Assalamualaikum wbt..
Anim berada di pasar malam Taman Ria Jaya, SP. Mencari ikan segar baru naik dari Kuala Kedah. Macam biasa, nak bawa balik Ipoh.
Menjawab komen Vee, selain faktor harga, kesegaran ikan menjadi sebab sanggup bawa beratus km setiap hujung minggu. Dok Ipoh, pening kepala cari ikan basah. Ada satu gerai jual ikan segar katanya dari Pantai Remis tapi dah berendam lama dalam airbatu. Dahlah tu, harganya berganda dari harga di SP.
Nak buat macamana, hampir 5 tahun membeli ikan segar pasar malam di SP @ Pasar Bisik, belum terbiasa mencari ikan di hypermarket di Ipoh. Angkut dengan kereta...tak jadi masalah.
Ternampak ikan selar kuning. Masak pindang (singgang) sedap ni. Harga sekilo RM10. Pilih 3 ekor saja sebab hanya Anim dan Encik Suami je minat ikan rebus-rebus ni. "RM4.60 kak". Anim hulur RM5. Si penjual tercari-cari duit syiling. Satu sen pun tak ada dalam kotak duit. Dia tanya "jiran" sebelah. Heran..jiran sebelah pun tak ada duit syiling. Penjual ikan itu kemudian meminta Anim memilih seekor ikan lagi untuk mencukupkan baki 40 sen. "Pilihlah kak, halal kak". Terkejut...baki 40 sen nak ditukarganti dengan seekor ikan selar kuning. Apalagi, pilihlah yang saiz besar. Sempat lagi minta kepastian "Halal ya.."
Berjalan pulang ke kereta tersenyum riang. "Murahnya rezeki aku hari ini. Ikan selar kuning saiz besar tu dapat dengan harga 40 sen saja." Banggalah konon-kononnya..
Sampai kat kereta, ada seekor kucing hitam bawah kereta. Hitam semua badan. Cuma mata saja tak hitam. Mengiau-ngiau bila Anim buka boot kereta. Dia menggesel-geselkan badannya ke kaki Anim. Nak bergerak pun susah. Bau ikan, bau sotong agaknya.
Selalunya rajin beli keropok lekor untuk si Abdul kecil. Kali ni, tak membeli pulak. "Ala cing, tak ada apa nak bagi kat kau". Si kucing makin kuat ngiaunya dan keluar masuk celah kain.
Tak semena-mena, teringat peristiwa ikan selar kuning itu. Heran betul bila depa tak jumpa duit syiling untuk pulangkan baki 40 sen. Bagaimana tak berkiranya peniaga tersebut meminta Anim pilih sendiri ikan untuk ditukarganti dengan baki 40 sen itu (selalunya peniaga yang pilih sendiri "sedekah"nya). Dan sudah tentu terfikir kenapa Anim juga begitu berkira untuk check dalam purse, kot-kot ada 60 sen dalam purse.
" Allahu Rabbi, ikan selar 40 sen tadi tu. Itu bukan rezeki aku. Itu rezeki kucing ni". Allah bagi pengajaran dari ikan selar 40 sen. Rezeki kucing yang kelaparan itu dari peniaga ikan itu sebenarnya. Anim hanyalah sebagai perantara saja. Kucing tu yang murah rezeki.
Benarlah, dalam rezeki kita bukan saja ada hak oranglain tapi hak mahluk lain juga.
P/S Sekadar berkongsi pengajaran yang diperolehi.
Semoga Allah murahkan rezeki kepada mereka yg tinggi kemanusiaannya. Siapa tau tak lama lagi 40 sen untuk kucing itu akan diganti Allah dengan rezeki RM40 atau RM400??
BalasPadamsaya suka ikan selar digoreng garing...
BalasPadamSalam, Anim..macamana Anim bawa ikan tu ke Ipoh..sori banyak tertinggal stori ni..tp memang syok bila ikan kt SP ni... satu lagi bila musim durian..memang gila dibuatnya tengok durian baru dari Sik dan Baling..CM pernah bawa satu bakul besar durian balik ke Klang..
BalasPadamBandar Ipoh tu jauh dari pantai...manalah nak dapat ikan segar macam dekat SP. Tapi rasanya kalau sayur segar banyak le...sbb dekat dgn Cameron.
BalasPadamCantik sekali aturan Allah, rezeki utk dikongsi bersama. Kalau ianya bukan rezeki kita... depan mulut pun belum tentu masuk keperut.
betul lah kak... macam citer bunda k.n. kan? tangan yang memberi selalu lebih bahagia dari yang menerima ;p
BalasPadamtu yang peniaga jujur tu cuba lakukan ;p
subhanallah.. baiknya peniaga itu.. mungkin Allah nak bagi rezeki kat kucing tu melalui kak anim.. setip apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. salam jumaat kak anim.. :D
BalasPadamNamun tidak semua org cepat berfikir seperti yg Anim fikirkan waktu itu..
BalasPadamKalau kakak yg jenis takut kucing ni mahu cepat-cepat lari masuk dlm kereta tak fikir pun kucing itu lapar ke apa...
salam jumaat kak,
BalasPadamsuka baca entri kak ni..sebak la pulak saya yg cengeng ni..betul la kak..kita ni kadang2 jadi pengantara untuk rezeki org lain/makhluk lain
Rezeki si Kucing Hitam....walaupun hitam murah rezekinya dapat pulak ikan selar fresh!
BalasPadamsemuga makin murah rezeki sipenjual ikan kerana tidak berkira.. bertambah murah rezeki anim dengan ujian kucing hitam sebagai perantara..bukan semua orang dapat memahaminya =)
BalasPadamCerita yang disampaikan ini Kak Anim memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita semua.
BalasPadamsalam anim, kadang kita perantaraan rezeki ja kan. Maaf sangat Anim tak datang visit anim tentang betul tekaan dalam entri martha tu, nanti anim tolong tinggalkan email address k. email saya babypose@ymail.com. thanks anim.
BalasPadamSubhanallah pengajaran utk semua...memang betul tak semua rezeki kita tuh milik kita..pasti rezeki tuh milik lain...
BalasPadamsalam Anim..berkongsi rezeki dengan makhluk Allah juga besar ganjarannya....Ustaz Syarhan pagi tadi
BalasPadamKucing tu tak mintak pun duit..tak mintak pun semua ikan..dia nak tulang jer..itu pun kita berkira nak bagi..sebagai peringatan diri..nak bagi tapi takut tuan kedai marah!! sorok sorok bagi
Salam Anim..Anim dah sihat ke..nekcik lama tak komen sbb dengan hp tak pandai nak komen blog Anim..kna dok depan pc baru boleh!! tapi nekcik tetap bca kat hp
BalasPadamSuka baca cerita ini. Rezeki Allah tiada siapa yang dapat menduganya.
BalasPadamkak anim..bagusnya!!..sebenarnya rezeki yang kita rasakan untuk kita sebenarnya mungkin untuk makhluk Allah yang lain..=)
BalasPadamalangkah indahnya kalau rezeki tu dapat dikongsi bersama, dapat pahala lagi tu !
BalasPadamindahnya jika berbahagi rezeki ..^_^
BalasPadamItu rezki kucing tu Anim...mana tahu Tuhan saja hantarkan kucing tu nak menguji Anim... dan Anim pula ikhlas sedekahkan kepada kucing tu...
BalasPadamMungkin dengan ujian itu akan di tukar ganti dengan ganjaran lain pulak untuk Anim siapa tahu...Kuasa Allah...rahsia Allah Anim..
wallahu'alam..
Indahnya berbagi rezeki dgn makhluk lain... insyaAllah kita yg memberi akan lebh murah rezeki...
BalasPadamambil pengajaran dr cerita akak ni...
Ikan kat Kedah memang fresh.. pakchaq pun selalu beli dari sana bawak balik sini.. ikan, udang, ayam kampung pun kadang beli dari sana.. lagi jauh depa berjalan...
BalasPadamSusahnya makchaq nak komen kat blog Anim.. ni kali ke3 ni..
tak tau la.. taip2 tetiba hilang...nasib baik makchaq ni penyabaq... taip... balik.. he he
Panjang sedekah penjuai ikan.. mesti panjang jugak pahala.. dari dia ke Anim ke kucing..
bgs nyer dpt peniaga mcm tu
BalasPadamNasib baik sungguh si kucing hitam tu terserempak dengan ANIM. Dapatlah makan ikan selar kuning tadi. Memang rezekinya hari tu. Rajin juga ya mengangkut ikan dari SP ke Ipoh.
BalasPadam