Home · About Me · Sitemap ·

Macamana nak dapat ilmu yang berkat


Assalamualaikum wbt..

Minggu ni tak balik Ipoh. Esok pagi kena bawa anak murid p pertandingan BI di Kota Kuala Muda. Kalau ikut hati, nak melingkar saja atas tilam, duduk depan TV sepanjang hari, heee.

Bila Encik Suami kata dia dah beli tiket bas Ipoh-SP jam 6 petang ni dan si Abdul sulung akan ikut sekali, kalut..kalut. Mana taknya, dua beranak tu pembersih orangnya. Karang terkejut pulak tengok rumah yang dihuni Anim dan si Abdul kecil.Apataknya, hari sekolah buat rumah tu macam hotel. Cuti hujung minggu balik Ipoh.

Tengahari balik sekolah semalam, terdengar tazkirah menarik di radio kereta mengenai ilmu yang berkat. Terdengar juruhebah Radio Mutiara FM (Penang) menyebut nama Ustaz Sheikh Abd Kadir Al Juffri atau adakah yang dimaksudkan dia ialah Syed Abdul Kadir Aljoofre (sure yang ini kan?).

Apa yang dapat dikongsi lebih kurang begini. Kita p mengaji (belajar) agama, p majlis ilmu di masjid, adakah kita amal bila kita melangkah keluar dari masjid. Teringat pulak entry Anim tentang majlis ilmu yang Anim perolehi dari TV (di sini).

Kata Ustaz, kalau diperhatikan ilmu yang kita mengaji, ikut logik akal (orang zaman la ni kan suka guna logik akal) bila telinga kita dah dengar, akal kita dapat faham apa yang diajar, secara logiknya kita boleh buat. Namun dalam ilmu Islam, masa mengaji bila kita dengar dan faham belum tentu kita boleh bergerak, kerana di situ ada hati, nafsu dan sebagainya dan ada satu lagi istilah yang biasa digunakan ulamak iaitu barakah (keberkatan). Itu yang selalu kita tak ambil berat.

Tafsiran ulama, barakah ialah ziyadatul khair iaitu kebaikan yang bertambah. Maknanya dia jadi bonus pada kebaikan yang sedia ada. Sebab tu barakah mesti pada benda baik, bukan pada benda jahat. Mana kita pernah dengar orang kata, "Eh..eh..berkat sungguh pencuri itu. Malam tu banyak betul yang dia curi"

Satu lagi contoh, bila ada ustaz mengajar, tak mahu hadir. Tapi bila ustaz bagi ijazah sanad, ramai pula hadir masjid sebab nak barakah dari ijazah sanad. Barakah mesti ada asasnya Contoh asas kebaikan dari ijazah sanad ialah datang mengaji (belajar)

Contoh lain, gaji berkat.  Dua individu sama gaji RM 3000. Tapi yang sorang tu, dengan gaji dia, dia boleh tolong emak dia, boleh buat umrah, boleh sedekah. Dua-dua beroleh kebaikan dari gaji RM 3000 itu namun yang gaji berkat, dia akan dapat pertambahan kebaikan.

Bila kita hadiri majlis kahwin, kita kata "Baraka Allahu Lakuma" kat pasangan pengantin. Semoga Allah berkati mereka berdua dengan kebaikan. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati. Sama juga masa kita makan. Kita baca doa makan, "Allahumma barik lana..." Kita minta diberi keberkatan pada makanan kita. Makanan dah baik, cuma mohon tambah keberkatan kepada makanan tersebut supaya kita boleh beramal dan sebagainya.

Ustaz memberi contoh, dalam majlis perkahwinan di Selatan, ada "berkat" diberikan. Ikut logik, kita dah makan di majlis kenduri, lepas makan, baliklah. Tuan rumah tak perlu beri apa-apa, door gift tak beri pun tak mengapa. Tapi kita diberi pula sesuatu untuk dibawa balik. Kebaikan tak terhenti di majlis perkahwinan; makan kenduri dah baik namun bila ada yang dibawa balik ke rumah ada kebaikan melimpah dari majlis tersebut. Tu timbul istilah "berkat" di Selatan.

Sama juga dengan ilmu. Tiap-tiap malam kita mengaji (belajar), tiap-tiap malam ikuti kuliah, ada kitab lagi. Kita tau duduk dalam majlis ilmu, confirm baik. Walau terlelap, terlena tetap ada kebaikan kerana ada malaikat menaungi dalam majlis ilmu. Mana ada tempat kita tidur, ada malaikat naungi kecuali di majlis ilmu (tapi janganlah kita dah pasang niat awal-awal dari rumah, nak lelap dalam majlis ilmu, hee).

Kita tahu, bila kita duduk dalam kebaikan, kita tak mahu kebaikan terhenti kat dinding masjid. Bila keluar majlis ilmu, kebaikan tertinggal. Kita tak amalkan apa yang kita belajar, apa yang kita dapat. Namun kalau kita amalkan, itulah namanya ilmu yang berkat. Itulah cara nak nilai keberkatan ilmu.

Sebab itulah, ada Tok-Tok Guru (ke Tok Guru-Tok Guru?) tekankan barakah dalam majlis ilmu (Ustaz sebutkan nama Tok Guru tersebut masa dia mengaji). Tambahnya lagi, ada tok guru yang tegas. Bersembang pun kena tegur. Bunyi sms hp pun dia tegur. Main pen, dok pusing-pusing pen tu pun kena marah. Letak kunci atas kitab pun kena tegur. Yang kita tak faham kenapa Tok Guru, Ustaz tu cengih atau "cengey"(orang utara) ialah kerana dia tak mahu bila kita ikuti kuliah atau majlis ilmu dalam masjid,  kita akan berhenti setakat itu.

Secara logik, bila telinga kita boleh dengar, akal boleh faham; apa salahnya main pen ke, bersms ke atau buat apa saja. Namun yang kita tidak sedar, kita tidak menghormati Tok Guru/Ustaz,  ilmu, kitab yang digunakan dan majlis ilmu tersebut. Itulah keberkatan ilmu yang perlu kita cari. Wallahua'alam.

P/S  Maaflah, isi tazkirah dalam bahasa mudah. Siri ceramah ini baru Part 1. Akan disambung lagi kata juruhebah Radio Mutiara FM. Moga-moga ada rezeki dengar tazkirah selanjutnya. Semoga ada manfaat bagi yang membacanya:-))

Artikel berkaitan:

Terima kasih Huda, terima kasih Kamsiah


Assalamualaikum wbt...

Terima kasih tidak terhingga kepada nhhas kerana sudi menaja 4 set Audio CD Mufti Menk untuk pemenang aksi Marta (di sini) . Jazakallahu khaira.."Tidak ada balasan atas kebaikan yang dilakukan melainkan kebaikan jua" . Mudah-mudahan mereka yang menerima juga beroleh "Pearl of Peace" setelah mendengarnya. 

 Boleh terjah blog nhhas Real Life Is Real yang banyak memberikan info bermanfaat.

Award dari rakan blogger
Terima kasih juga kepada Kamsiah atas penghargaannya; Award Top Blogger Commentator di blognya. Ist time dapat award tau sejak 3 tahun berblogging.

 Rajin jengah dan komen di blog Detik-Detik Indah Dalam Hidupku kerana banyak info dan gambar dari lensa kameranya yang memikat hati.

P/S  Walau tak pernah bersua wajah, tak terdengar suaranya....namun ikatan ukhwah terjalin di alam maya. In sha Allah...mudah-mudahan, satu hari nanti kita akan bersua.

Artikel berkaitan:

Mutiara Kata Arab yang indah (4)


Assalamualaikum wbt..

Perempuan itu seperti obor nyalaan api, 
Jika lelaki itu tahu cara memegangnya, ia akan menerangi jalannya, 
Jika ia tersalah memegangnya maka ia akan membakar tangannya sendirii.

Jika kamu mahu sedikit ketenangan dan kebahagiaan. .
Berguraulah dengan kanak-kanak kecil atau orang tua..
Kanak-kanak masih tidak mengenali dunia..
Orang tua sudah berpada dengan dunia.

Amat memilukan sekali apabila kamu memiliki:
Cermin mata berjenama. .
Jam berjenama. .
Kasut berjenama. .
Tetapi
Keperibadian TIRUAN.

P/S  Fikir..fikir dan berfikir...

Artikel berkaitan:

Bila Prof.Muhaya suruh text dia...


Assalamualaikum wbt...

Maaf, majlis kesyukuran dan baca yassin sempena keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah ke 86 dalam entry semalam bukan di Istana Iskandariah tetapi di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Surah Yassin, labu sayung dan Laksa Kuala tu dah bukti nyata. Sejak lahir sampai umur nak masuk 12 tahun, tak pernah ada Labu Sayung di rumah, ada ke patut kata "abah nak tangkap hantu ke?". Pengaruh TVle tu. Dia kata selalu nampak botol serupa itu (saiz kecil) digunakan perawat untuk "simpan" hantu dan toyol dalam TV.

Semalam Jumaat di Ipoh. Jam 11.00 pagi nak lihat Sharifah Khasif di Shoutul Quran TV9. Tertekan channel TV Al Hijrah. Ist time tonton Muslimah Empowered oleh Mercy Mission. Semalam, Prof.Muhaya bawa tajuk "Garment" (pakaian). Untuk jadi pakaian bagi seorang lelaki, seorang perempuan mestilah jadi pakaian yang betul untuk diri sendiri. Apa pilihan kita? To give happiness atau to get happiness?

Prof.Muhaya kemudian minta audiens yang sudah berumahtangga (semua kan perempuan) hantar text I LOVE YOU kat pasangan masing-masing masa tu juga. Maka, tertunduk-tunduklah depa mengikut saranan Prof. Oooops..tak terkecuali penonton di rumah yang satu ni, haha. 

Tak lama Prof tanya, siapa yang dah dapat balasan text tadi. Lucu bila dia kata ada tak yang dapat balasan; "buang tebiat ke awak ni?", heee. Kata Prof, kalau dapat reply I LOVE YOU TOO, hubungan dah berada di landasan yang betul. Kalau tengok respon audiens nampak gaya macam belum terima balasan. 2X5 juga dengan si penonton di rumah yang satu ni.

Bila dia pulang dan sedang berehat, bukalah mulut bertanya terima tak message I LOVE YOU tadi. Sabar ajalah bila dia kata ada terima tapi ingat Anim salah orang. What??? Haha...ada ke patut. Tapi memang patut pun . Padan muka aku! Orang p baca Yassin, hang p sms I LOVE YOU, heee. Bila Anim kata, Anim ikut saranan Prof.Muhaya dia pula keluar pendapat. Ooo..nak lawan Prof.Muhaya ya..

Katanya, Prof Muhaya patut bahagikan test itu kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pasangan baru kahwin, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Pasangan lebih 2 abad, adakala jarang guna khidmat sms ni. Pegang hp pun malas. Selalunya, pasangan lama berumahtangga "berkomunikasi" dengan isyarat badan atau mata atau bersuara sendiri. Bak kata Ustaz Kazim, cara batuk pun boleh kenal apa maksudnya, heee. 

P/S Pasangan lama berumahtangga selalunya ada sense yang kuat. Cam deria ke enam. Tak sebut pun minta dibelikan Laksa Kuala cuma terbayang-bayang camnalah rasanya.. Bila tengok Laksa Kuala dibawa balik, syukur, alhamdulillah. Tak apalah kalau dia tak jawab message saya tu, Prof.Muhaya:-))

Artikel berkaitan:

Butang baju Melayu abang, mana Pah?


Assalamualaikum wbt...

Malam tadi, tiba Ipoh jam 8 lebih. Biasanya, bila tiba malam, Anim dan si Abdul akan dibawa keluar makan. Orang bujang di rumah tu hanya tau masak nasi dan goreng telur saja. Sementara tunggu barang-barang (termasuk stok ikan, ayam dan daging) diangkut keluar dari kereta, duduk tengok Buletin TV3;  perkembangan kemalangan maut yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh di KM306.1, Lebuhraya Utara Selatan, Gua Tempurung.

Encik Suami kemudian duduk di sebelah bertanyakan Baju Melayunya. Automatically..teringat dialog Encik Jamil (P.Ramlee) dalam filem Madu Tiga. Ingat tak dialog popularnya, "butang baju Melayu abang, mana Pah?". Tak sabar-sabar tanya Baju Melayu, kot iya pun nanti-nantilah dulu. Bagilah perut berisi dulu. Perut lapar..macam-macam boleh berlaku. Ada apa-apa ke ni?

Tersengih bila Anim usik, "Encik Jamil ni, pilih janda ke anak dara?"

Dipendekkan cerita, hari ni dia kena p Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Ada majlis baca Yassin sebelum solat Jumaat. Esok adalah Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke 86. Kena ganti Boss yang bermesyuarat di KL.

Bila memandang si dia yang bakal berusia setengah abad dalam beberapa bulan lagi, segak berpakaian baju Melayu, bercekak musang, bersampin songket dan bersongkok hitam berjalan keluar menuju ke kenderaan jabatan yang menunggunya di luar rumah pagi tadi, wah sebijik rupa Encik Jamil . Iyalah, nak jumpa orang lengkap pakaian begitu hari Jumaat, nak p nikah lah, heeee. Jarang (malah tak nampak) orang pakai lengkap kain sampin songket p solat Jumaat, ada ke?.

Cemburu? Syak wasangka? Alhamdulillah..perasaan itu belum wujud. Anim pernah ingatkan dia, kalau nak menikah lagi, Animlah orang pertama yang perlu diberitahu kerana senang nak menjawab soalan Mak dan Pak Mertua nanti..huhu..

P/S Sewaktu usia perkahwinan Anim mencecah 8 tahun, Anim pernah izinkan dia bernikah lain kerana perkahwinan kami waktu itu belum dikurniakan cahaya mata. Si Abdul sulung kemudiannya hadir 2 tahun kemudian:-))

Artikel berkaitan:

Adakah rahsia itu perlu terus disimpan?


Assalamualaikum wbt...

Lama dah rahsia ini tersimpan. Sudah berbelas tahun. Ianya satu "tugas besar" yang perlu Anim laksanakan sebelum salah seorang dari kami bertiga menutup mata selama-lamanya. Nak dijadikan cerita, sewaktu meronda Ipoh di suatu petang, Usrah Nurani radio IKIM bersama Ustaz Zul Ramli membawakan kisah yang menyentuh hati.Tidak semena-mena, hati berkata , mungkin saatnya sudah tiba.

Mana nak mula dulu, ya? Rahsia yang tersimpan atau kisah yang diceritakan Ustaz Zul Ramli? Rasanya eloklah Anim mulakan dengan pengkisahan Ustaz Zul Ramli dan dari situ dapatlah dikaitkan dengan rahsia tersimpan.

Cerita Ustaz Zul Ramli lebihkurang begini (tak buat catatan dalam kereta)...

Alkisah, hidup seorang anak yang sering ditimpa masalah. Lepas satu selesai, datang lagi dan begitulah seterusnya. Nak kata tak solat, dia solat. Dia juga melakukan amalan kebaikan seperti Muslim yang lain. Ketika bermuhasabah, dia ingat-ingat kembali kalau-kalau ada yang dia terlepas pandang. Bila kita ada niat untuk sesuatu kebaikan, Allah akan tunjukkan jalan.

Ditakdirkan dia teringat peristiwa sewaktu dia di zaman remaja. Waktu itu (Anim lupa, mungkin selepas SPM atau cuti semester di Universiti seperti yang diterangkan Ustaz Zul Ramli) dia bekerja sementara.  Bila memperolehi gaji pertama, dia telah membeli sepasang seluar berjenama. Orang muda, dapat bergaya dengan seluar yang menjadi idaman remaja, cukup sayanglah dengan seluar itu.

Dijadikan cerita, entah macamana ibunya secara tidak sengaja telah "merosakkan" seluar kesayangannya sewaktu mencuci. Dia yang ketika itu terkejut melihat seluar berjenama yang dibeli dari hasil titik peluhnya yang pertama telah bertindak keterlaluan dengan memarahi ibunya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Masa berlalu, dia sudah berjaya. Dia sendiri sudah terlupakan perkara tersebut. Peristiwa di zaman remaja itu sangkanya sudah pasti dilupakan oleh ibunya.

Masya-Allah, itukah penyebabnya, fikirnya. Ada dosa yang dilakukan terhadap ibunya belum terampun. Dia mengambil keputusan untuk pulang menemui ibunya di kampung. Kepada ibunyalah ditanyakan hal tersebut.Adakah itu dosa yang belum ibu maafkan?

Dipendekkan cerita, dia tersentak mendengar pengakuan yang keluar dari mulut ibunya sendiri. Ibunya mengampunkan dosa dan kesalahannya yang lain namun kesalahannya yang satu itu tidak diampunkan. Kata si ibu, dia terasa hati bila mendengar penghinaan si anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan tangannya hanya disebabkan sepasang seluar berjenama. Si ibu memendam rasa .

Si anak terus memohon ampun dan maaf dari ibunya namun si ibu masih berkeras. Siang malam dia merayu keampunan dari ibunya namun hati yang terluka, sukar diubati. Si anak dengan linangan airmata terus menerus memohon keampunan selain mengadu pada Allah. Keadaan itu terus menerus berlaku sehingga beberapa hari. Dia berazam tidak akan balik ke ibukota selagi dosanya belum terampun.

Si ibu yang melihat kesungguhan si anak yang merayu minta diampunkan akhirnya mengampunkan kesalahan anaknya yang satu itu. Si anak kemudian melihat kehidupannya berubah selepas itu.

@@@@@@@@@

Berbelas tahun lalu, seorang ibu tua mengadu pada Anim. Bergenang airmatanya kerana berjauh hati dengan anak perempuannya. Anak perempuannya baru melahirkan anak. Dia berada beberapa hari di rumah anak perempuannya itu. Niatnya hanyalah ingin membantu mana yang patut. Anak perempuannya itu bukanlah mengeluarkan kata-kata yang kesat hingga menyinggung perasaan si ibu tua seperti cerita Ustaz Zul Ramli tadi.

Menurut si ibu tua, selesai membasuh pinggan mangkuk, dia akan susun di rak pinggan. Si ibu perasan, ytak lama kemudian, si anak akan datang ke dapur dan membetulkan semua kedudukan pinggan yang baru disusun si ibu. Si ibu rasa tersinggung. Perkara ini berlaku sepanjang si ibu berada di sana. Si ibu terasa seolah-olah dirinya tidak tahu membuat kerja.

Perkara yang sama juga berlaku sewaktu si ibu membantu melipat kain baju. Selesai melipat kain baju dan meletakkannya di dalam bakul yang tersedia, si ibu melihat anak perempuannya akan membuka lipatannya dan melipatnya kembali. Si ibu merasakan seolah-olah setiap perkara yang dilakukannya salah belaka.

Yang buat Anim teringat-ingat akan kata-katanya ialah lain kali, kalau anak perempuannya bersalin lagi, si ibu tak akan menjengoknya sewaktu si anak masih dalam pantang. Dia tak akan pergi sekalipun dipaksa. Walaupun PERUTNYA (perut si ibu)terpaksa DIBELAH..Sebak rasa menaip ayat ini. Terasa baru saja ayat itu diperdengarkan di telinga Anim.

Tahun demi tahun Anim cuba untuk berterus terang dengan si anak. Ingin sekali bertanya adakah dia tahu tindakannya yang mungkin dianggapnya " tak ada apa-apa" itu merobek hati ibunya. Tahun demi tahun juga Anim cuba untuk bertanyakan si ibu tua itu sama ada dia sudah memaafkan anak perempuannya itu. Namun Anim bimbang pertanyaan Anim itu bakal mengingatkan si ibu akan kisah sedihnya itu.

Kita pun beranggapan bila kita memohon kemaafan dari orangtua kita, dosa kita sudah terampun. Kita memilih untuk meminta maaf secara pukal tanpa menyebut dengan detail apakah kesalahan atau dosa yang kita buat . Walhal mungkin ada dosa yang masih orangtua kita ingat hingga kini dan yang paling menakutkan bila dosa itu sukar untuk mereka maafkan.

Bila mendengar kisah yang diceritakan Ustaz Zul Ramli itu, Anim sedar itulah tanggungjawab yang perlu Anim laksanakan. Anim perlu berterus-terang dengan si anak. Dia anak yang baik, taat dengan Allah, dengan ibu bapanya. Anim berharap dia dapat menerima dengan baik penjelasan Anim. Anim perlu jelaskan, ibunya itu mungkin rasa tertekan dan meluahkan pada Anim secara tak sengaja. Kalau Anim berada di tempat si anak,  pasti Anim juga merasa malu bila hal kita diketahui oranglain.

Syukurlah, si ibu tua tidak mengungkapkan itu rahsia yang perlu Anim simpan. Alangkah kesalnya nanti seandainya si anak yang pergi dahulu belum mendapat keampunan si ibu, si ibu yang pergi dulu belum sempat mengampunkan dosa si anak atau jika Anim yang menutup mata dulu, Anim akan dipertanggungjawabkan tentang rahsia ini.

Dalam satu majlis ilmu di sebuah masjid di SP, salah seorang Tok Guru (pondok) menjelaskan kisah Alqamah yang derhaka ada beberapa kisah. Salah satunya ialah derhaka Alqamah adalah kerana ibunya tersinggung apabila Alqamah menjamah makanan yang disediakan oleh isterinya terlebih dahulu bukannya makanan yang disediakan oleh ibunya .Betapa kesalahan yang kita rasa kecil, rupa-rupanya BESAR di mata seorang ibu.

P/S  Anim rasa Anim perlu kongsikan di sini kerana Anim juga ada ibu dan ayah yang masih hidup. Anim juga terkesan dengan pengkisahan Ustaz Zul Ramli itu kerana pasti ada salah Anim waktu remaja dulu yang menyinggung perasaan orangtua Anim dan Anim beranggapan mereka sudah mengampuni dosa Anim

Artikel berkaitan:

Harga Pakej Haji Tabung Haji Travel 1435H/2014M terkini


Assalamualaikum wbt..

Menatap surat bercop TH Travel yang ada dalam peti surat. Borang pengesahan harga/hotel Pakej Haji 1435H/2014M tiba. Mak datuk...harga terkini pakej haji Tabung Haji Travel. Naik hampir seganda.

Kalau pada tahun 2012M, harga bagi pakej Nilam, 4 orang sebilik sekitar RM 34,900 seorang kalau tak silap (di sini) dan pada tahun 2013M, naik lagi RM 3 000 seorang menjadi RM 38,000++  seorang, lupa dah ratusnya (di sini)

Kali ini, pakej haji Tabung Haji Travel 1435H/2014M naik hampir RM 6000  seorang menjadi RM 44,990 seorang (kurang sepuluh ringgit RM 45K) bagi harga pakej paling rendah.

Tabung Haji Travel memaklumkan pakej haji Baiduri, Fairuz, Firdaus dan Hotel Safwa Orchid telah dibatalkan tahun ini. Pakej Haji Nilam pula dikenali sebagai Pakej Haji Topaz (Hotel Royal Dar Eiman-80m). So hanya ada Pakej Haji Topaz 4 (4 sebilik) , Topaz 3 (RM 47,990 seorang) dan Topaz 2 (RM 57,990 seorang). Manakala pakej Zamrud pula dari RM 89,990-RM 98,990 seorang.

Anim berdoa semoga Encik Suami dapat menjelaskan sebaik-baiknya kepada kedua ibu bapanya tentang kenaikan ini dan hasrat untuk tidak mengisi borang persetujuan. Memang di luar kemampuan kami. 3 tahun mencuba dengan Tabung Haji Travel, mungkin rezeki kami tiada di sini. In sha Allah...kami akan cuba pula dengan syarikat lain. Doakanlah untuk kami berempat. Ada dapat makluman, sekarang, pemilihan bakal haji untuk ikut haji dengan pakej haji atau muassassah sama saja syaratnya, kena ikut tahun mendaftar haji. Berbeza dengan dulu.

P/S Macam yang sering Anim tulis dalam entry. Kerja haji kerja Allah. Jangan minta dan merayu pada makhluk. Minta dan merayulah pada Pencipta makhluk:-))

Artikel berkaitan:

Moga Jumaat @Ipoh diberkati


Assalamualaikum wbt..

Lepas Subuh, Encik Suami ke KL hadiri meeting. Duduk berdua dengan si Abdul kecil, malaslah nak buat breakfast. Bagitau dia, lepas habis Tanyalah Ustaz, Anim bawa dia keluar breakfast.

Tak dan dan dia nak makan. Dengar ketak ketuk lesung di dapur. Nasi lebihan malam tadi digoreng. Opps, ini bukanlah pengalaman pertama dia masak nasi goreng.

Anim disuapkan sesudu. Nasi goreng planta ditambah kicap..Lain macam di tekak! Tapi demi menjaga hatinya, Anim kata teringin nak makan soto atau lontong..heee.

Bila ajak si Abdul kecil teman Anim keluar, dan dan tu kata dah kenyang. Tak mau, malas katanya. Ingat nak cari soto atau lontong berdekatan Gerai Roti Canai Ijam tapi habis dah. Amboi..pagi Jumaat jam 9, dah kemas barang.

Lain macam pulak pekena roti telur bawang sorang-sorang ni. Bismillah...tang makan tak boleh malu. Sorrylah,  baru perasan roti sanggul dalam entry terdahulu tu tak sama dengan roti bom (roti planta). Roti sanggul adalah roti canai yang disanggul. Hari-hari makan roti canai kat Gerai Ijam tak jemu sebab terkini ada 23 jenis roti canai disediakan..huhu

Then singgah satu gerai ikan segar Pantai Remis di depan taman perumahan Anim. Cari makanan basahle. Balik tergesa-gesa tempohari, tak sempat angkut ikan dari SP. Walaupun harga mahal sikit, the best part si penjual sediakan servis menyiang ikan tak kira kecil atau besar. Ketam yang Anim beli pun siap dibelah dua dan diketuk sesungutnya, Terbaik!!

Sejak jadi weekend wife selama 4 bulan, tak pernah lagi hadiri mana-mana majlis ilmu di SP. Pernah juga minta izin Encik Suami untuk ke masjid terdekat di Taman Keladi (20 minit memandu) tapi bila Encik Suami kemukakan alasan, majlis ilmu biasanya bermula lepas Maghrib, kalau Anim keluar rumah malam, boleh timbul fitnah. Anim akur. 

Jumaat yang cool di Ipoh. Penuh aktiviti "majlis ilmu" di rumah . Jam 11.30 pagi bersama Ustazah Asni di Tanyalah Ustazah yang membicarakan tentang anak hafiz al Quran. Jam 12.00 pula bersama Dr.Nik Salida dalam Al-Maraaya  TV3 dengan Hanyut Dalam Pujian. Lepas Khutbah Jumaat secara langsung, Kuliah Zohor pula bersama Ustaz Harryanto berkenaan masa.

Kemudian, program yang jarang miss, The Deen Show with Eddie di TV Al Hjrah. Hari ni tetamu jemputan ialah Abdullah dan Husain, pemain NFL Football, Amerika Syarikat. Mereka sanggup tak sign kontrak kerana nak tunaikan haji. Balik haji masih ada rezeki mereka berdua untuk sambung kontrak.

Jam 5 petang, Al Kuliyyah bersama Ustaz Zul Ramli dengan "Kirim ibu dan ayah ke syurga". Dan sebagai penutup, jam 9.30 malam tadi, Halaqah bersama Ustaz Roslan dengan tajuk "7 Tingkat Neraka.".

Mudah-mudahan "majlis ilmu" setiap Jumaat dapat memperbaiki diri dan caj iman yang turun naik dari sehari ke sehari. Bak kata pengacara, Ustaz Elias Ismail  tadi, iman sambal belacan. Bila makan rasa pedas, kata serik nak makan lagi. Tapi bila hilang pedas, kita makan lagi. Camtu juga bila dengar kuliah ilmu, dan dan itu nak berubah, tak nak buat itu ini, rasa takut dan insaf. Habis kuliah, tutup TV, esok lupa balik. Kembali buat dosa. Kembali dengan tabiat lama.

P/S Walaupun Tok Guru beri kuliah dalam TV, anak murid di rumah tutup aurat. Tak dengar sambil baring dengan melunjur kaki mengadap Tok Guru. Duduk kat kerusi.. Biarle apa orang nak kata..Nak bagi feel yang diri sendiri ada dicelah penonton dalam TV:))

Artikel berkaitan:

Usaha saat akhir, kalau rezeki ada, adalah..


Assalamualaikum wbt...

Seminggu menghilang, selain tekanan darah yang naik tiba-tiba, gastrik pun muncul kembali. Duduk berdua dengan si Abdul kecil, makan ikut dan. Bila sibuk dengan kerja, kadang-kadang lupa nak makan. Kena amalkan prinsip makan untuk hidup, heee. Anyway...alhamdulillah, kesihatan pulih kembali. Anim juga akan amalkan prinsip, kalau penat, rehat. Kalau mengantuk, tidur. Work smart..bukan work hard!! Bak kata Encik Suami, kalau tak boleh buat, tinggal. Paling teruk, kena marah. Takkan kena pukul, kena sebat..huhu.

Marta bawa someone ke kelas Anim di Tahun 2. Marta kata Mat Salleh sorang ni diberi pendedahan tentang program ini kerana dia baru tiba di Malaysia. Marta kan "senior" Program Penutur Jati. Ini tahun ke 2nya di Malaysia. Budak-budak teruja bila muncul pula Mat Salleh di kelas mereka.

Mat Salleh ni new mentor Program Penutur Jati untuk daerah Baling/Sik. Pertama kali tiba sekolah Anim, terpaksa cuba menu di kantin waktu rehat. Lucu lihat dia makan nasi bersama ikan cencaru sumbat dan terung tumis sambal sambil disulami air, hee.

Dalam sibuk-sibuk, Anim terlepas pandang tentang isu DG42 (tanpa temuduga) yang diperkatakan dalam group Whatsapp Anim.Dok tunggu borang atau makluman dari pentadbir sekolah. Mana tak terkejut bila PT kata tarikh akhir submit form ialah pada hari ini, Khamis, 10 April 2014.. Masalah besarnya ialah ijazah dan transkrip akademik berada di Ipoh. Tak teringat nak buat salinan dan simpan di SP. Ndak tak ndak, kena balik Ipoh dengan kadar segera. Konon-konon nak bertolak Ipoh dan balik semula ke SP pagi Khamis, huhu...

Namun, petang tu jugak ada Workshop 2 bersama Marta di Tikam Batu hingga jam 5 petang. Selesai semua urusan di rumah dan menunggu si Abdul kecil balik mengaji, baru bertolak balik lepas Isyak. Terpaksalah ambil cuti kecemasan dan e-mel semua dokumen sebentar tadi. Tak larat rasanya nak balik ke SP semula pagi tadi. Anim serahkan semuanya pada PT dan pentadbir sekolah. Anim tak menaruh harapan tinggi. Usaha saat akhir, kalau rezeki tu ada, adalah. Kalau tidak ada, Anim anggap rezeki Anim berada di tempat lain.

P/S  Sebenarnya, sejak 3 tahun terima ijazah (di sini), Anim tak pernah mohon kenaikan ke DG41. Anim sedar tindakan Anim ni dipersoalkan rakan sepengajian dan geng bas sekolah. Ada yang kata Anim rugi, ada yang kata Anim hilang senioriti pendekata dah.tak makan nasihat. Yang penting, Encik Suami suruh Anim ikut kepuasan hati sendiri. Anim ada sebab yang mungkin akan Anim kongsikan bila tiba masanya;-))

Artikel berkaitan:

Roti Sanggul : warming up entry


Assalamualaikum wbt..

Hampir seminggu tak berkesempatan berkunjung ke blog. Masa 24 jam sehari begitu mencemburui. Banyak yang nak dikongsi. Kita mula dengan entry warming up dulu, kay.

Jam 12 tengah malam tadi tiba Ipoh. Ambil Cuti Rehat Khas hari ini  kerana ada urusan penting dan urgent yang perlu dilakukan.

Singgah Gerai Roti Canai Ijam untuk breakfast. Order Roti Sanggul (Orang Utara kata Roti Boom) 2 keping sorang . Pagi ni, tak taulah nape.Bila tengok depa menebar roti, dan dan tu rasa 2 tak cukup. Walhal sama je saiz adunan ngan roti canai biasa, bezanya dicanai nipis atau disanggul.

Sementara tunggu Roti Sanggul siap, sempat bisik kat Encik Suami, macam tak cukup je 2 keping Roti Sanggul untuk Anim tu. Almaklum, kecil je saiznya. Terasa malu pulak bila dinasihatkan supaya makan dulu, tak cukup baru order lain. . Manataknya itulah ayat power yang keluar dari mulut kita bila berdepan perkara "tamak makan" ni dengan anak-anak.

Ijam ni pun cam tau-tau aja bila Roti Sanggul sampai ke meja. Telinga bionik ke, haaa? . 4 keping Roti Sanggul yang diorder ada 3+2 di pinggan.

"Ayah belanja 1 keping." kata anak perempuannya semasa menyuakan pinggan. Hmm..bila 2 keping Roti Sanggul masuk perut, kembang dah dalam perut..full rasanya. Dok tolak pinggan kat Encik Suami, " Baki satu roti ni. kita share separuh, no",

P/S Banyak pengetahuan tentang pemakanan pun tak guna bila tak dipraktikkan. Walhal maklum dah, sebelum makan kena kenangkan kapasiti biasa perut sendiri. Jangan ikut kapasiti mata kerana jika berdasarkan keupayaan mata, semuanya nampak hendak dimakan.

Artikel berkaitan:

Pengajaran dari ikan selar 40 sen


Assalamualaikum wbt..


Anim berada di pasar malam Taman Ria Jaya, SP. Mencari ikan segar baru naik dari Kuala Kedah. Macam biasa, nak bawa balik Ipoh.

Menjawab komen Vee, selain faktor harga, kesegaran ikan menjadi sebab sanggup bawa beratus km setiap hujung minggu. Dok Ipoh, pening kepala cari ikan basah. Ada satu gerai jual ikan segar katanya dari Pantai Remis tapi dah berendam lama dalam airbatu. Dahlah tu, harganya berganda dari harga di SP.

Nak buat macamana, hampir 5 tahun membeli ikan segar pasar malam di SP @ Pasar Bisik, belum terbiasa mencari ikan di hypermarket di Ipoh. Angkut dengan kereta...tak jadi masalah.

Ternampak ikan selar kuning. Masak pindang (singgang) sedap ni. Harga sekilo RM10. Pilih 3 ekor saja sebab hanya Anim dan Encik Suami je minat ikan rebus-rebus ni. "RM4.60 kak". Anim hulur RM5. Si penjual tercari-cari duit syiling. Satu sen pun tak ada dalam kotak duit. Dia tanya "jiran" sebelah. Heran..jiran sebelah pun tak ada duit syiling. Penjual ikan itu kemudian meminta Anim memilih seekor ikan lagi untuk mencukupkan baki 40 sen. "Pilihlah kak, halal kak". Terkejut...baki 40 sen nak ditukarganti dengan seekor ikan selar kuning. Apalagi, pilihlah yang saiz besar. Sempat lagi minta kepastian "Halal ya.."

Berjalan pulang ke kereta tersenyum riang. "Murahnya rezeki aku hari ini. Ikan selar kuning saiz besar tu dapat dengan harga 40 sen saja." Banggalah konon-kononnya..

Sampai kat kereta, ada seekor kucing hitam bawah kereta. Hitam semua badan. Cuma mata saja tak hitam. Mengiau-ngiau bila Anim buka boot kereta. Dia menggesel-geselkan badannya ke kaki Anim. Nak bergerak pun susah. Bau ikan, bau sotong agaknya.

Selalunya rajin beli keropok lekor untuk si Abdul kecil. Kali ni, tak membeli pulak. "Ala cing, tak ada apa nak bagi kat kau". Si kucing makin kuat ngiaunya dan keluar masuk celah kain.

Tak semena-mena, teringat peristiwa ikan selar kuning itu. Heran betul bila depa tak jumpa duit syiling untuk pulangkan baki 40 sen. Bagaimana tak berkiranya peniaga tersebut meminta Anim pilih sendiri ikan untuk ditukarganti dengan baki 40 sen itu (selalunya peniaga yang pilih sendiri "sedekah"nya). Dan sudah tentu terfikir kenapa Anim juga begitu berkira untuk check dalam purse, kot-kot ada 60 sen dalam purse.

" Allahu Rabbi, ikan selar 40 sen tadi tu. Itu bukan rezeki aku. Itu rezeki kucing ni". Allah bagi pengajaran dari ikan selar 40 sen. Rezeki kucing yang kelaparan itu dari peniaga ikan itu sebenarnya. Anim hanyalah sebagai perantara saja. Kucing tu yang murah rezeki.

Benarlah, dalam rezeki kita bukan saja ada hak oranglain tapi hak mahluk lain juga.

P/S Sekadar berkongsi pengajaran yang diperolehi.

Artikel berkaitan:

DAN, DAN-DAN, TAK DAN-DAN


Assalamualaikum wbt...

DAN yang ini tak de kaitan dengan entri:-))

Belajar di sekolah, cikgu ajar "DAN" adalah kata hubung.
Contoh ayat: Siti dan adiknya berjalan kaki ke sekolah.

Bagi orang Kedah pula,"DAN" ada banyak makna tau..

DAN = sempat
Contoh : "Kalau aku dan , aku singgah beli madu kat RnR Tapah. Aku kena sampai KL sebelum jam 6".

DAN DAN = segera
Contoh : "Bila nampak kelibat kami menuju ke mejanya, dan dan tu juga dia selesai makan dan beritahu sakit perut"

TAK DAN DAN = tak sabar-sabar
Contoh : Tak dan dan dia ke kantin bila dapat tahu ada orang buat kenduri besar.

P/S  Amboi, pagi ni DAN update 2 entry sekaligus:- MC lah hari ini. 2 hari sakit kepala. Doktor habaq darah naik. DAN DAN tu jugak idea datang dan TAK DAN DAN nak publish..:-))

Artikel berkaitan:

Cerita teka aksi Marta yang tertangguh:-)


Assalamualaikum wbt...

Hari Selasa adalah hari paling memenatkan di sekolah. Biasanya, Marta akan tiba jam 7.30 pagi dan pulang selesai sesi persekolahan jam 1,15 petang. Waktu free digunakan untuk penyediaan bahan. Waktu mengajar pula...dia akan ikut masuk sekali, samada kami melakukan team teaching, demo teaching atau observation. Tanyalah mana-mana cikgu...tak de sapa gemar "oranglain" berada bersama dengan kita waktu kita mengajar.

Pagi semalam di Tahun 1, lepas Anim mengajar 30 minit, Marta bantu Anim jalankan aktiviti dengan bottle caps untuk 30 minit berikutnya..Demo teaching using bottle caps .

Di kelas Tahun 2 pula, dia observe Anim mengajar . Lepas observe, bukan komen aja tapi bagi cadangan dan berjanji nak bawa sesuatu minggu depan untuk membantu masalah murid yang tidak boleh membaca lancar.

Walaupun penat, kehadiran Marta tidak membuat Anim "stress" berbanding kehadiran PPD/JPN/Nazir sekolah atau  pegawai SICS (School Improvement Specialist Coaches) . Untuk menjawab pertanyaan Helmi, sekolah kak Anim dah ada program SISC sejak tahun lalu lagi. 2013, dah 3 kali mereka hadir observe kak Anim mengajar..huhu.

Anim maklum ramai di luar sana mempertikaikan program Penutur Jati ini. Bagi Anim yang sudah bersama Marta sejak 3 bulan lalu, kehadiran Marta sebagai mentor banyak membantu.

Penyediaan bahan mengajar..

Demo teaching dan team teaching...

Bila pengajaran menyeronokkan...murid pun seronok nak belajar. Kehadiran guru dinanti-nantikan...

Guru Pelatih (praktikum) pun boleh timba ilmu...bukan senang si Kok (baju gelap) dapat peluang lihat senior mengajar..

Dan sekali atau 2 kali sebulan,semua guru yang terlibat Program Penutur Jati di bawah Marta, akan menghadiri workshop di salah sebuah sekolah berhampiran selepas sesi persekolahan.

Ingat lagi tak entry Marta..cer teka..cer teka? Sebenarnya masa Marta dok terangkan kami semua tentang Phonics di depan, dia ternampak kelibat Cik Ti . Dek kerana terlalu takutkan Cik Ti , tak semena-mena dia melompat atas meja tempat Anim duduk (mula-mula kami ingat dia nak tunjukkan action tentang sound..huhu). 

Cikgu-cikgu lelaki pun tunjuk macho...cari Cik Ti tu keliling makmal komputer. Haha...tak jumpa.

Marta pun sambung balik. Tengah seronok mengajar, tiba-tiba kami ternampak Cik Ti itu melintas di belakangnya. Bila kami semua tuding jari, dia pun apalagi, melompat naik (kali ni naik kaki). Nasib baik Marta ni kurus. Kalau tak, boleh rebah meja tu. Pucat lesi ketakutan..heee..

Tahniah, tepat pula tekaan BM, Aku Penghibur, babypose dan roha. Tolong e-mel alamat ke hanim_rahmat@yahoo.com.my (BM tak perlu..rasanya alamat masih tersimpan). Janji tetap janjikan...

P/S  Sungguhpun takut Cik Ti, Marta tak beri pasang perangkap. Dia tak mahu Cik Ti tu terbunuh!

Artikel berkaitan: