin setiap pagi Khamis di bulan Ramadan diawalkan sedikit kerana ada tazkirah ringkas dari para Ustaz selepas bacaan selesai. Kali ni Ustaz Zul cerita fasal jaga lidah di bulan puasa.
Menariknya, ini kali ke2 waris turut sama duduk membaca Yassin bersama murid dan guru. Alhamdulillah, benda baik kita buat..beri kesan pada oranglain. Mudah-mudahan bertambah berkat majlis bacaan Yassin ini.
Mereka semua ni murid Tahun 3. Usia 9 tahun tapi sudah mula menghafal Yassin. Setiap waktu rehat, mereka akan berjumpa mana-mana Ustazah yang free untuk menyemak hafalan Yassin mereka. Masya-Allah...terangnya hati mereka. Tak sampai sebulan, ada yang sudah 33 ayat, ada yang 16 ayat. Mudah-mudahan bila surah Yassin ada dalam dada mereka, mereka terhindar dari segala keburukan, selamat dunia akhirat.
Yang terhebat di antara mereka ialah Nurul Najwa, anak seorang penjual petai dan sayur kampung. Ibunya suri rumah tangga. Dia sudah menghafaz 60 ayat (surah Yassin ada 83 ayat).
Kami menggunakan kaedah sistematik melancar dan menghafaz Al-Huffaz (ulang ayat 60 kali, 5x buka dan 5x tutup) . Malu aah....cikgu masih jauh tertinggal dari depa yang masih kecil ni. Orang dewasa ni (tak kata orang lain, diri sendiri!) banyak alasan dengan masa , dengan lemah ingatan.. macam-macam masalah..macam-macam alasan
(kena rotan baru tau!)
P/S Melentur buluh biar dari rebung, dah jadi buluh...payah!
Lain-Lain Artikel:
bijaknya ank2 murid akak ya.melentur buluh biar dr rebung,bila dh jd buluh cam kita ni gaknya,.belum terlambat tapi ambik masa sikit la utk hafaz sesuatu surah yg pnjg tu ya..hehe..insya Allah saya pon dpt motivasi dr artikel ni utk bljr menghafaz surah yasin,.tq
BalasPadamNA, kalau ada surah yassin di dada, mesti fikir 100x bila nak buat benda tak baikkan? kata ustaz, nak hafaz surah/quran kena "jaga" mata kita. jgn buat dosa mata dgn memandang benda2 tak berfaedah di TV, internet@ majalah. insya-Allah...
BalasPadam