السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pulang ke SP, baru dapat bersiaran. Selalunya bila balik kampung, tak dapat update kerana line tetapi terbalik pulak dalam kes Anim. Balik "bandaraya" tak dapat bersiaran dengan Celcom. Semua tak boleh. WhatsApp pun tak boleh..huhu. Nak kata apa...area rumah Anim di Ipoh, line kencang guna DIGI. Lepas ni baru dapat BW rumah kawan-kawan..
Sekadar mengisi diari Sabtu, 25 Januari yang memenatkan...(Saya tak sekolah ganti. Sekolah tak ambil cuti extra CNY)
Breakfast di Gerai Roti Canai Ijam ,Taman Temara, Ipoh. Ada 19 pilihan roti canai termasuk Roti Milo Special, Roti Nangka dan Roti Durian . Hujung minggu, penuh gerai.
Lepas tu bayar baki deposit kereta kat satu-satunya dealer Perodua Bumiputera di Ipoh. (Opps..bukan Suzuki Swift,
Okjer. Saya cari kereta installment rendah).Alhamdulillah, hajat nak berkereta kecil jimat minyak berulang ke Ipoh hampir tertunai. Hari ni katanya, in sha Allah kereta keluar. Encik Suami le uruskan kat sana. Oh ya, Bank Rakyat beri hadiah 20 pieces plasticware dan MP3 player sebab berhutang dengan bank dia, huhu. Actually,kadar dia lebih rendah (2.5%) berbanding satu bank lagi.
Then, ambil Abdul sulung di asrama. Senyum lebar sebab dapat keizinan Pengetua dan warden ikut kami balik SP.
Terus menuju ke Straits Quay Convention Centre, Tanjung Tokong, Penang . Ke majlis kahwin anak kawan seuniversiti juga rakan kerja lama Encik Suami. Encik Suami kata masa kawan dia kahwin dulu pun dia p, takkan kali ni kahwinkan kedua-dua anak dia tak p. Kawan dia ni lak bersusah-payah ke sana sini cari nombor telefon Encik Suami nak undang. Satu lagi, manalah tahu rezeki jumpa kawan-kawan seuniversiti atau sama jabatan dia sebelum ini di majlis itu.
Malangnya, Encik Suami tak beritahu awal plan dia nak p kenduri. Anim dan si Abdul kecil balik hujung minggu dengan bas ekspres, sure lenggang kangkung tak bawa baju. Si Abdul kecil tu suka berselipar saja. Anim pulak suka sangat sarung the same tudung every week sebab tak yah gosok dan boleh terus solat (selalunya kena solat jamak Zuhur-Asar di Terminal Bas SP/Amanjaya) Nak nangis rasa bila diberitahu fasal kenduri ni. Manataknya, baju baru, selendang baru ada kat SP, waaa...
Walaupun kereta Encik Suami plet P (kereta SP memang rata-rata guna plet Penang) tapi bila masuk pulau, memang kurang mahir jalan. Kami guna Waze. Ikut map, Straits Quay ni dekat dengan laut (tambak dah) tapi Waze bawa kami masuk town. Pusing-pusing area Komtar. Lorong kecil sempit pun masuk jugak. Tiba pulau jam 2 petang, sampai pukul 3 masih tak nampak bayang Straits Quay. Jangan kata masjid, Petronas pun tak jumpa (ada surau). Akhirnya kami niat solat jamak takkhir.
Encik Suami check balik arah dalam kad undangan. Dia suruh Anim type "Tesco Tanjung Tokong" tapi no results found. Nak baliklah camni. Masa dok pusing-pusing, Anim tengok balik kad undangan di WhatsApp tu. Laaa...Tesco Tanjung Pinang le, bukan Tanjung Tokong. Hmmm...kali ni ikut betul-betul arahan Waze.
Tengok gambar pun tau betapa grand majlis kahwin ni. Tak pasti siapa kenamaan yang duduk bersama pasangan pengantin di meja santapan. Ada persembahan tarian dan tayangan video. Dalam sarung dengan apa yang ada dan 2 Abdul serta Bapak Abdul yang berselipar...merasalah jugak duduk dalam majlis ni. Bak kata Teacher Fauziah, kalau kita simple..biasanya orang tak heran. Kalau kita lebih bergaya, tu yang orang dok pandang, heee.
Gambar atas bersama kawan seU Encik Suami tulah Tak macam dah berusia 50 tahun. Dia, orang kuat Puspanita Pulau Pinang.Dok bisik kat Encik Suami, kawan seusia dia dah bermenantu...kami lak anak baru masuk sekolah menengah, huhu. Actually, dia ni orang Johor jugak. Anim pernah mengajar anak saudara dia dan hadiri majlis kahwin adiknya sewaktu tinggal di Batu Pahat, 6 tahun lalu.
Gambar bawah pula ialah pertemuan tak disangka-sangka dengan kakak kantin sekolah di Batu Pahat. Kawan seU Encik Suami sedia 2 bas ekspres untuk orang kampungnya di Batu Pahat menghadiri majlis kahwin anaknya. Sapa sangka kan? Encik Suami tak de rezeki jumpa kawan-kawan lama yang lain tapi rezeki Anim pula..heee.
P/S Pernah tak korang p mana-mana dengan sarung apa yang ada kerana terdesak?
pernah kan.. selalu kalau balik kg tetiba ada kenduri.. tapi sarung akak pun sarung cantik tu.. semoga urusan akak dipermudahkan Allah ya..
BalasPadamBetul tu...saya setuju sangat. Biasanya kalau berpakaian biasa, orang tak perasan pun tapi kalau terlebih bergaya tu yang jadi perhatian. Maknanya jelas...bergaya itu untuk menarik perhatian orang.
BalasPadamsalam Anim......
BalasPadamtak pernah lah pula he heee.....tak kisahlah tu....best kan.....bila jumpa kawan2 lama nie....
Salam,
BalasPadamwaaaa...grand nyer kenduri... hehehe...
lama dah tak g kenduri...
lamanya dah tak balik ipoh...
huhuhuhu...
ala kak anim, saya biasa jer pakai baju yang "comot-bomot" - sebab saya tak ada baju cantik yang bergemerlapan... hehehehe... silau ler kak... heheheheeee
nmpk grand majlis nyer...
BalasPadamsy dlm keadaan terdesak barulah sarung apa yg ada...kalu x cancel je
Org bukan tahu pun baju kita tu baru ke lama Anim. Kakak ni jenis tak kisah pakai baju ulang-ulang. Kadang baju selalu pergi kerja itulah juga kakak pergi utk majlis kahwin...
BalasPadamMacam kata kawan Anim, kalau yg terlebih lagilah org pandang...
Wah, pakai simple-simple pun dapat gak gi majlis yang grand gitu :) Takpalah nak buat macamana. Kita pergi atas undangan kawan lamakan... tak grand pun pakaian takpalah.... Selalu juga bila balik ke kampung manalah nak bawa baju kurung bagai tetiba mak kata ada majlis kenduri kendara/jemputan kahwin. Apa nak disarung? Kalau sama size ngan sesiapa di rumah tu, memang sarung baju orang lain ler nampaknya. Janji baju baru dan ikut majlis :)
BalasPadamTak apalah kak yang penting kita ikhlas terima undangan, fitrah kita kaum hawa memang nak nampak cantik je tapi dah rezeki itu je terima jelah...
BalasPadampernah juga aiza masa balik kampung dulu ke rumah mak cik aiza.. tak sangka anak jiran dia nak kahwin, buat muka selamba je pakai baju biasa-biasa.. hehe...
BalasPadamsalam ukhwah: pertama kali baca ada 19 jenis roti canai kat gerai tu...mcm2 perasa ni...kalau dekat nak juga rasa...
BalasPadamAssalamualaikum Cikgu Anim sayang....
BalasPadamwah kak..lamanya taksinggah sini..rindusgt nak bacacerita kak tau...;)
Kak Anim roti canai tu macam bes ja...;),roti canaikosong sekeping seringgit sudah~~~
Apa cerita agaknya kak dapat posting tak..ketinggalan saya...nanti cuba kejar n3 ketinggalan..hihi
Pernah juga sarung apa yg ada...;)...Buat xtau jala...janji kita selesa...;)
Tak sabar nak tengok kuda apa yg keluar Anim hehe....
BalasPadamTerdesak desak gitu pun cantik dah okje tengok Anim dengan baju lip lap pergi kenduri kat hotel.....
penuh juga aktiviti akak ni... wah! mmg grand majlis khawin tu...nampak pic pun tau..
BalasPadambagi sy tak kisah lah baju apa kita nak pakai kak... yg penting menutup aurat & selesa.. ya dok? hehe