Home · About Me · Sitemap ·

Adakah rahsia itu perlu terus disimpan?


Assalamualaikum wbt...

Lama dah rahsia ini tersimpan. Sudah berbelas tahun. Ianya satu "tugas besar" yang perlu Anim laksanakan sebelum salah seorang dari kami bertiga menutup mata selama-lamanya. Nak dijadikan cerita, sewaktu meronda Ipoh di suatu petang, Usrah Nurani radio IKIM bersama Ustaz Zul Ramli membawakan kisah yang menyentuh hati.Tidak semena-mena, hati berkata , mungkin saatnya sudah tiba.

Mana nak mula dulu, ya? Rahsia yang tersimpan atau kisah yang diceritakan Ustaz Zul Ramli? Rasanya eloklah Anim mulakan dengan pengkisahan Ustaz Zul Ramli dan dari situ dapatlah dikaitkan dengan rahsia tersimpan.

Cerita Ustaz Zul Ramli lebihkurang begini (tak buat catatan dalam kereta)...

Alkisah, hidup seorang anak yang sering ditimpa masalah. Lepas satu selesai, datang lagi dan begitulah seterusnya. Nak kata tak solat, dia solat. Dia juga melakukan amalan kebaikan seperti Muslim yang lain. Ketika bermuhasabah, dia ingat-ingat kembali kalau-kalau ada yang dia terlepas pandang. Bila kita ada niat untuk sesuatu kebaikan, Allah akan tunjukkan jalan.

Ditakdirkan dia teringat peristiwa sewaktu dia di zaman remaja. Waktu itu (Anim lupa, mungkin selepas SPM atau cuti semester di Universiti seperti yang diterangkan Ustaz Zul Ramli) dia bekerja sementara.  Bila memperolehi gaji pertama, dia telah membeli sepasang seluar berjenama. Orang muda, dapat bergaya dengan seluar yang menjadi idaman remaja, cukup sayanglah dengan seluar itu.

Dijadikan cerita, entah macamana ibunya secara tidak sengaja telah "merosakkan" seluar kesayangannya sewaktu mencuci. Dia yang ketika itu terkejut melihat seluar berjenama yang dibeli dari hasil titik peluhnya yang pertama telah bertindak keterlaluan dengan memarahi ibunya sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat. Masa berlalu, dia sudah berjaya. Dia sendiri sudah terlupakan perkara tersebut. Peristiwa di zaman remaja itu sangkanya sudah pasti dilupakan oleh ibunya.

Masya-Allah, itukah penyebabnya, fikirnya. Ada dosa yang dilakukan terhadap ibunya belum terampun. Dia mengambil keputusan untuk pulang menemui ibunya di kampung. Kepada ibunyalah ditanyakan hal tersebut.Adakah itu dosa yang belum ibu maafkan?

Dipendekkan cerita, dia tersentak mendengar pengakuan yang keluar dari mulut ibunya sendiri. Ibunya mengampunkan dosa dan kesalahannya yang lain namun kesalahannya yang satu itu tidak diampunkan. Kata si ibu, dia terasa hati bila mendengar penghinaan si anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan tangannya hanya disebabkan sepasang seluar berjenama. Si ibu memendam rasa .

Si anak terus memohon ampun dan maaf dari ibunya namun si ibu masih berkeras. Siang malam dia merayu keampunan dari ibunya namun hati yang terluka, sukar diubati. Si anak dengan linangan airmata terus menerus memohon keampunan selain mengadu pada Allah. Keadaan itu terus menerus berlaku sehingga beberapa hari. Dia berazam tidak akan balik ke ibukota selagi dosanya belum terampun.

Si ibu yang melihat kesungguhan si anak yang merayu minta diampunkan akhirnya mengampunkan kesalahan anaknya yang satu itu. Si anak kemudian melihat kehidupannya berubah selepas itu.

@@@@@@@@@

Berbelas tahun lalu, seorang ibu tua mengadu pada Anim. Bergenang airmatanya kerana berjauh hati dengan anak perempuannya. Anak perempuannya baru melahirkan anak. Dia berada beberapa hari di rumah anak perempuannya itu. Niatnya hanyalah ingin membantu mana yang patut. Anak perempuannya itu bukanlah mengeluarkan kata-kata yang kesat hingga menyinggung perasaan si ibu tua seperti cerita Ustaz Zul Ramli tadi.

Menurut si ibu tua, selesai membasuh pinggan mangkuk, dia akan susun di rak pinggan. Si ibu perasan, ytak lama kemudian, si anak akan datang ke dapur dan membetulkan semua kedudukan pinggan yang baru disusun si ibu. Si ibu rasa tersinggung. Perkara ini berlaku sepanjang si ibu berada di sana. Si ibu terasa seolah-olah dirinya tidak tahu membuat kerja.

Perkara yang sama juga berlaku sewaktu si ibu membantu melipat kain baju. Selesai melipat kain baju dan meletakkannya di dalam bakul yang tersedia, si ibu melihat anak perempuannya akan membuka lipatannya dan melipatnya kembali. Si ibu merasakan seolah-olah setiap perkara yang dilakukannya salah belaka.

Yang buat Anim teringat-ingat akan kata-katanya ialah lain kali, kalau anak perempuannya bersalin lagi, si ibu tak akan menjengoknya sewaktu si anak masih dalam pantang. Dia tak akan pergi sekalipun dipaksa. Walaupun PERUTNYA (perut si ibu)terpaksa DIBELAH..Sebak rasa menaip ayat ini. Terasa baru saja ayat itu diperdengarkan di telinga Anim.

Tahun demi tahun Anim cuba untuk berterus terang dengan si anak. Ingin sekali bertanya adakah dia tahu tindakannya yang mungkin dianggapnya " tak ada apa-apa" itu merobek hati ibunya. Tahun demi tahun juga Anim cuba untuk bertanyakan si ibu tua itu sama ada dia sudah memaafkan anak perempuannya itu. Namun Anim bimbang pertanyaan Anim itu bakal mengingatkan si ibu akan kisah sedihnya itu.

Kita pun beranggapan bila kita memohon kemaafan dari orangtua kita, dosa kita sudah terampun. Kita memilih untuk meminta maaf secara pukal tanpa menyebut dengan detail apakah kesalahan atau dosa yang kita buat . Walhal mungkin ada dosa yang masih orangtua kita ingat hingga kini dan yang paling menakutkan bila dosa itu sukar untuk mereka maafkan.

Bila mendengar kisah yang diceritakan Ustaz Zul Ramli itu, Anim sedar itulah tanggungjawab yang perlu Anim laksanakan. Anim perlu berterus-terang dengan si anak. Dia anak yang baik, taat dengan Allah, dengan ibu bapanya. Anim berharap dia dapat menerima dengan baik penjelasan Anim. Anim perlu jelaskan, ibunya itu mungkin rasa tertekan dan meluahkan pada Anim secara tak sengaja. Kalau Anim berada di tempat si anak,  pasti Anim juga merasa malu bila hal kita diketahui oranglain.

Syukurlah, si ibu tua tidak mengungkapkan itu rahsia yang perlu Anim simpan. Alangkah kesalnya nanti seandainya si anak yang pergi dahulu belum mendapat keampunan si ibu, si ibu yang pergi dulu belum sempat mengampunkan dosa si anak atau jika Anim yang menutup mata dulu, Anim akan dipertanggungjawabkan tentang rahsia ini.

Dalam satu majlis ilmu di sebuah masjid di SP, salah seorang Tok Guru (pondok) menjelaskan kisah Alqamah yang derhaka ada beberapa kisah. Salah satunya ialah derhaka Alqamah adalah kerana ibunya tersinggung apabila Alqamah menjamah makanan yang disediakan oleh isterinya terlebih dahulu bukannya makanan yang disediakan oleh ibunya .Betapa kesalahan yang kita rasa kecil, rupa-rupanya BESAR di mata seorang ibu.

P/S  Anim rasa Anim perlu kongsikan di sini kerana Anim juga ada ibu dan ayah yang masih hidup. Anim juga terkesan dengan pengkisahan Ustaz Zul Ramli itu kerana pasti ada salah Anim waktu remaja dulu yang menyinggung perasaan orangtua Anim dan Anim beranggapan mereka sudah mengampuni dosa Anim

Artikel berkaitan:

24 Komen untuk "Adakah rahsia itu perlu terus disimpan?"

  1. knah juga masih ada ibu dan ayah..setiap kali balik kg, knah akan peluk ibu dan ayah juga mohon ampun dan maaf tiap kali berpisah..Sedih dan sebak bila baca cerita Anim..adakah mereka juga masih ada rasa terguris hati dan masih tidak ampunkan dosa itu..Allah Ya Allah..dengan Rahmat dan kasih sayangMu..kau lembutkanlah hati kedua ibu bapa kami..maafkan segala dosa2 kami..anak2mu..
    Anim, kita sebagai ibu..berusahalah agar tidak mudah berkecil hati dengan perilaku anak2..setitis air mata kita gugur adalah beban dosa yg tidak tertanggung oleh anak2.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. membaca ulasan kak nah saja sudah membuatkan saya sebak. sejak bergelar ibu, saya faham apa yang ada dalam perasaan ibu saya. saya membayangkan...saya buat sesuatu yang tanpa disedari menyinggung perasaan ibu saya. aduh kak nah...
      terima kasih kerana berkongsi doa :-))

      Padam
  2. saya ni setiap hari menghadap bonda ... terfikir lak klu layanan saya ada yg menyinggung perasaannya .

    BalasPadam
  3. Askm Anim..sebagai ibu mmg kita mmg mudah tersinggung mentelah lagi bila mereka dewasa..berbeza masa mereka kecil..masa kecil kita suka marah marah..jerit jerit..tapi kita tak rasa terguris..TETAPI apabila anak remaja dan dewasa kita jarang nak jerit jerit..kita diam jer..tapi hati kita terguris...sebab itulah kita ibu ni sentiasa mohon agar Allah ampunkan dosa dosa anak kerana keredhaan Allah adalah keredhaan inu bapa..
    Kata kata ibu itu adalah doa..habis marah pun sebut jer bertuahnya anak ni!! ( ayat habis marah arwah bonda nekcik!! alhamdulilah Bunda!! )
    Begitu jugak terhadap kedua ibu bapa mertua...syurga suami kita terletak di atas keredhaan mereka...sentiasalah berhati hati agar perasaan mereka tidak terguris!!
    sebagai muhasabah diri dan juga pada anak anak yang dikasihi..

    BalasPadam
  4. bg kita mungkin tiada apa2...tp hati dan perasaan org tua sangat sensitif...mudah terasa...rasanya semua kita tahu cerita dizaman Nabi dulu....hanya kerana sahabat tersebut menjamah makanan siisteri terlebih dahulu..membuatkan siibu berkecil hati..

    BalasPadam
  5. Bercakap soal hati ni mmg susah Anim, samada dipihak ibu atau anak. Tapi sbg anak, kita kena banyak beralah sekali pun pendam sampai bengkak, biarlah. Itu soal anak, bagaimana pula soal menantu dgn mertua? Sbg ibu kakpb faham tapi sbg mertua, belum lagi...hehe..bagaimana pun hidup ini kena saling memaafi baik ibu atau anak.
    Utk permulaan ni, kakpb praktikkan dgn anak. Tunjuk kat dia, ciuman seorang ibubapa terhadap anaknya boleh menggugurkan dosa kita. Inilah yg kakpb tak dapat dr emak dan arwah bak (org johor)

    BalasPadam
  6. tersentuh dan sayu sangat dgn cerita ni..sayu teringatkan arwah bonda, bimbang jika ada kesalahan yg tak jelas pada kita yg mengguris hatinya, yg mampu hanya doa mohon kesejahteraan buat dia, dan hadiahkan dia setiap hari....

    BalasPadam
  7. setiap orang ada kesalahan walaupun kita buat solat taubat tetap rasa hati kurrang senang maka wajarkah kita erus berjumpa dengan mereka sekiranya mereka ada.

    wahualam.dunia makin tua manusia makin lupa.

    kad quilling itu boleh bagi pada rakan2 ucapan perpisahan, persahabatan, ucapan terima kasih, hari lahir, ulantgahun, heee...murah2 jer tuh hiii...kalao berminat bagi tahulah.

    link ada sini ok..baru erasan 2 ke 4 hari blog ini update waktunya malem ;)

    BalasPadam
  8. Tuh la..kdg kdg kite x sedar kan kak perbuatan kite tuh mengguris ati mak kite...bkn seng nk jge sekeping ati...

    BalasPadam
  9. Ya Allah! mmg terkesan dengan N3 akak ni.. sy ni manalah tau dalam tak sedar ada menyinggung perasaan mak.. Ya Allah! takut nya.. kadang perkara itu kita anggap remah tapi telah mengecilkan hati org tua kita.. moga kita terhindar dr perkara sedemikian...

    BalasPadam
  10. Kakak pun dengar usrah nurani petang 5:15 masa on the way balik kerja.
    Betul sangat bimbang perlakuan/pertuturan kita merobek hati mak/ayah tapi akibatnya panjang.
    Moga kita sebagai ibu/mak sentiasa memaafkan anak-anak kita. Takut jadi macam Al-qomah

    BalasPadam
  11. kadang-kadang kita rasa apa yang kita cakap adalah benda-benda biasa je, mana tahu ibu bapa ni kecik hati pula. Kena berhati-hati bila nak bercakap dengan kedua orang tua...moga Allah melindungi lidah kita dari menyakiti hati mereka...

    BalasPadam
  12. Alamak, kisah si anak perempuan dengan ibunya itu dah menyerupai kisah saya. Tapi emak tak pernah kata apa pada kakak cuma beliau pelik tengok sikap saya itu. Saya ni pun ANIM ada banyak kelemahannya. Antaranya, kalau di rumah tu, semua kerja saya nak buat ikut cara saya. Kalau ditolong, saya akan buat balik ikut cara saya. Yang paling ketara ialah bila melipat baju atau menyusun peralatan di rumah. Cantik macamana pun lipatan, saya tetap akan selongkar dan lipat balik termasuklah kalau yang melipatnya emak atau kakak saya yang maha rajin tu. Tapi saya pernah beritahu emak dan kakak saya elok-elok, tak perlu buat untuk saya kerana saya bukannya pandai menghargai tetapi kemungkinan besar aksi saya nanti akan mencetuskan kemarahan mereka. Mak tak kata apalah cuma katanya 'teruk betul sikap anak perempuan yang bongsu ni!'

    BalasPadam
  13. Tersentuhnya baca entri, thanks anim,.semoga ibubapa kita memaafkan kita ye, kadang emak saya tunjuk sms salah seorang anaknya meminta maaf tiba tiba. Saya belum buat lagi, tapi sambil salam biasa sebut juga mminta ampun minta maaf ni, dari salam kosongkan.

    BalasPadam
  14. Tak mampu berkata apa...terus bermain difikiran, adakah perlakuan2ku seumur hidup ini ada yang telah melukakan hati ibu...???

    Terima kasih Kak Anim...

    BalasPadam
  15. mmg tersentuh bila baca entri anim ni, mak dan abah dah tiada lagi...saya pun tak pasti sama ada saya ada buat mak dan abah tersinggung atau terasa hati...kadang2 kita tidak perasan apa yg kita lakukan...kalau aruah mak dan abah masih ada akan saya jaga hati dan perasaannya...sekarang ini saya selalu berdoa agar Allah ampunkan segala dosa2 saya terhadap kedua ibubapa saya segala apa yg telah saya lalukan terhadap mereka walau pun sebesar zarah dosa saya kepadanya..
    Bila sudah jadi ibu, baru saya tahu perasaan seorang ibu, kadang2 kita pun ada rasa hati pada anak2..

    BalasPadam
  16. sedikit sebanyak hati terdetik cuba bayangkan dari keil hingga dewasa kita terluka hati mereka.Allah Maha Besar...

    BalasPadam
  17. isyh betoiler memang kena tanya betoi2 adakah semua kesalahan kita dimaafkan.. tapi mak saya memang jenis kalau tak betoi terus cakap bukan jenis ibu yang memendam perasaan... sebab jiran2 kat kampungtu emak2 jenis simpan perasaan slalu mengadu pada emak saya ... emak saya kata kalau tak kena dimata kena tegur... tak boleh simpan2 ... biar dia kaya biar dia orang berjaya biar dia pangkatnyer besar, dia anak kita yang kena ditegur sebab kita ibu dia... kalau ada terguris hati cakap, biar dia berhenti dari bagi kita duit setiap bulan... rezeki datang dari Allah... jadi sebagai ibupun tolonglah berterus terang supaya anak2 kita tak tergolong dari anak yang derhaka...

    BalasPadam
  18. akak... tersentuh hati baca setiap entry dari akak... tapi hari ni paling terkesan... saya pun mungkin ada berbuat sesuatu yang masih tak diampun oleh mak atau abah saya... terima kasih atas peringatan ni kak...

    BalasPadam
  19. terasentuh acik baca.. subhanaALLAH.. kadang kala kita tak sedarkan cikgu perbuatan kita terhadap ibu bapa kita.. :(

    BalasPadam
  20. terima kasih kerana kak anim telah mengingatkan aiza.. secara tidak sengaja ada masanya aiza juga telah melukakan hati mak aiza.. walaupun di bibir ibu mengatakan dia memaafkan kita, namun jauh di sudut hatinya kita tidak tahu..

    BalasPadam
  21. Tiba2 terasa banyak sangat kesalahan zaman remaja yang dilakukan pada mak. Allah...nampaknya kena sebut satu persatu agar mak ampunkan.

    BalasPadam
  22. Memang selalu mintak maaf dgn mak dan mertua...tulah tu, bak kata Anim mintak maaf pukal....andainya ada mereka kecik hati takutkan Nim....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai