Assalamualaikum wbt...
Seminggu menghilang, selain tekanan darah yang naik tiba-tiba, gastrik pun muncul kembali. Duduk berdua dengan si Abdul kecil, makan ikut dan. Bila sibuk dengan kerja, kadang-kadang lupa nak makan. Kena amalkan prinsip makan untuk hidup, heee. Anyway...alhamdulillah, kesihatan pulih kembali. Anim juga akan amalkan prinsip, kalau penat, rehat. Kalau mengantuk, tidur. Work smart..bukan work hard!! Bak kata Encik Suami, kalau tak boleh buat, tinggal. Paling teruk, kena marah. Takkan kena pukul, kena sebat..huhu.
Mat Salleh ni new mentor Program Penutur Jati untuk daerah Baling/Sik. Pertama kali tiba sekolah Anim, terpaksa cuba menu di kantin waktu rehat. Lucu lihat dia makan nasi bersama ikan cencaru sumbat dan terung tumis sambal sambil disulami air, hee.
Dalam sibuk-sibuk, Anim terlepas pandang tentang isu DG42 (tanpa temuduga) yang diperkatakan dalam group Whatsapp Anim.Dok tunggu borang atau makluman dari pentadbir sekolah. Mana tak terkejut bila PT kata tarikh akhir submit form ialah pada hari ini, Khamis, 10 April 2014.. Masalah besarnya ialah ijazah dan transkrip akademik berada di Ipoh. Tak teringat nak buat salinan dan simpan di SP. Ndak tak ndak, kena balik Ipoh dengan kadar segera. Konon-konon nak bertolak Ipoh dan balik semula ke SP pagi Khamis, huhu...
Namun, petang tu jugak ada Workshop 2 bersama Marta di Tikam Batu hingga jam 5 petang. Selesai semua urusan di rumah dan menunggu si Abdul kecil balik mengaji, baru bertolak balik lepas Isyak. Terpaksalah ambil cuti kecemasan dan e-mel semua dokumen sebentar tadi. Tak larat rasanya nak balik ke SP semula pagi tadi. Anim serahkan semuanya pada PT dan pentadbir sekolah. Anim tak menaruh harapan tinggi. Usaha saat akhir, kalau rezeki tu ada, adalah. Kalau tidak ada, Anim anggap rezeki Anim berada di tempat lain.
P/S Sebenarnya, sejak 3 tahun terima ijazah (di sini), Anim tak pernah mohon kenaikan ke DG41. Anim sedar tindakan Anim ni dipersoalkan rakan sepengajian dan geng bas sekolah. Ada yang kata Anim rugi, ada yang kata Anim hilang senioriti pendekata dah.tak makan nasihat. Yang penting, Encik Suami suruh Anim ikut kepuasan hati sendiri. Anim ada sebab yang mungkin akan Anim kongsikan bila tiba masanya;-))
semoga ada rezeki untuk akak.
BalasPadamBetul tu Anim work smart bukan work hard...macam anak bunda no 2 tu...jenis workerholick...kawan2 dia pun cakap macam tu.. mana tak migrain...
BalasPadamLepas ni bawa2 berehat...pergi bercuti ke... betul pun kalu suami tu membebel pun...untuk kesihatan awak jugak kan..
jasa anim diperlukan lagi kat sini..
BalasPadambdk2 memang teruja jugk tgok mat saleh..minah kan?
semoga kesihatan bertambah baik ya cikgu...
BalasPadamKalau kakak pun akan kata macam geng-geng Anim juga rugi. Tapi macam kata Anim ada alasan pastinya. Apa lagi semua pun dah lebih dari cukup sebab itu tak kisah ye...
BalasPadamSemoga ada rezekinya walaupun dilakukan saat akhir. Bila ANIM kata terima scroll 3 tahun lepas at the age of 42, mulalah saya mengira umur. Hehehe...memanglah tua daripada saya tapi minta maaf banyak sebab rasa kekok pulak nak berakak-akak kerana kalau beza setakat 5,6 tahun (sama level masa kat sekolah rendah mahupun sama zaman 70-annya) memang lain macam saya rasa nak panggil orang kakak. Bukannya tak makan ajar tapi selesa kalau berbahasa ganti nama sendiri aje... Mohon maaf ya!
BalasPadamEh, sampai terkeluar tajuk entri dah ni.... Bercakap pasal mat salleh tu, tak pelik dah budak-budak tengok mat salleh terpinga-pinga kat sekolah mereka?
moga ada rezeki akak utk naik DG41 tu.. tapi tulah mgkin dah sayang kt tempat kerja skrg kan...buat keputusan yg terbaik kan kan...
BalasPadamsemoga ada rezeki untuk cikgu ^_^ dan semoga di permudahkan urusan oleh ALLAH
BalasPadamKalau dah rezeki tu tak ke manakan Nim walaupun usaha saat akhir kita tengok beberapa bulan dari sekarang hehe...kalau dapat naik sure ada entrikan nanti...
BalasPadam