Mau tak terkejut petang semalam...dengan beg pakaian kotornya masih dalam kereta (dia baru pulang dari Langkawi)..Encik Suami minta Anim berkemas lagi
. Dia nak bawa kami ke satu tempat yang tak pernah kami p walaupun lebihkurang 30 minit dari rumah.
Maghrib baru check in..
Acara makan-makan lepas Isyak...ni yang teruja. Kawasan kami berbarbeque ni berhadapan dengan laut tapi tak nampak apalah. Gelap gelita malam Jumaat. Kamera pun tertinggal dalam bilik. Sorry .. gambar pun ada gelap sikit..maklumlah tak reti nak setting flash kat handphone.
Ikan siakap dan sotong fresh dibeli Pak Long dari
Pasar Bisik Kuala Muda katanya. Ooo..1st time lihat ikan gelama pekasam dibakar sama. Marvellous...Orang Kedah ni memang class bab membakar!
Sebenarnya I ni the only rose among the thorns. Chef semua depalah. Malulah gak...kita tukang tengok dan tukang makan saja...
Berkelah waktu malam...bawah lampu neon. Berselera betul my 3 Abduls. Tambahan gulai ikan dan air asam. Terkesan oleh kata-kata Encik Suami. "Jangan malu...nikmati masa ini. Mungkin Anim takkan dapat peluang lagi makan begini, berkelah malam dengan staff-staff ni semua.."
Encik Suami melawat anak-anak buahnya yang berbengkel sejak Rabu di sini....
"TIME IS LIKE RIVER. YOU CANNOT TOUCH THE SAME WATER TWICE BECAUSE THE FLOW THAT PASSED WILL NEVER PASSED AGAIN. SO, ENJOY EVERY MOMENT IN YOUR LIFE"
Pernah masukkan dalam satu entry...tapi lupa bawah tajuk apa...heeee
P/S Tak dapat nak capture gambar mana kami p ni malam begini...tunggu siangle ya.
Lain-Lain Artikel:
memang best kalau bbq tepi laut ni kan...confirm berselera makan :)
BalasPadampeluang begini bukan selalu dapat dirasakan...seronokle!
BalasPadamSempoi tu cikgu .. malam tu patut tambah satu menu lagi ..Rojak buah ..hehehe
BalasPadamitu pun sudah teringat2 sampai laa...ikan gelama pekasam bakar terbaik!
BalasPadam