Dia melihat kelibat seorang lelaki tua keletihan tersandar seorang diri di tepi tong air zamzam sewaktu hendak mengerjakan sai'e. Baju lelaki tua itu lusuh, kotor dan penampilannya tidak terurus. Dia yang berkebolehan berbahasa Arab, Hindustan dan Inggeris bertanyakan lelaki tua itu. Ditanya dalam bahasa Arab, tak menjawab. Hindustan pun tak jawab. Muka lelaki tua tu ada iras-iras Arab. Takkanlah tak boleh berbahasa Arab@Hindustan. Dia kemudiannya berbahasa Inggeris. Lelaki tua itu pun tidak menjawab.
Dia kemudiannya berbisik kepada isterinya dalam Bahasa Melayu, "Saya teringat ayah bila memandang lelaki ini" sambil memegang tangan lelaki tua itu. Terkejut dia bila, lelaki tua itu seolah-olah memahami Bahasa Melayu, terus memegang kuat tangannya dan merenung wajahnya. Dia kemudiannya menitiskan airmata dihadapan lelaki itu.
Dia kemudiannya memimpin lelaki tua itu dan diletakkan berdekatan tiang dalam Masjidil Haram. Dia hendak meneruskan sai'e bersama isterinya. Diletakkan lelaki tua itu berdekatan dengan jemaah perempuan Turki dan meminta mereka tolong "menjaganya" sekejap. Dia meneruskan ibadah sai'e bersama isterinya. Perjalanan mengerjakan sai'e begitu mudah dirasakan. Laluannya lapang sepanjang masa. Selepas selesai semuanya, dia kembali menuju ke tempat lelaki tua yang ditinggalkannya tadi. Lelaki tua itu tiada di situ. Puas dia meninjau ke sana sini namun kelibat lelaki tua itu tidak kelihatan. Dia bertanyakan jemaah di situ akan lelaki tua itu namun seorang pun tidak tahu dan mengatakan tiada sesiapun di situ sejak dia ke tempat sai'e.
Malam itu dia bermimpi. Mimpi yang baik-baik katanya (tak diceritakan lebih lanjut). Dia bertanyakan orang alim tentang mimpinya itu. Dan betapa gembiranya bila dikhabarkan dia telah bertemu dengan Wali Allah. Dan menurutnya 5 hajat yang dipintanya di Mekah telah terkabul. Dia memohon SIHAT, memohon PANJANG UMUR (usianya 70 tahun), MURAH REZEKI, TETAP IMAN dan SABAR. Allahu Akbar...bertuahnya dia. Pesannya, walau bagaimana rupa mahkhluk Allah yang kita temui di sana, jangan dihina, jangan dikata. Mungkin itu malaikat.. mungkin itu Wali Allah.
Mudah-mudahan menjadi iktibar buat kita semua.
P/S Diceritakan oleh Ustaz Abdullah pagi ini di Kursus Haji Bersiri, Matang Gedong, Sg.Petani.
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Siapakah lelaki tua yang dibantunya?"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai