Home · About Me · Sitemap ·

Bila Prof.Muhaya suruh text dia...


Assalamualaikum wbt...

Maaf, majlis kesyukuran dan baca yassin sempena keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah ke 86 dalam entry semalam bukan di Istana Iskandariah tetapi di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Surah Yassin, labu sayung dan Laksa Kuala tu dah bukti nyata. Sejak lahir sampai umur nak masuk 12 tahun, tak pernah ada Labu Sayung di rumah, ada ke patut kata "abah nak tangkap hantu ke?". Pengaruh TVle tu. Dia kata selalu nampak botol serupa itu (saiz kecil) digunakan perawat untuk "simpan" hantu dan toyol dalam TV.

Semalam Jumaat di Ipoh. Jam 11.00 pagi nak lihat Sharifah Khasif di Shoutul Quran TV9. Tertekan channel TV Al Hijrah. Ist time tonton Muslimah Empowered oleh Mercy Mission. Semalam, Prof.Muhaya bawa tajuk "Garment" (pakaian). Untuk jadi pakaian bagi seorang lelaki, seorang perempuan mestilah jadi pakaian yang betul untuk diri sendiri. Apa pilihan kita? To give happiness atau to get happiness?

Prof.Muhaya kemudian minta audiens yang sudah berumahtangga (semua kan perempuan) hantar text I LOVE YOU kat pasangan masing-masing masa tu juga. Maka, tertunduk-tunduklah depa mengikut saranan Prof. Oooops..tak terkecuali penonton di rumah yang satu ni, haha. 

Tak lama Prof tanya, siapa yang dah dapat balasan text tadi. Lucu bila dia kata ada tak yang dapat balasan; "buang tebiat ke awak ni?", heee. Kata Prof, kalau dapat reply I LOVE YOU TOO, hubungan dah berada di landasan yang betul. Kalau tengok respon audiens nampak gaya macam belum terima balasan. 2X5 juga dengan si penonton di rumah yang satu ni.

Bila dia pulang dan sedang berehat, bukalah mulut bertanya terima tak message I LOVE YOU tadi. Sabar ajalah bila dia kata ada terima tapi ingat Anim salah orang. What??? Haha...ada ke patut. Tapi memang patut pun . Padan muka aku! Orang p baca Yassin, hang p sms I LOVE YOU, heee. Bila Anim kata, Anim ikut saranan Prof.Muhaya dia pula keluar pendapat. Ooo..nak lawan Prof.Muhaya ya..

Katanya, Prof Muhaya patut bahagikan test itu kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pasangan baru kahwin, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Pasangan lebih 2 abad, adakala jarang guna khidmat sms ni. Pegang hp pun malas. Selalunya, pasangan lama berumahtangga "berkomunikasi" dengan isyarat badan atau mata atau bersuara sendiri. Bak kata Ustaz Kazim, cara batuk pun boleh kenal apa maksudnya, heee. 

P/S Pasangan lama berumahtangga selalunya ada sense yang kuat. Cam deria ke enam. Tak sebut pun minta dibelikan Laksa Kuala cuma terbayang-bayang camnalah rasanya.. Bila tengok Laksa Kuala dibawa balik, syukur, alhamdulillah. Tak apalah kalau dia tak jawab message saya tu, Prof.Muhaya:-))

Artikel berkaitan:

36 Komen untuk "Bila Prof.Muhaya suruh text dia..."

  1. Laksa kuala pengikat kasih.. tu yang mahal!!

    BalasPadam
  2. Haha
    Yg datang dengar semua perempuan. Tgok tv cite romantik permpn..
    Tu yg bila aki wat x fhm...kita marah.x ckp, x luah bukan x syg.lain org, lain lushan syg..kan
    Neem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. konon2 nak romantik..tak jalan. dia tak faham, haha...

      Padam
  3. labu sayung untuk tangkap hantu?? hehe...lum pernah dengar lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo..kena tengok cerita hantu atau misteri nusantara ni erin, haha

      Padam
  4. betul juga yg dikatakan en suami anim tu ... sabar je x de balasan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah masak dah..nak wat camna. dah jadi laki kita 23 tahun, hehe

      Padam
  5. Salam Kak Anim,
    Semoga ceria dan bahagia dihujung minggu disamping insan2 tersayang..
    Bagi saya, setiap orang ada cara tersendiri dalam mengungkap rasa kasih sayang kpd pasangan. Diri sendiri lebih memahami, tidak perlu mengikut saranan orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah BM..apa yg berlaku dalam rumahtangga kita sapa yang tau kan..
      kat luar nampak bahagia, loving couple tapi kat dalam rumah berbeza pulak..
      ada tu kat luar macam tak "kawan"..jalan jarak sedepa tapi kat rumah asyik berkepit aja, haha

      Padam
  6. Hahhaa. Lawak part buang tebiat. Betul la kak. Org2 lama ni lagi kuat kasih syg dia. Dh lama kenal antara satu sama lain. Instinct suai kak Anim hebat la tu bila dpt ras bini dia teringin laksa Kuala. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oranglama malu nak tunjuk..
      dia guna isyarat dri "antenna", hee

      Padam
  7. sedapnya laksa kuala.. ^_^
    selamat berkenalan kak, saya baru je baca entry akak ni sebab click dekat akupenghibur.com.. hee
    baru je balik dari kuala semalam tp x makan laksa kuala.. tengok hari ni macam teringin pulak.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih qistina. nanti kak jalan2 blog awak ya..

      1st time makan Laksa Kuala..beza betul "mee" laksa dia kan..

      Padam
  8. hahahahha kelakar la ^_^ .. kalau acik dpt pon terkejut hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak sangat dia terkezut..tak pernah2 terima text camtu dari bini dia, acik kan? hee

      Padam
  9. salam ukhwah anim….senyum2 kambing ros baca bab sms i love u tu….pepepun kdg2 syok gak buang tebiat camtu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ros..aduhai, jangan ingat bini aku tinggal 2 jumaat lagi ke, udahle..heee.
      abih tu, buang tebiat..

      p/s tqvm sudi singgah. nanti jalan2 blog ros

      Padam
  10. Betul Anim, instinct isteri suami tahu dah love sangat tu, lebih bermakna :) love you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa semua orang adakan...
      kadang2 kita boleh baca apa yg tersirat dari airmuka dia..betul tak?

      Padam
  11. Pernah sampai juga ke tempat-tempat ini Akak. Seronok.

    BalasPadam
  12. Heeee... tak payahlah nak bersms Anim. Kalau abanglah kakak sms mesti dia call balik. Abang mana suka sms ini semua. Leceh dia kata...

    Anakanda Abdul... labu sayung tu bersihkan isi air masak. Best tau minum air dia pepagi sejuk aje tekak:)


    BalasPadam
  13. kah.. kah... kah.. sabojereler... tapi kita dah tau type suami kitani memang dah tauler jawapannyer.. tak payah nak mesejlerkan... kita yang kenal diakan....

    BalasPadam
  14. hehehe sesekali tezt en hubby mcm ni bagus jugak yer !

    BalasPadam
  15. Hahaha...adeh kelakarlah akak nih....nti nk try la anta kt suami...nk tgk die jwb ape

    BalasPadam
  16. salam. biasalah tu..kdg2 ada lelaki yg x suka menonjolkan kasih syg mrka...tp dlm hati tetap syg gitu!

    BalasPadam
  17. kak. ketawe saye bace entry ni.. lawak part ingat akak salah orang.. hihi.. saye sokong part deria rase ke enam.. suami isteri.. ibu bapa dengan anak.. mesti ade kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terkejut agaknya..tak pernah2 dapat sms camtu, haha

      Padam
  18. salam..akak,nk tnye.. :) ada bca entri akak pasal masuk kedai aksesori kereta kt SP..nk tnye, dkt mna yea kedai tu..nk cri rim cap...hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..camna boleh masuk entry yg ni. kira oklah jugak ya. kat bandar puteri jaya, bersebelahan pusat pengajian quran al waheeda

      Padam
    2. owwhh..okey..hehe sbb tgk nie latest post akak..tu yg tnya kt sini..hihi btw,thank you akak for the info.. nk pegi cri..hehe :)

      Padam
  19. Saya setuju tu Kak Anim bukan cara berfikir mengikut peringkat umur sebenarnya.

    BalasPadam
  20. Aduh, salah orang katanya! Ni dah berdekad-dekad kahwin, takkanlah salah orang. Yang selalu 'tersalah orang' tu bukan ke lelaki? Kita perempuan ni kalau dah lama kahwin memang tak ingat dah nak main silap-silap mata, tertekan nombor orang lain :) Saya nak juga cuba sms HD tapi kalau lambat terima balasan atau takda balasan langsung, mahu muncung muka tak masak petang nanti :)

    BalasPadam
  21. Kak anim..romantiknya orang yang dah berumahtangga ni kan..moga keluarga kak anim kekal berbahagia hingga hujung usia..inshaAllah..=)

    BalasPadam
  22. Laksa sudah dibeli, kalau dibalas SMS tu lagi umphhh kan Anim hehe

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai