Home · About Me · Sitemap ·

Roti Sanggul : warming up entry


Assalamualaikum wbt..

Hampir seminggu tak berkesempatan berkunjung ke blog. Masa 24 jam sehari begitu mencemburui. Banyak yang nak dikongsi. Kita mula dengan entry warming up dulu, kay.

Jam 12 tengah malam tadi tiba Ipoh. Ambil Cuti Rehat Khas hari ini  kerana ada urusan penting dan urgent yang perlu dilakukan.

Singgah Gerai Roti Canai Ijam untuk breakfast. Order Roti Sanggul (Orang Utara kata Roti Boom) 2 keping sorang . Pagi ni, tak taulah nape.Bila tengok depa menebar roti, dan dan tu rasa 2 tak cukup. Walhal sama je saiz adunan ngan roti canai biasa, bezanya dicanai nipis atau disanggul.

Sementara tunggu Roti Sanggul siap, sempat bisik kat Encik Suami, macam tak cukup je 2 keping Roti Sanggul untuk Anim tu. Almaklum, kecil je saiznya. Terasa malu pulak bila dinasihatkan supaya makan dulu, tak cukup baru order lain. . Manataknya itulah ayat power yang keluar dari mulut kita bila berdepan perkara "tamak makan" ni dengan anak-anak.

Ijam ni pun cam tau-tau aja bila Roti Sanggul sampai ke meja. Telinga bionik ke, haaa? . 4 keping Roti Sanggul yang diorder ada 3+2 di pinggan.

"Ayah belanja 1 keping." kata anak perempuannya semasa menyuakan pinggan. Hmm..bila 2 keping Roti Sanggul masuk perut, kembang dah dalam perut..full rasanya. Dok tolak pinggan kat Encik Suami, " Baki satu roti ni. kita share separuh, no",

P/S Banyak pengetahuan tentang pemakanan pun tak guna bila tak dipraktikkan. Walhal maklum dah, sebelum makan kena kenangkan kapasiti biasa perut sendiri. Jangan ikut kapasiti mata kerana jika berdasarkan keupayaan mata, semuanya nampak hendak dimakan.

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Roti Sanggul : warming up entry"

  1. nampak sedap roti sanggul tu, tak pernah try lagi.

    BalasPadam
  2. nampak menyelerakan la kak...cicah sambal sardin mesti sedap

    BalasPadam
  3. Salam Kak..
    wahh! macam menyelerakan plak roti sanggul ni... tak pernah makan lagi ni... agak2 kat kedai mamak sini ada jual ke idak...hehe

    BalasPadam
  4. pergh... baca n3 dah teringinlag pulak hehehe

    BalasPadam
  5. Apa lagi kalau sednag lapar tengok portion besar rasa macam sikit aje kan..
    Bila dah masuk perut baru tahu sendat tak sendat:)

    BalasPadam
  6. wahh unik nie.. tak pernah rasa lagi ^_^ jadi nak cuba pula

    BalasPadam
  7. Tergoda pulak akak tengok roti sanggul.. memang nampak sedap tu anem :)

    BalasPadam
  8. aiyooo kak...sy trs lapo ni tgk roti boom aaaaaaaaaaaaaaaaarghhh

    BalasPadam
  9. Roti canai ni memang nampak kecik tapi bila makan, cepat jer terasa kenyang...kembang kot dalam perut.

    BalasPadam
  10. kalau saya , mkn satu jer dah kenyang sebab campur dengan air segelas = kembang dalam perut .

    BalasPadam
  11. roti bom pernh dgr..sanggul sebab pusing ek..

    BalasPadam
  12. Memang betul. Saya pun selalu macam tu. Bila tengok sesuatu makanan tu rasa macam tak cukup aje. Tapi bila dah pekena, baru tahu senak perut ke tidak nak menghabiskan. Kalau masak pun sama. Yang makan 4 orang sahaja tapi memasak macam nak makan 10 orang. Bila suami tegur, jawab baliklah...'Mana tahu tak cukup nanti sedap sangat, tak mahulah ada yang kempunan!" Selesai makan, bersaki-baki banyak lagi kena masuk fridge, sambung makan untuk esok. Itulah kalau dah tamak haloba menguasai diri. Memang tak dapat nak menolong kalau sendiri tak mahu berubah :)

    BalasPadam
  13. Lama [pulak tak makan roti boom ni Nim...Ah sudah macam teringin pulak hehe....
    Tapi mmg betul kadang tu nafsu mata dgn nafsu perut sama naik.....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai