Assalamualaikum wbt..
Lepas Subuh, Encik Suami ke KL hadiri meeting. Duduk berdua dengan si Abdul kecil, malaslah nak buat breakfast. Bagitau dia, lepas habis Tanyalah Ustaz, Anim bawa dia keluar breakfast.
Tak dan dan dia nak makan. Dengar ketak ketuk lesung di dapur. Nasi lebihan malam tadi digoreng. Opps, ini bukanlah pengalaman pertama dia masak nasi goreng.
Anim disuapkan sesudu. Nasi goreng planta ditambah kicap..Lain macam di tekak! Tapi demi menjaga hatinya, Anim kata teringin nak makan soto atau lontong..heee.
Bila ajak si Abdul kecil teman Anim keluar, dan dan tu kata dah kenyang. Tak mau, malas katanya. Ingat nak cari soto atau lontong berdekatan Gerai Roti Canai Ijam tapi habis dah. Amboi..pagi Jumaat jam 9, dah kemas barang.
Lain macam pulak pekena roti telur bawang sorang-sorang ni. Bismillah...tang makan tak boleh malu. Sorrylah, baru perasan roti sanggul dalam entry terdahulu tu tak sama dengan roti bom (roti planta). Roti sanggul adalah roti canai yang disanggul. Hari-hari makan roti canai kat Gerai Ijam tak jemu sebab terkini ada 23 jenis roti canai disediakan..huhu
Then singgah satu gerai ikan segar Pantai Remis di depan taman perumahan Anim. Cari makanan basahle. Balik tergesa-gesa tempohari, tak sempat angkut ikan dari SP. Walaupun harga mahal sikit, the best part si penjual sediakan servis menyiang ikan tak kira kecil atau besar. Ketam yang Anim beli pun siap dibelah dua dan diketuk sesungutnya, Terbaik!!
Sejak jadi weekend wife selama 4 bulan, tak pernah lagi hadiri mana-mana majlis ilmu di SP. Pernah juga minta izin Encik Suami untuk ke masjid terdekat di Taman Keladi (20 minit memandu) tapi bila Encik Suami kemukakan alasan, majlis ilmu biasanya bermula lepas Maghrib, kalau Anim keluar rumah malam, boleh timbul fitnah. Anim akur.
Kemudian, program yang jarang miss, The Deen Show with Eddie di TV Al Hjrah. Hari ni tetamu jemputan ialah Abdullah dan Husain, pemain NFL Football, Amerika Syarikat. Mereka sanggup tak sign kontrak kerana nak tunaikan haji. Balik haji masih ada rezeki mereka berdua untuk sambung kontrak.
Jam 5 petang, Al Kuliyyah bersama Ustaz Zul Ramli dengan "Kirim ibu dan ayah ke syurga". Dan sebagai penutup, jam 9.30 malam tadi, Halaqah bersama Ustaz Roslan dengan tajuk "7 Tingkat Neraka.".
Mudah-mudahan "majlis ilmu" setiap Jumaat dapat memperbaiki diri dan caj iman yang turun naik dari sehari ke sehari. Bak kata pengacara, Ustaz Elias Ismail tadi, iman sambal belacan. Bila makan rasa pedas, kata serik nak makan lagi. Tapi bila hilang pedas, kita makan lagi. Camtu juga bila dengar kuliah ilmu, dan dan itu nak berubah, tak nak buat itu ini, rasa takut dan insaf. Habis kuliah, tutup TV, esok lupa balik. Kembali buat dosa. Kembali dengan tabiat lama.
P/S Walaupun Tok Guru beri kuliah dalam TV, anak murid di rumah tutup aurat. Tak dengar sambil baring dengan melunjur kaki mengadap Tok Guru. Duduk kat kerusi.. Biarle apa orang nak kata..Nak bagi feel yang diri sendiri ada dicelah penonton dalam TV:))
Anim boleh jd anak murid terbaik ni..duk depan tv pun pakaian lengkap sempurna.. teringat mak knah, dia duk depan tv pun pakai bj lengkap bertudung. bestkan bila cuti ari jumaat..banyak majlis ilmu boleh ikut walau hanya program tv. mcam knah, masa rehat jumaat pun kat opis..
BalasPadamMoga2 keberkatan majlis di tv kena tempias kat kita, kak nah...
PadamSaya ada kawan rupanya:-))
Wah aktiviti kak Anim di hari Jumaat.. :)
BalasPadamHari Jumaat je penuh aktiviti tu. hari lain sibuk aja airyn. Mana2 yg dan
Padamkat tv sekarang pun dah banyak rancangan yg membina rohani...samada nak tgk atau tak ja...pagi2 ada tanyalah ustaz kat tv9...mlm jumaat tgk forum perdana kat tv1..
BalasPadamTapi perasaan berada secara live di masjid berbeza dengan kuliah di tv. Rindu dengan perasaan itu. Suasana "live" mampu membangkit perasaan:-))
PadamSalam,
BalasPadamaduhai... jelesnya akak... penuh majlis ilmu yang dapat di dengari... kongsi lah kak pengisiannya...
p/s: akak cd dah pos... harap2 selamat smpai... haritu pos kena bound balik retour ke putrajya....
stress dibuatnya... udah ler susah nak dapat kesempatan ke pejabat pos ... huhuhuhu....
kat tv9 ngan tv al-hijrah banyak rancangan agama yang menarik....semoga memberi manfaat...
BalasPadamSeronok tengok aktiviti hari jumaat akak. :-)
BalasPadamprogram agama mmg byk di tv . pilihan di tangan kita . sama ada nak habiskan cuti hujung minggu diluar atau mengikuti program2 agama di tv .
BalasPadamTakpa kak...tengokla nanti, dia mesti hebak didapur. lelaki dah mula pegang lesung, bagusla..hihi.
BalasPadamKak. bawak la 2 abdul jalan2 taiping
Gerai roti canai Ijamtu kat mana yerk?? menarikjer ...
BalasPadammemang kalau nak depan tvpun banyak ilmu boleh dipelajari.. moga kita dapat manfaatnyer...
Kalau saya beli ikan atau ayam, tak kira kecil besar pun memang minta disiangkan siap-siap. Kalau suruh saya, memang hancur berkecai jadinya. Saya ni tak reti menyiang, seriau pun satu hal juga. Dengar kuliah agama menutup aurat tu baguslah ANIM. Biasanya kalau dah namanya jadi penonton TV di rumah, memang sesimple mungkin pakaian, maklumlah takda siapa pun yang melihat. Betul gak ya diibaratkan iman dengan sambal belacan ni. Bila terjelir lidah pedas taubat tak mahu makan lagi. Lepas tu, tetap juga nak rasa!
BalasPadamWajar seluruh negara bercuti hari Jumaat barulah dapat menikmati hari yang mulia ini dengan berkat...seperti Kak Anim. :) Jelesnyeee...
BalasPadamhehe....tak pergi taman syurga yg real taman syurga kat rumah pun bolehkan Nim....La ni mmg macam macam siaran kat TV tu cuma mau bukak ke idak aje...
BalasPadam