Home · About Me · Sitemap ·

Harga Pakej Haji Tabung Haji Travel 1435H/2014M terkini


Assalamualaikum wbt..

Menatap surat bercop TH Travel yang ada dalam peti surat. Borang pengesahan harga/hotel Pakej Haji 1435H/2014M tiba. Mak datuk...harga terkini pakej haji Tabung Haji Travel. Naik hampir seganda.

Kalau pada tahun 2012M, harga bagi pakej Nilam, 4 orang sebilik sekitar RM 34,900 seorang kalau tak silap (di sini) dan pada tahun 2013M, naik lagi RM 3 000 seorang menjadi RM 38,000++  seorang, lupa dah ratusnya (di sini)

Kali ini, pakej haji Tabung Haji Travel 1435H/2014M naik hampir RM 6000  seorang menjadi RM 44,990 seorang (kurang sepuluh ringgit RM 45K) bagi harga pakej paling rendah.

Tabung Haji Travel memaklumkan pakej haji Baiduri, Fairuz, Firdaus dan Hotel Safwa Orchid telah dibatalkan tahun ini. Pakej Haji Nilam pula dikenali sebagai Pakej Haji Topaz (Hotel Royal Dar Eiman-80m). So hanya ada Pakej Haji Topaz 4 (4 sebilik) , Topaz 3 (RM 47,990 seorang) dan Topaz 2 (RM 57,990 seorang). Manakala pakej Zamrud pula dari RM 89,990-RM 98,990 seorang.

Anim berdoa semoga Encik Suami dapat menjelaskan sebaik-baiknya kepada kedua ibu bapanya tentang kenaikan ini dan hasrat untuk tidak mengisi borang persetujuan. Memang di luar kemampuan kami. 3 tahun mencuba dengan Tabung Haji Travel, mungkin rezeki kami tiada di sini. In sha Allah...kami akan cuba pula dengan syarikat lain. Doakanlah untuk kami berempat. Ada dapat makluman, sekarang, pemilihan bakal haji untuk ikut haji dengan pakej haji atau muassassah sama saja syaratnya, kena ikut tahun mendaftar haji. Berbeza dengan dulu.

P/S Macam yang sering Anim tulis dalam entry. Kerja haji kerja Allah. Jangan minta dan merayu pada makhluk. Minta dan merayulah pada Pencipta makhluk:-))

Artikel berkaitan:

34 Komen untuk "Harga Pakej Haji Tabung Haji Travel 1435H/2014M terkini"

  1. Niat yang baik. Mudahan dpermudahkan semuanya Kak Anim ;)

    BalasPadam
  2. kalau dah ditentukan menjadi tetamu NYA..insya Allah ada jalannya...mungkin rezeki dari sumber yg tak disangka2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang berserah total padaNya 100%...kita hanya tetamuNya

      Padam
  3. Mahalnya. Memang kena menabung secara konsisten kalau betul2 nak p. Huhu.. liza tak mula lagi kak. Kena berazam ni. Kalau x, xtau la bila boleh sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasang niat. lepas tu in sha Allah, dipermudahkan. kak sendiri bukan kerja besar, gaji besar, huhu.
      cikgu cabuk aja..

      Padam
  4. semoga dipermudahkan oleh Nya.. Insyaallah...

    BalasPadam
  5. setuju sgt dengan yg last tu kak.. semoga urusan akak sekeluarga dipermudahkan..

    BalasPadam
  6. Insya Allah ANIM, kalau ada rezeki tentu Allah bukakan jalan untuk ANIM sekeluarga. Memang teringin sangat nak pergi tapi bila tengok menginjak tahun semakin mahal harganya, terkedu juga nih. Cemburu rasa pada seorang teman baik yang diberi peluang menunaikan haji ketika usianya genap 30 tahun. Untungnya si dia ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan MD mesti dah daftar haji lama. kami ni lambat sedarnya..na tunggu giliran muassasah tahun 2027..kena usaha lain

      Padam
  7. semoga dipermudah oleh Allah segala urusan anim...

    BalasPadam
  8. Betul tu Kak Anim Tabung Haji Travel tak ada yang package murah sekarang ni. Suami Aina sudah 3 tahun buat rayuan tahun lepas dapat tapi mem besar pulak tak dapat. Tangguh lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. duu daftar dengan andalusia, nama dah naik kami transfer ke Tabung Haji Travel sebab orangtua dan hotel dekat. rupanya takde rezeki..ada hikmahnya yang tidak kami ketahui..

      Padam
  9. cuba tanya travel agency yg lain. mungkin muraj sikit kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah..tengah pusing2 cari. rata-rata kata tahun ni giliran mereka yang mendaftar 2007-2008. kalau ada rezeki, alhamdulillah

      Padam
  10. doakan saja.. mudah2an dipermudahkan semuanyer !

    BalasPadam
  11. salam.insyallah ada rezki itu cubalah cari yang lain ya sis. terima kasih sis sebab sudi ke belog saya.maaf lambat jejak.awak jejak malam aedh penat ajar anak harni keje sekolah bertimbun2 uh..

    macam mana nak masukkan diri link saya ke bloglist admin? ada syarat ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada syarat. siapalah sayakan? kalau boleh semua yang follow blog saya nak saya masukkan dalam bloglist. dulu saya rasa blog cahaya ada dalam bloglist saya. tapi tak taule apa jadi, hee:-))

      Padam
  12. my kakak dah bertahun daftar , sampai la ni masih blm dpt panggilan . umur dah 62 ... jwpannya , Allah blum izin dan sudah tentu ada sebabnya ...

    BalasPadam
  13. Saban tahun ianya meningkat...semakin tidak mampu rasanya. Tapi tetap yakin dan percaya akan rezeki dari Allah swt. Jika diizinkanNya...InsyaAllah, pasti dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  14. Semakin canggih hotel2 di Mekah, tu yang agaknya pakej makin mahal.. Elok juga Anim cuba tanya pakej2 lain...
    Makchaq doakan Anim berempat dapat jadi tetamu Allah...

    BalasPadam
  15. Sekarang pun nak dpt hotel yg dekat dgn masjidilharam makin susah sebab kawasan sekitar masjidilharam semuanya dah diroboh Anim. Masjid Kucing yg belakang tu pun masa kakak pergi Haji dulu ada tapi baru-baru ini kakak pergi umrah yg lepas dah tak ada bayang. Perkarangan masjidilharam makin luas dan lebar itu yg semua nak hotel dekat jadi harga pun meningkat-ningkat.

    Doa kakak moga hajat dan niat utk pergi akan terlaksana. Insya-Allah benar bagai dikata mohon padaNya kerena sesungguhnya DIA maha mendengar.

    BalasPadam
  16. Makin meningkat dari tahun ketahun kan Kak.. mudah2an tetap ada rezeki utk kita semua kesana suatu hari nti....

    BalasPadam
  17. rasanya ada syarikat lain yg boleh bagi harga yg lebih munasabah.semoga dipermudahkan urusan.

    Cikgu anim, boleh try godek2 ada entry tentang ke Chiangmai di cempaka Biru.
    memang best jln ke sana.

    BalasPadam
  18. Mak ai mahalnya Nim......OKje mampu ambi muaassah aje le nampaknya...
    Apa pun semuanya rezeki yang telah tertulis.....kita ni berdoa ajelah kan...

    BalasPadam
  19. Salam Perkenalan Kak Anim,

    Moga dipermudahkan segala urusan...kadang-kadang mungkin ada rezeki lain yang kita tidak jangka..

    http://nadirahbtmohamad.blogspot.com/

    BalasPadam
  20. Salam Anim..takpelah kita dah berusaha..selebihnya berdoa..kalau dah tertulis untuk menjadi tetamuNya..ada jer Allah lorongkan...insyaallah...nekcik dulu (2006/2007) tahun tu daftar tahun tu jugak pergi..(waktu itu mungkin masih senang! mmg tak sangka!) nekcik ikut UTAS..mmg rezeki!!! syukur sesangat atas kemudahan segalaNya!!
    hotel lama kami semua dah takde..yg ada hotel cantik cantik..itu yang harganya pun sepadanlah kan
    Nekcik doakn Anim bersama sekeluarga dapat di jemput mnjadi tetamuNya seberapa cepat yang diizinkanNya

    BalasPadam
  21. tahun hadapan mungkin ianya akan semakin meningkat.. semoga niat baik kak anim sekeluarga untuk menunaikan haji dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  22. salam ...
    sy pun tengah survey haji pakej utk mak ayah thn 2015...dah tgk td TH travel..wah , x sangka kos nya naik banyak dr setahun ke setahun yea......& sy ingtkan, haji pakej tak payah tunggu giliran....kene jugak tunggu giliran yea.... hurmmm..

    saya suka, last word tu, "Kerja haji kerja Allah. Jangan minta dan merayu pada makhluk. Minta dan merayulah pada Pencipta makhluk:-)) "

    semoga Allah permudahkan urusan kita semua,,,, (^___^)

    BalasPadam
  23. Ground Haji 2015/1436H, layari www.abkhgc.com

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai