Home · About Me · Sitemap ·

DAN, DAN-DAN, TAK DAN-DAN


Assalamualaikum wbt...

DAN yang ini tak de kaitan dengan entri:-))

Belajar di sekolah, cikgu ajar "DAN" adalah kata hubung.
Contoh ayat: Siti dan adiknya berjalan kaki ke sekolah.

Bagi orang Kedah pula,"DAN" ada banyak makna tau..

DAN = sempat
Contoh : "Kalau aku dan , aku singgah beli madu kat RnR Tapah. Aku kena sampai KL sebelum jam 6".

DAN DAN = segera
Contoh : "Bila nampak kelibat kami menuju ke mejanya, dan dan tu juga dia selesai makan dan beritahu sakit perut"

TAK DAN DAN = tak sabar-sabar
Contoh : Tak dan dan dia ke kantin bila dapat tahu ada orang buat kenduri besar.

P/S  Amboi, pagi ni DAN update 2 entry sekaligus:- MC lah hari ini. 2 hari sakit kepala. Doktor habaq darah naik. DAN DAN tu jugak idea datang dan TAK DAN DAN nak publish..:-))

Artikel berkaitan:

27 Komen untuk "DAN, DAN-DAN, TAK DAN-DAN"

  1. hihihihi...belajar tatabahasa org kedah plak hari ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. unik untuk dikongsi..dan dan tu juga nak share..

      Padam
  2. Saya namak entri ni dan dan nak baca, lepas baca tak dan dan nak tau movie bila ni, kalau anim dan boleh la bagitau na :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..tak dan nak survey, kalau dan nanti, dan dan tu juga saya habaq. ish..tak dan dan nak tahu..sabaq la..haha

      Padam
  3. hahahaha...comel lah kak...

    btw, semoga cepat sembuh... jangan stress sangat kay....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm..la ni kak berazam, kalau tak dan buat sesuatu kerja on time..dan dan tu jugak akan nak tidur. tak nak tidur lewat lagi..haha

      Padam
  4. adik ipar saya bernama Reduan..tp dipanggil Dan ...so mmg dia ni selalu terkena la...Dan dan dan datang,Dan tak dan nak datang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..kesian Reduan. dan dan tu jugak saya ketawa:-))

      Padam
  5. kita dan kawan-kawan datang komen sini..
    ingat dah tak dan nak komen hari ini..
    bila tgok kat dashboard..dan-dan iyu jugak klik.

    soalan: Berapa kan dan yang telah kita guna dalam ayat 1, 2, 3 dan 4? dan tak nak jawab? jawab dan-dan ni juga tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada 8, heee. unik kan bahasa utara ni. tu yg dan dan nak share.

      Padam
  6. Ha ha ha..tak dan dan nak reply..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyalah che mid. Dan dan che mid perasan aja tu

      Padam
  7. selamat 'kami' orang utara.. paham la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan dan boleh betulkan silap kak anim kan?

      Padam
  8. tak dan dan.. aiza asal perak pun guna juga kata penghubung dan macam tu kak anim.. semoga tekanan darah kak anim kembali normal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ya ke..mungkin sebab kampung aiza dah dekat2 utara kan?

      Padam
  9. aduh banyak dan ,memang tak dan nak membaca semua entri ,,,dan menyatakan bahawa sudah pening dengan dan ..dan dan dan dan dan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pun kadang2 tersasul menyebut bila balik johor..huhu

      Padam
  10. Betullah...banyak maksud dan, tu belum lagi dgn Lin Dan...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lin Dan...haha..bapak segala Dan ni..:-))

      Padam
  11. hehehe dan2 aje yer..

    BalasPadam
  12. Tak pasal pasal masuk ni masuk kelas bahasa Kedah hehe....ilmu tu alhamdulilah.... Singgang selar termasin sudah!!!hehe

    BalasPadam
  13. Dan nih memg byk mksd dan guna...sy biasa gak guna dan dan tuh

    BalasPadam
  14. Dok KL ni untung jugak..bahasa utara ada selatan ada..timor ada..tapi kna berhati hati menggunakan perkataan yang elok bagi kita..pelik bagi orang lain..nekcik selalu kna marah ngan orang kelantan bila cakap nak kopek buah..org johor ok jer kan!!

    BalasPadam
  15. hahhaa.. biasa juga guna perkataan DAN ni masa duk Kedah hari tu...hihi

    BalasPadam
  16. Hari ni cikgu English bertukar ke cikgu BM ya... tapi bukan ke kat Johor pun kita selalu dengar, dan, tak dan, dan-dan ni? Saya biasa gak pakai ni lepas tu confused yang mana satu saya sebut :)

    Wah, walaupun MC tapi excited nak mengajar yek sampai tak dan-dan nak up satu entri :)

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai