Assalamualaikum wbt...
Malam tadi, tiba Ipoh jam 8 lebih. Biasanya, bila tiba malam, Anim dan si Abdul akan dibawa keluar makan. Orang bujang di rumah tu hanya tau masak nasi dan goreng telur saja. Sementara tunggu barang-barang (termasuk stok ikan, ayam dan daging) diangkut keluar dari kereta, duduk tengok Buletin TV3; perkembangan kemalangan maut yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh di KM306.1, Lebuhraya Utara Selatan, Gua Tempurung.
Encik Suami kemudian duduk di sebelah bertanyakan Baju Melayunya. Automatically..teringat dialog Encik Jamil (P.Ramlee) dalam filem Madu Tiga. Ingat tak dialog popularnya, "butang baju Melayu abang, mana Pah?". Tak sabar-sabar tanya Baju Melayu, kot iya pun nanti-nantilah dulu. Bagilah perut berisi dulu. Perut lapar..macam-macam boleh berlaku. Ada apa-apa ke ni?
Tersengih bila Anim usik, "Encik Jamil ni, pilih janda ke anak dara?"
Dipendekkan cerita, hari ni dia kena p Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Ada majlis baca Yassin sebelum solat Jumaat. Esok adalah Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke 86. Kena ganti Boss yang bermesyuarat di KL.
Bila memandang si dia yang bakal berusia setengah abad dalam beberapa bulan lagi, segak berpakaian baju Melayu, bercekak musang, bersampin songket dan bersongkok hitam berjalan keluar menuju ke kenderaan jabatan yang menunggunya di luar rumah pagi tadi, wah sebijik rupa Encik Jamil . Iyalah, nak jumpa orang lengkap pakaian begitu hari Jumaat, nak p nikah lah, heeee. Jarang (malah tak nampak) orang pakai lengkap kain sampin songket p solat Jumaat, ada ke?.
Cemburu? Syak wasangka? Alhamdulillah..perasaan itu belum wujud. Anim pernah ingatkan dia, kalau nak menikah lagi, Animlah orang pertama yang perlu diberitahu kerana senang nak menjawab soalan Mak dan Pak Mertua nanti..huhu..
P/S Sewaktu usia perkahwinan Anim mencecah 8 tahun, Anim pernah izinkan dia bernikah lain kerana perkahwinan kami waktu itu belum dikurniakan cahaya mata. Si Abdul sulung kemudiannya hadir 2 tahun kemudian:-))
amboi dah ala2 citer P ramlee ni anim !
BalasPadamhehehe...ida suka tengok cerita Madu Tiga tu...ada teladan disebalik humornya..
BalasPadamJamil ya ... heheheee . selalunya suami yg dpt offer nikah lagi ni , dia tak buat . Yg x dpt tu yg nak sgt buat ...
BalasPadamterdetak dalam hati ye,,,, tak pe, normal tuu...eps bila umur dah beranjak ke 40 carats ye.. hee
BalasPadampilih janda ke anak dara??... ha jawab jgn tak jawab...
BalasPadamcerita itu memang best untuk di tonton tetapi tidak di sukai kaum wanita..
BalasPadamcikgu blog cikgu best.. izin acik letakkan di bloglist acik.. boleh ?
Untung la Anim dapat balik tiap2 minggu, boleh tolong uruskan makan/pakai cik abang..makchaq setahun 2 3 kali ja ke Kedah, jadi pakchaq kena urus sendiri semuanya..
BalasPadamSama rupanya kita...Makchaq pun cakap macam tu kat pakchaq.. apa2 biaq makchaq tau dulu, senang nak
jawab kalau orang tanya...& makchaq pun pernah offer pakchaq seseorang yg makchaq suka tapi selera kami
x sama kot/tak dak jodoh...
ada 2 cahaya mata.kita ada satu nak sornag lagi makan usia dan masa.rezeki kalam Allah.sis orang ipoh. duduk mana? k.kangsar ke? sy dok pasor putih.pm le kita kt komen sana..eh...
BalasPadamkalau dalam base ade je org pakai baju melayu lengkap samping songket g solat jumaat..hihi..(tu pelatih2 TLDM la..)
BalasPadamAlhamdulillah...setakat ni dah masuk hampir 10 tahun, walaupun belum dikurniakan zuriat...dalam hati belum tercuit sedikit pun nak cari lain... Risau juga jika diuji Allah swt dikemudian hari. Semoga kami berdua kekal bahagia hingga ke syurga...redha dengan setiap ketentuanNya.
BalasPadamAkak selalunya yg tak bagi la depa nak buat sgt bila bagi tak mau pulak...ehehehee...
BalasPadamSegakkan dalam persalinan lengkap macam tu...Aina suka tengok kalau suami pakai macam tu.
Bagusnya ANIM. Pernah bagi keizinan lagi. Tak boleh bayangkan perasaan sewaktu nak bagi izin tu. Harapnya tak perlulah dalam hidup ni :) Orang lelaki bila tetiba nak pakai baju Melayu ni, memanglah jadi syak wasangka...hehehe....
BalasPadamAnim ada rahsia tak macamana boleh ada zuriat sebab anak sedara pun ada yg lambat kotnyalah ada petua yg boleh di share selain doa pada Allah
BalasPadam