Assalamualaikum wbt...
Hari Selasa adalah hari paling memenatkan di sekolah. Biasanya, Marta akan tiba jam 7.30 pagi dan pulang selesai sesi persekolahan jam 1,15 petang. Waktu free digunakan untuk penyediaan bahan. Waktu mengajar pula...dia akan ikut masuk sekali, samada kami melakukan team teaching, demo teaching atau observation. Tanyalah mana-mana cikgu...tak de sapa gemar "oranglain" berada bersama dengan kita waktu kita mengajar.
Pagi semalam di Tahun 1, lepas Anim mengajar 30 minit, Marta bantu Anim jalankan aktiviti dengan bottle caps untuk 30 minit berikutnya..Demo teaching using bottle caps .
Di kelas Tahun 2 pula, dia observe Anim mengajar . Lepas observe, bukan komen aja tapi bagi cadangan dan berjanji nak bawa sesuatu minggu depan untuk membantu masalah murid yang tidak boleh membaca lancar.
Anim maklum ramai di luar sana mempertikaikan program Penutur Jati ini. Bagi Anim yang sudah bersama Marta sejak 3 bulan lalu, kehadiran Marta sebagai mentor banyak membantu.
Penyediaan bahan mengajar..
Demo teaching dan team teaching...
Bila pengajaran menyeronokkan...murid pun seronok nak belajar. Kehadiran guru dinanti-nantikan...
Guru Pelatih (praktikum) pun boleh timba ilmu...bukan senang si Kok (baju gelap) dapat peluang lihat senior mengajar..
Dan sekali atau 2 kali sebulan,semua guru yang terlibat Program Penutur Jati di bawah Marta, akan menghadiri workshop di salah sebuah sekolah berhampiran selepas sesi persekolahan.
Ingat lagi tak entry Marta..cer teka..cer teka? Sebenarnya masa Marta dok terangkan kami semua tentang Phonics di depan, dia ternampak kelibat Cik Ti . Dek kerana terlalu takutkan Cik Ti , tak semena-mena dia melompat atas meja tempat Anim duduk (mula-mula kami ingat dia nak tunjukkan action tentang sound..huhu).
Cikgu-cikgu lelaki pun tunjuk macho...cari Cik Ti tu keliling makmal komputer. Haha...tak jumpa.
Marta pun sambung balik. Tengah seronok mengajar, tiba-tiba kami ternampak Cik Ti itu melintas di belakangnya. Bila kami semua tuding jari, dia pun apalagi, melompat naik (kali ni naik kaki). Nasib baik Marta ni kurus. Kalau tak, boleh rebah meja tu. Pucat lesi ketakutan..heee..
Tahniah, tepat pula tekaan BM, Aku Penghibur, babypose dan roha. Tolong e-mel alamat ke hanim_rahmat@yahoo.com.my (BM tak perlu..rasanya alamat masih tersimpan). Janji tetap janjikan...
P/S Sungguhpun takut Cik Ti, Marta tak beri pasang perangkap. Dia tak mahu Cik Ti tu terbunuh!
dunia yg lama sudah ku tinggalkan. heee... dan dah tak minat langsung sekarang ni.. syabas utk anim.. berjuang utk anak bangsa...
BalasPadamCikgu nak lelah rasanya...anak2 murid juga yang seronok sebab ada pelbagai aktiviti dan macam2 cara pembelajaran. Demi anak2 bangsa...kalau tiada keikhlasan mengajar, memang xjadi.
BalasPadamOkje suh SA jadi cikgu jer...... tapi dia tak minat hehe....
BalasPadamOmputih ni sayang betul dengan binatang yek Nim...
Hubby kakpb hari2 mengeloh balik sekolah. Tempat dia mengajar ramai filipino, susah nak tarik mereka minat belajar. Sampai kering tekak cikgu, mcm tu je rupanya...kesian.
BalasPadamCik ti tu saja nak main2 kot. Pernah sekali dlm rumah kami terlepas masuk. Punyalah siksa nak suruh keluar. Bila ditangkap pandai pula buat2 pengsan...haha...
seronok tengok orang jadi cikgu yerk.. macam2 ilmu yang dapat diadaptasi untuk dunia seharian...
BalasPadamsemoga terus seronok menjadi pendiidik... mendidik dengan penuh dedikasi...
Dapat bertukar pendapat, dapat cara mengajar yang baru, dapat tarik minta budak-budak...bagus tu kak..tahniah kak
BalasPadamMacam itulah kakak kalau jumpa kucing anim. Lupa dah org keliling lupa malu..lompat aje nak selamatkan diri. Walaupun dia geli/takut tapi membunuh padanya perbuatan tak baik.
BalasPadamhehe...saya terbayang kalaulah masa minah saleh tu melompat naik atas meja,tetiba meja tu runtuh...mau gamat sat sekolah..
BalasPadamhehe.. mesti cik ti datang nak bermanja tu.. tak semua orang berani dengan kucing..
BalasPadamsaya membayangkan cik ti berlari terkedek - kedek ... tersesat aku katanya ... heeee
BalasPadamseronok pulak baca citer cik marta dgn cik t ni anim hehehe
BalasPadambagusnya bila dapat mengajar bersama mereka kan Kak... hihi... takut cik ti rupanya...
BalasPadamBagusnya budi pekerti Marta ni tak mahu Cik Ti menemui ajal dalam perangkap ya :) Tengok cara Marta tekup mulut, dok atas meja pun dah tahu memang dia takut sangat. Sebenarnya saya pun takut gak kat Cik Ti nih :)
BalasPadam