Assalamualaikum wbt..
Minggu ni tak balik Ipoh. Esok pagi kena bawa anak murid p pertandingan BI di Kota Kuala Muda. Kalau ikut hati, nak melingkar saja atas tilam, duduk depan TV sepanjang hari, heee.
Bila Encik Suami kata dia dah beli tiket bas Ipoh-SP jam 6 petang ni dan si Abdul sulung akan ikut sekali, kalut..kalut. Mana taknya, dua beranak tu pembersih orangnya. Karang terkejut pulak tengok rumah yang dihuni Anim dan si Abdul kecil.Apataknya, hari sekolah buat rumah tu macam hotel. Cuti hujung minggu balik Ipoh.
Tengahari balik sekolah semalam, terdengar tazkirah menarik di radio kereta mengenai ilmu yang berkat. Terdengar juruhebah Radio Mutiara FM (Penang) menyebut nama Ustaz Sheikh Abd Kadir Al Juffri atau adakah yang dimaksudkan dia ialah Syed Abdul Kadir Aljoofre (sure yang ini kan?).
Apa yang dapat dikongsi lebih kurang begini. Kita p mengaji (belajar) agama, p majlis ilmu di masjid, adakah kita amal bila kita melangkah keluar dari masjid. Teringat pulak entry Anim tentang majlis ilmu yang Anim perolehi dari TV (di sini).
Kata Ustaz, kalau diperhatikan ilmu yang kita mengaji, ikut logik akal (orang zaman la ni kan suka guna logik akal) bila telinga kita dah dengar, akal kita dapat faham apa yang diajar, secara logiknya kita boleh buat. Namun dalam ilmu Islam, masa mengaji bila kita dengar dan faham belum tentu kita boleh bergerak, kerana di situ ada hati, nafsu dan sebagainya dan ada satu lagi istilah yang biasa digunakan ulamak iaitu barakah (keberkatan). Itu yang selalu kita tak ambil berat.
Tafsiran ulama, barakah ialah ziyadatul khair iaitu kebaikan yang bertambah. Maknanya dia jadi bonus pada kebaikan yang sedia ada. Sebab tu barakah mesti pada benda baik, bukan pada benda jahat. Mana kita pernah dengar orang kata, "Eh..eh..berkat sungguh pencuri itu. Malam tu banyak betul yang dia curi"
Satu lagi contoh, bila ada ustaz mengajar, tak mahu hadir. Tapi bila ustaz bagi ijazah sanad, ramai pula hadir masjid sebab nak barakah dari ijazah sanad. Barakah mesti ada asasnya Contoh asas kebaikan dari ijazah sanad ialah datang mengaji (belajar)
Contoh lain, gaji berkat. Dua individu sama gaji RM 3000. Tapi yang sorang tu, dengan gaji dia, dia boleh tolong emak dia, boleh buat umrah, boleh sedekah. Dua-dua beroleh kebaikan dari gaji RM 3000 itu namun yang gaji berkat, dia akan dapat pertambahan kebaikan.
Bila kita hadiri majlis kahwin, kita kata "Baraka Allahu Lakuma" kat pasangan pengantin. Semoga Allah berkati mereka berdua dengan kebaikan. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati. Sama juga masa kita makan. Kita baca doa makan, "Allahumma barik lana..." Kita minta diberi keberkatan pada makanan kita. Makanan dah baik, cuma mohon tambah keberkatan kepada makanan tersebut supaya kita boleh beramal dan sebagainya.
Ustaz memberi contoh, dalam majlis perkahwinan di Selatan, ada "berkat" diberikan. Ikut logik, kita dah makan di majlis kenduri, lepas makan, baliklah. Tuan rumah tak perlu beri apa-apa, door gift tak beri pun tak mengapa. Tapi kita diberi pula sesuatu untuk dibawa balik. Kebaikan tak terhenti di majlis perkahwinan; makan kenduri dah baik namun bila ada yang dibawa balik ke rumah ada kebaikan melimpah dari majlis tersebut. Tu timbul istilah "berkat" di Selatan.
Kita tahu, bila kita duduk dalam kebaikan, kita tak mahu kebaikan terhenti kat dinding masjid. Bila keluar majlis ilmu, kebaikan tertinggal. Kita tak amalkan apa yang kita belajar, apa yang kita dapat. Namun kalau kita amalkan, itulah namanya ilmu yang berkat. Itulah cara nak nilai keberkatan ilmu.
Sebab itulah, ada Tok-Tok Guru (ke Tok Guru-Tok Guru?) tekankan barakah dalam majlis ilmu (Ustaz sebutkan nama Tok Guru tersebut masa dia mengaji). Tambahnya lagi, ada tok guru yang tegas. Bersembang pun kena tegur. Bunyi sms hp pun dia tegur. Main pen, dok pusing-pusing pen tu pun kena marah. Letak kunci atas kitab pun kena tegur. Yang kita tak faham kenapa Tok Guru, Ustaz tu cengih atau "cengey"(orang utara) ialah kerana dia tak mahu bila kita ikuti kuliah atau majlis ilmu dalam masjid, kita akan berhenti setakat itu.
Secara logik, bila telinga kita boleh dengar, akal boleh faham; apa salahnya main pen ke, bersms ke atau buat apa saja. Namun yang kita tidak sedar, kita tidak menghormati Tok Guru/Ustaz, ilmu, kitab yang digunakan dan majlis ilmu tersebut. Itulah keberkatan ilmu yang perlu kita cari. Wallahua'alam.
P/S Maaflah, isi tazkirah dalam bahasa mudah. Siri ceramah ini baru Part 1. Akan disambung lagi kata juruhebah Radio Mutiara FM. Moga-moga ada rezeki dengar tazkirah selanjutnya. Semoga ada manfaat bagi yang membacanya:-))
ada orang kaya banyak harta, tetapi hidup tidak tenang, mungkin itu adalah kerana tiada keberkaan dalam hidup...
BalasPadambetul tu angah. moga2 kita juga berkat dalam usia..
PadamTazkirah buat kakak juga dari N3 ini.
BalasPadamBetullah bukan mudah mendapat keberkatan.
Usah kata makan-minum, kalau boleh semua hal kita mahu hidup sentiasa dlm barokah.
haah kakzakie...barakah tu yang nak dicari
Padamsangat bagus entri ini kak.. terima kasih peringatannya
BalasPadamjarang dengar syed kadir al joofri di radio, kat tv biasa. dia memang suka baca contoh acik..
PadamPenyampaian akak sangat best, kalah tanyalah ustazah kat TV9! Mudah faham dan mengesankan (bukan sekadar puji tapi ikhlas ni)
BalasPadamSemoga semua pembaca mendapat keberkatan dari ilmu yang berkat yang akak sampaikan. Tapi memang benar...selalunya dengar tapi tidak diamalkan, huhu InsyaAllah...akan cuba perbaikinya.
heee...susah jugak nak buat entry berdasarkan tazkirah yang didengar. kalau dari pembacaan, senang sikit..
Padamtu gaya bahasa cam nak ajar murid2 sekolah aja..haha
Alhamdulillah, ini dah kira tazkirah juga buat saya walaupun tak mendengar dari ustaz. Dapat dengar penyampaian dari ANIM pun dah bagus. Teringat masa zaman remaja dulu. Bila ada kenduri di rumah, mak akan siap-siapkan bekal untuk tetamu yang datang padahal tetamu belum sampai rumah, belum makan lagi tapi bekalan dah siap. Kalau ada yang dijemput tak dapat datang, boleh pulak tu mak suruh kami hantarkan siap-siap bekal makanan ke rumah mereka. Kami adik-beradik memang berpaling antara satu sama lain - bermewah-mewahnya mak kami ni... kalau ikutkan kami, orang dah tak dapat datang, buat apa nak beri bekal...memang kalau ikut logik akal masa tu lah ...
BalasPadamkalau nama orang johor, balik kenduri bahkan balik majlis yassin tak bawa berkat balik rumah memang tak sah kan? hee...
PadamCikgu..penyampaian yg santai,mudah difahami,seolah sedang mendengar secara berhadapan dgn Cikgu Anim..
BalasPadamhaha..cam cakap dengan anak murid ya..
PadamTu memang betul tu Nim...banyak dah dengar ceramah rasanya tapi nak istiqamah dengan ilmu yg dipelajari tu lambat hehe...acaner nak berkat haha
BalasPadamyg penting kena ikhlas lah Anim dalam apa jua pun !
BalasPadamIn shaa Allah kak bila nak tuntut ilmu memg kena psg nawaitu yg kite memg nak menuntut ilmu..
BalasPadamP/s terima kasih kak anim sbb tgur sy...sy sedia terima tguran kak anim..in shaa Allah kak sy ikhlas nak belajar tajwid sbb nak perbetulkan sebutan makhraj tuh...syg kalo pndai mengaji tp tak ikut tajwid dan sebutan makhraj yg betul...mungkin penerangan isi masa lapang sy tuh tak jelas...maksud sy bila kerja dah settle,ada masa terluang baik diisikan dengan blaja tajwid sekurg kurgnya bertambah ilmu pengetahuan sy dlm agama.in shaa Allah niat sy ikhlas memg nak blaja.Alhamdulillah pembelajaran sy dipermudahkan kak...Terima kasih atas teguran akak tuh...lepas nih kalau ada sy tersilap akak jgn segan tegur sy kak ;)
Wah..bukan takat cikgu BI jer Anim ni ropernya..boleh jer jadi ustazah bila bila masa!! alhamdulilah..samapikan lah walau sepotong ayat
BalasPadamkekadang orang nampak ibadah dan pahala ni hanya di tikar sembahyang..luar sembahyang lain cerita..
IM akan balik Ipoh esok insyaAllah. Selalunya akan singgah kat Restoran Tasek Raban, beli makanan untuk makan bersama mak!
BalasPadamWah, bila-bila nanti boleh Che Mid singgah hotel Anim tu ya..
BalasPadamAllah, nak dapat keberkatan bukan mudah kan Anim, setakat doa yang dihafal dan badan duduk dalam majlis ilmu belum menjamin keberkatan.. tetapi kena istiqomah, Insyaallah Allah akan pandu dan beri keberkatan itu..Amiin
Assalamualaikum wbt...
BalasPadamBetui kak... Yang penting keberkatan... Rezeki tu Allah yang bagi... Allah yang cukupkan....
p/s: sempat dak kemaih ghumah? hehehehe....
p/s2: kak nak harum manis.... hehehehe
bila dengar dan baca , perlu diaplikasikan selepas itu ...
BalasPadamsalam.ceramh dekat mana ini sis? dah add saya di muka buku ker?
BalasPadamAlhamdulillah...penyampaian yang mudah difahami semoga mudah juga melekat di hati pembaca...
BalasPadamSeorang cuk gu yang sudah biasa berceramah/mengajar...di bawa pula penulisan di dada alam maya ... Allahuakbar semoga bertambahlah keberkatannya ...
Terima kasih berkongsi...cik gu Anim.. :)
berkat itulah kuncinyerkan cikgu.. memang kita boleh tengok ada orang gajinya kecik jer anaknyer ramai tapi hidupnya takler melarat malah kita tengok kehidupan keluarga nyer sejuk mata memandang....
BalasPadamTQ sharing kak... seboleh mungkin nak cuba jgk dapatkan ilmu yang berkat....
BalasPadammmg betul la.. kenalah ada usaha baru boleh beroleh hasilnye. TQ for sharing
BalasPadamTerima kasih akak atas nasihat ini. Kena amalkannya juga.
BalasPadamAssalamualaikum Anim, niat beribadah apa sesuatu kita lakukan, bermanfaat pada masa dan rezeki yang ada baru berkat kan itu pun masih perlu berdoa supaya diberkati dengan izinNya. saya dah dengar separuh mufti menk, keyword tu kita kena kawal diri. terima kasih Anim pemberian yang boleh dikongsi dengan keluarga dalam kereta :)
BalasPadamBunda singgah lagi di dinihari yang tenang ...setenang hati bunda....apa kabar Anim?...lama tak bersiaran...
BalasPadamhi,saya singgah follow blog ni :)
BalasPadamsemua org boleh buat perkara baik / mulia tp bel;um pasti ada berkatnya or sebaliknya..good sharing
BalasPadammari serahkan kepada Allah yang maha mengetahu,..jika rezeki kita maka pasti Allah kabulkan..
BalasPadam