Anim selalu ditegur oleh Encik Suami kerana punya mata yang "tajam". Kami berjalan bersama... melihat benda yang sama...tapi entahlah, Anim akan terperasankan satu kelainan yang menyentap dihati dan Anim pasti ada "sesuatu" di sana yang menanti untuk Anim snap gambar atau buka mulut bercerita.
Sewaktu menuju ke kereta sebaik menghadiri majlis perkahwinan adik seorang teman....
Apa yang Anim nampak agaknya?
Tiada yang pelik tentang sarang burung ini...tetapi akhirnya kami menyedari burung itu ialah burung gagak. Ini pertama kali Anim dan Encik Suami sendiri melihat sarang burung gagak!!!
Si comel ni datang bermain-main di wiper kereta seolah-olah tahu Anim akan mengambil gambarnya. Kata Encik Suami, burung ni menjadi buruan si pemikat burung...bukan senang nak jumpa. Dia pun tak pasti nama burung ini. Kali ni dia "beraksi" di hadapan Anim...
Kat Sg.Petani....orang utan pandai naik motor tau!!!
P/S Mata tak tajam....otak je tajam nak buat entry dari apa yang dilihat dek mata....
sarang burung gagak ni biasanya kat tempat terpencil sikit... ni kat tepi jalan pun dia buat dah... betul la gagak dah berhijrah ke bandar...
BalasPadamP/S: gambar last tu yg tergelak tengok tu.... puas merenung ingat org hutan naik motor sekali besarkan gambar rupanya baju je tulis orang utan... haaa3x
tajamlah tu...nampak je sesuatu yg menarik utk dibuat cerita
BalasPadamAsalam..terasa terhibur membaca entry anda. Nak datang selalu kat sini.Tahniah ya..
BalasPadamkazman_ada 2 kemungkinan, pertama dia bersarang di bandar, kedua..di p "curi" sarang burung lain, hihi...dah nnama gagak kan?
BalasPadamp/s: "orang utan" tu lawak takde niat nak kutuk si pemakai..hihi
munna_salam kenal. suka kongsi gambar yg leh wat cerita, hihi..kita dah follow blog awak..
BalasPadametuza_salam kenal utk orang sabah. terima kasih krn follow saya.. saya dah jengok blog cikgu :D))
BalasPadam