Tiba di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) , Nilai jam 3 petang.
Actually, kami plan nak bertolak ke Nilai Jumaat pagi, alih-alih ada urusan penting di Shah Alam (lain entry cerita). So, macam ribut berkemas petang Khamis. Sib baik hotel di Ampang ni sudi terima kami.Maklumlah 12.30 malam kami tiba. Encik Suami cukup suka menginap di sini kalau ada urusan di KL . Sebab apa tau...azan Subuh berkumandang dari surau hotel di Tingkat 3. Penginap turut turun solat Subuh berjemaah (ada Solat Jumaat sekali!).
Patutlah ramai Tok Arab menginap di hotel ni.
UPDATE: Atas permintaan Faiz, hotel yang dimaksudkan ialah De Palma Hotel Ampang.. Leading Syariah Complaint Hotel.
Sebenarnya, ada Sukan Dwi Tahunan SeMalaysia, Jabatan Encik Suami (NS jadi tuan rumah) di USIM..
Macam biasa, kami asyik membontoti dia!. Dek kerana anak-anak..
dan Ummi anak juga.. tidak berminat menontonnya kerana peserta2nya yang dewasa..dan veteran.. maka kami ber3 merancang untuk tinggal dan bermalam di rumah adik perempuan Anim di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. On the way,kami singgah di sebuah masjid di Bandar Baru Nilai untuk solat jamak takkhir. Cantik masjid ni dari kejauhan. Dari pandangan luar, kubah dan menara masjid ni ada ciri-ciri masjid di Tanah Arab. Lantai luar ber"tiles" sepenuhnya. Bersih dan berkilat...
1st time jumpa masjid yang banyak kipas bergantungan di atas kepala dan di dinding masjid. Seram pulak bersolat bawah kipas yang digantung kat palang besi ni. Agak rendah juga kedudukan kipas siling dengan kepala kita...
Kipas berdiri pun ada jugak...
P/S Belum sempat JJCM di Nilai.....
Lain-Lain Artikel:
Hotel apa kak kt ampang tu?..nk tahu gak..seng kang klu ada urusan
BalasPadamkak dah update entry khusus untuk faiz, heee...
PadamHehe tqvm kak :'>
Padamcuba solat di masjid negeri shah alam . kipas dipasang di atas tiang dari atas lantai , macam pokok nyoq pula rasanya @ kipas helikopter.
BalasPadamlebih 8 tahun duduk shah alam, tak pernah sekali merasa bersolat di masjid negeri. insya-Allah, saya akan ke sana nanti...
BalasPadam