Jalan mana yang hendak dipilih? Yang lurus atau yang bengkok?
Arah mana pun manusia menghadap Allah, disitulah iblis dan syaitan menghalangnya. Iblis dan syaitan tak kenal menyerah kerana mereka telah bersumpah di hadapan Allah.
Iblis berkata, "Engkau menyesatkan aku, dengan itu pasti aku selalu menghalang mereka dari jalanMu. Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur."
(Al-Araf, ayat 16-17)
Sumpah iblis yang mengatakan ia pasti menyerang manusia dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri dapat dijelaskan seperti berikut:
PERTAMA, dari arah hadapan iaitu dari setiap arah manusia memandang kehidupan selepas mati. Iblis dan syaitan menutupi pandangan Bani Adam tentang hari pembalasan serta kehidupan di syurga dan di neraka.
KEDUA, dari arah belakang iaitu menyesatkan manusia dengan menyuruh mereka mencintai dunia dan menakut-nakutkan mereka dengan dengan kemelaratan serta kelaparan. Iblis dan syaitan juga mendustakan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata dan tidak dapat dijangkau dengan akal sehingga manusia yakin mustahil akhirat itu wujud.
KETIGA, dari arah kanan iaitu membelokkan manusia daripada jalan yang benar, mengaburkan keyakinan manusia pada kebenaran Quran dan sunnah serta mendekatkan manusia kepada perilaku syirik dan menggemari amalan-amalan di luar Quran dan hadis. Seterusnya manusia memberikan pengertian Quran secara sempit dan kaku, bahkan memberikan tafsiran yang menyimpang.
Ini termasuklah meragukan kebenaran agama yang dibawa para Nabi dan Rasul Allah, manusia ragu-ragu pada kebenaran agama Allah, melemahkan semangat bagi melakukan kebenaran dan kebaikan yang bersumber dari Allah. Iblis dan syaitan menggantikannya dengan pendapat guru dan nenek moyang yang tidak bersandarkan pada Quran dan hadis, melainkan pada nilai-nilai budaya. Iblis dan syaitan menjadikan manusia munafik dan menyenangi perilaku kemunafikan. Menurut kesepakatan ulama salaf, keimanan dan keislaman manusia seperti ini hanya berawal dari akal dan berakhir di mulut sahaja tanpa menyentuh hati.
KEEMPAT, dari arah kiri iaitu jalan menuju kederhakaan kepada Allah. Dengan itu, manusia menjadi gemar melakukan kejahatan dan memfitnah sesama manusia sehingga perilaku itu menghancurkan setiap amal kebaikan manusia, laksana api memakan kayu bakar. Iblis dan syaitan memerintahkan manusia melakukan kejahatan melalui hawa nafsu dan syahwat sehingga manusia memandang kejahatan sebagai kebaikan bagi dirinya dan memandang penzinaan sebagai memenuhi keperluannya.
MENGAPA IBLIS DAN SYAITAN TIDAK MENYESATKAN MANUSIA DARI ARAH ATAS?
Jawapannya : Iblis dan syaitan tidak mampu hendak menghalang kebaikan yang datang dari atas kerana semua yang datang dari atas adalah daripada Allah SWT. Wallahu a'lam.
~ Sumber : 3T (Taubat.Tasbih.Tahajud) oleh Zaini Ali Akbar, PTS Publications ~
P/S Dalam etika berdoa, kita mengangkat kedua-dua tangan ke atas....
Lain-Lain Artikel:
Salam Ramadhan sis...moga dengan terikatnya iblis dan syaitan di bulan yang mulia ni dapatlah kita melawan hawa nafsu pula...
BalasPadamharap-harap bagitulah..kak ni nak lawan nafsu tidor lah ita..heee
Padamtabarakallah..dapat something dari sini..
BalasPadamsharing is caring yan..
Padamjahatnya syaitan iblis ni ya,..tq utk info2 berguna ni ya.sis
BalasPadamhanya manusia je mahkluk Allah yang boleh mengubah nasibnya.. berdoa itu senjata mukmin..jangan lepas peluang banyak berdoa.
Padamterima kasih kongsi ilmu dibulan ramadhan :)
BalasPadamsama2 kasih AQ
Padamsalam
BalasPadamMohon share ilmu ini
Terima kasih
sila..sila..
Padam