3 hari sibuk dengan majlis kahwin...tiba masa untuk merehatkan badan. Kami ber3 ni sebenarnya "mengekori" Encik Suami yang bertraining di Genting Highlands. Wah...sudah 20 tahun Anim tak jejak kaki ke sini. Last p masa tengah berhoneymoon tahun 1991. So...segalanya dah berubah. Ini pun pengalaman pertama anak-anak. So...cerita Anim ni sesuaile untuk readers yang belum pernah tiba sini@1st time nak jejak GH.
Jam 5 petang sudah tiba dan check in di Hotel First World. Hanya 1 beg yang diturunkan kerana baju-baju lain belum sempat dicuci. Kerepek dan kuih-muih kering ditinggalkan dalam kereta (eksyen le tu...konon2 kita makan je lah kat GH). Bukan apa...tak kuasa nak mencari sebab boot kereta sudah sendat dengan tong jeruk madu Pak Ali yang kosong dan segala macam benda yang diangkut..hihi.
Nak beli 1 hari pas permainan tanpa had untuk hari ni rasa rugilah pulak . Bayar sekali je, boleh menaiki lebih 40 jenis permainan berulangkali dalam sehari. Pujuk anak-anak, dalam usia abah dan Ummi ni, tak sanggup rasanya nak bertahan hingga 1 pagi. Tak pe..kita beli untuk esok. Dari pagi sampai malam pun tak apa.. Malam ni, kita bayar je tiket permainan indoor saja dalam First World yang kita nak...
Bagi chance Encik Suami layan anak-anak. Esok dia bertraining, giliran Anim pula...
Beratur untuk naik Rio Float....
Kena pilih permainan sekeluarga...2 Abdul dah besar gedabak. Tak sesuai bermain carousel, hihi
Reindeer Cruiser...ok lagi. Ummi dan Abah ber2 masih ada tenaga untuk beratur...hihi
Hajat nak menaiki Venice Gondola tak kesampaian kerana ditutup...huhu...
Abah sudah kepenatan. Ada peluang berfoot reflexology....apalagi. RM50 untuk 30 minit..
Anak-anak kena "umpan" buat aktiviti sebelah. Jangan pi mana-mana yaa....Ummi nak naik tingkat atas.
Bukan apa...cari cawangannya di tingkat 1. Privacy sikit...bukan kawasan orang lalu lalang.
Makan time. Of course, semua restoran bangsa depa. Ada tak ada...nilah selain Mc Dollah, Atuk Janggut Putih, Marry Coklat dan Pak Kenny. Harga?? Atas tanah tinggile katakan...so kena up le harga. Kalau atas gunung tak taule camna gamaknya. Sepatutnya harga dah berbeza kat bawah..tak payahlah service charge 10% dan tax pun customer kena bayar...
P/S Next time, kena bawa bekalan roti, biskut, Maggi Cup dan botol mineral kosong.
Lain-Lain Artikel:
bestnya gi sana..anak2 ain oun sibuk nak kGH tu...tunggu la cuti sekolah lain masa pulak...last sekali pergi rasa dah dekat nak 5 tahun...mesti byk perubahankan anim...
BalasPadamSy pun...lama da x sampai sini...huhu!
BalasPadamwahh... emmang seronok kalau pi genting ni....
BalasPadamNim... bulatnya adik....bukan ke baru 9 tahun...dulu anak sulung ku bulat juga, tapi tak de cam si adik tu... kena jaga makan takut datang penyakit pulak...bujang sulong ku pun dah kena kencing manis dalam usia 19 tahun....kurus dah la ni...
BalasPadamain_anak2 memang bertenaga bila p tempat camni. emak dia je cepat semput..hihi
BalasPadamain_20 tahun tak jejak, macam tak pernah p langsunglah..dah berubah!
BalasPadam