Nak cerita fasal cenderahati istimewa (BOKO) yang Encik Suami terima semasa Sukan Dwi Tahunan Jabatan di Negeri Sembilan tahun ini (kami ber3 tumpang semangkuk!). Sesuai sangatlah Negeri Sembilan digelar negeri beradat...
Tengok tu...detail betul penerangannya ...
Bukan 2 Abdul je tak sabar nak menerkam...Ummi 2 Abdul pun ikut teruja..heee. Depa memperkenalkan produk dari Negeri Sembilan...Ada 2,3 makanan yang nak Anim share di sini..
TART BANGKAHULU ~ Identiti Kampung Bangkahulu, Gemas. Inti kuihnya dibuat dari kelapa muda yang dimasak dengan gula merah. Dibuat secara tradisional, dibentuk tanpa acuan...cantik dibuat dekorasi seperti daun. 1st time makan....marvellous..
KESIRAT ~ Kami di Johor panggil Wajik Sirat @ Wajik Kerisik, Diperbuat dari beras pulut dikisar halus, tepung pulut, kerisik, santan, gula pasir, gula melaka dan air dan dimasak semua bahan hingga pekat dan kental cam dodol. Bila makan terasa "berbiji"..
DENDERAM ~ Kedah kata kuih peniaram..Kami lak kata kuih telinga keling.
And last but not least, BIRD NEST DRINK. Rasa macam minum cincau lak...Produk keluaran Bumiputera, Walit World. Kalau ikut harga pasaran, sebotol 120ml ni RM5.
P/S Kenali negeri dengan makanan tradisinya...
Lain-Lain Artikel:
Oh...itu maksud boko rupanya...
BalasPadamHehe, xpenah dgar..
kak pun 1st time tau ni..heee
Padamass. maaf ni, kami dibengkulu tak pernah dengar namanya tart bengkulu. tapi itu kuih namanya kuih anak tat, memang isinya kelapa di tambah gula merah. kalau tat (bay tat) lebih besar lagi pun tak juga bentuk macam daun tapi berbetuk pipih macam pizza. kuih nih dibuat oleh orang bengkulu sampai kini. orang bangkahulu di gemas pun keturunan dari bengkulu, indonesia,
BalasPadam