Berpusing-pusing juga nak mencari kedai jualan Jeruk Madu Pak Ali di Simpang Empat, Tasek, Seberang Prai Selatan ni. Memang banyak kiosk di sekitar Penang dan Sg Petani tapi....dek kerana nak membeli banyak (borong)...gagahkan juga mencari. Sib baik Ahad, tak jammed jalan area Seberang Prai ni.
Anim ni bukanlah kaki jeruk. So, apa ke hal nak memborong jeruk? Well, awal cuti persekolahan bulan 3 ni,majlis perkahwinan adik lelaki Anim yang ke9. Emak minta carikan jeruk untuk dijamu kat sanak saudara. Alang kepalang ke sini...tu dia, bagitau emak, bukan saja sanak saudara...tetamu yang hadir pun pakat bagi rasa. Dapatlah harga borong kalau beli 50kg ke atas. Camnapun..langkah kiri hari ni. Tiada harga borong pada hari Ahad. So, order je la hari ni...esok lusa baru mai ambik..
Jeruk Madu Pak Ali cukup terkenal area Utara. Jeruk Pak Ali ni dibuat menggunakan cuka epal dan madu lebah asli. Tu sebab air jeruknya boleh terus diminum (boleh dijadikan koktail). Ia juga tak gunakan gula sakarin (ibu gula) tapi gula biasa. Sebab tu air jeruknya jernih.
Banyak cerita dan rahsia dapat dikorek dari Pak Ali yang menjangkau usia 70 tahun. Walaupun buta huruf tetapi dia boleh menguasai bahasa Inggeris, Jepun, Tamil dan dialek Hokkien secara lisan disebabkan pergaulan dan persekitaran. Perusahaan warisan sejak 1985 ini kini diteruskan oleh anak sulongnya, Alias.
Pak Ali berani memberi jaminan sesiapa yang makan Jeruk Madu yang dihasilkannya tidak akan batuk kerana jeruk yang rendah kualitinya akan menyebabkan seseorang itu batuk apabila memakannya. Mempelam, kelubi, cermai, salak, jambu, kedondong, sengkuang dan rebung turut dijadikan jeruk..
Asam manis ni (ada campuran kurma dan anggur)ada serupa asam jawa la pulak bila dibungkus begini. Ini produk baru dari Pak Ali katanya. Mungkin bila dah packing lebih cantik, harga pun berbeza. SEDAP....RM2 je pun. Encik Suami kata...masa kecik2 dulu di suka makan asam ni tapi dulu orang Cina le yang buat...La ni, dah buatan Muslim dan halal pula...tak ragu-ragu lagilah.
P/S Ooppss....gambar lelaki bersongkok di banner tu bukannya Pak Ali ya...itu anak lelaki dia. Laa, ingat kot rupa Pak Ali masa muda...
UPDATE : Alamat Jeruk Madu Pak Ali
Lain-Lain Artikel:
peerghhh... banyak bahasa dia boleh cakap yee...
BalasPadamhebat pakcik ni..
BalasPadamkhusyuk dengar nasihat dan wawasan dia..
Bagus ada pilihan yang sedap dan halal. Paling best... tak akan sakit tekak, sakit dada bila makan. Yg selalu tu rasa mcm jeruk rendam klorok aje...
BalasPadamhuda_buah2an yg digunakan yg terbaik, kita boleh nilai sendiri. depa dlm plan nak eksport ke eropah katanya.
BalasPadamdah bertahun pak Ali buat RND dgn bantuan FAMA..hasilnya memang terbaik
kat pusat jualan pak ali ni jeruk 1 kilo berapa ya? nak beli utk raya. kalau kat kiosk pak ali kat tesco/giant 1 kg RM12.
BalasPadamsaya dah balas komen ni di http://bicaraneem.blogspot.com/2012/08/hadiah-raya-dari-jeruk-madu-pak-ali.html
Padamboleh juga beli
BalasPadamanon_try laa...
BalasPadamAku di KL nak beli kat mana???Buka la Jeruk Pak Ali Kuala Lumpur.
BalasPadamBanyak kiosk jualannya di mana-mana. Cubalah tanya Pak Ali sendiri, haaa
PadamAl-Fatihah ....
BalasPadamTakziah di ucapkan buat keluarga Pak Ali...
Jam 2 ptg td PAk Ali telah pun menghembuskan nafaznya...
alfatihah untuk allahyarham pak ali..
Padamkenangan bersama arwah tetap terpahat diingatan:-))
salam nak tanya hari apa muzium ni bukak? dan dari pukul berapa smpai pukal berapa waktu beroperasi ya?
BalasPadam