Home · About Me · Sitemap ·

Hibur hati dengan Nasi Arab


Assalamualaikum wbt..

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih besar dari masalahku"  

Berkesempatan membaca "Semuanya Soal Hati" tulisan Ustaz Pahrol Juoi sewaktu menunggu Encik Suami "tunjuk muka" di majlis Hari Inovasi sebelum ke Putrajaya, Rabu lalu. Tahun ni dia hanya jadi jemputan, tak terlibat dalam jawatankuasa kerja, so bolehlah lari kejap.

Buku ni dah dibeli 2@3 bulan sebelum ni tapi belum sempat khatam. Tak dapat nak membaca di rumah yang lebih banyak kotak dari tempat nak duduk. Alhamdulillah, tergerak nak membawanya dalam musafir. Ayat-ayat yang dikarang Ustaz Pahrol membantu menenangkan diri berdepan dengan kekecewaan pertukaran tidak diluluskan. Terkesan dengan ayat "Usah dipinta hidup yang mudah tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya".

Ok. Nak sambung cerita lepas bertolak balik dari Putrajaya. Masa untuk JJCM. Kita tanya, mana tempat yang dia dah pernah p makan tapi tak pernah bawa kita, haha.

Mula-mula kereta dia membelok ke sini, terkejut tengok bangunan serupa castle tersergam. Restoran apa ni? (jakunle tu...bukan selalu JJCM kat ibu negara macam hangpa semua)

Restoran Al-Rawsha di Kampung Pandan, KL. Dah boleh terbayang apa di dalamnya. Suke..suke..

Rambang mata lihat menu. Tapi perut lapar nasi. Pilihan kami ialah Chicken Mandy dan Lamb Kabshah, seteko Arabic mint tea dan Cream Caramel saja. Banyak-banyak Nasi Arab yang pernah dicuba di tempat lain (Malaysia) ni yang paling best. Konon-konon nak order menu lain nanti. Tapi...bukan saja my tummy saja tak boleh masuk lagi dah, Encik Suami juga. Perut orang Malaysia kot kan sebab bila jengok Tok Arab, baik lelaki atau perempuan, habis sepinggan!!

Apalagi...bungkus bawa baliklah. Dekat separuh pinggan tak habis nasi tu. Menarikkan bila ada kaunter pandu lalu. Cam restoran makanan segera pulak. Bestnya..

P/S  Bila hadap makanan...hilang semua kesedihan. Kita dah okey dah. Back to normal. Tapi jangan tanya banyak2lah..nanti kita sedih balik..huhu

Artikel berkaitan:

Cerita rayuan pertukaran guru Januari 2014

      
Assalamualaikum wbt..

Anim masih di Ipoh. Mati kutu bila line Celcom lembab sangat di sini. 2 Abdul pun naik gelisah. Depa rajin layan Youtube. Sudahnya Encik Suami beli TV baru untuk kami. Dok pusing channel yang ada. Jadilah...dari takde langsung.

Banyak draft tersangkut. Bila keluar petang2, penuh bar je baru dapat edit. Kalau sempat, publish. Tapi nak singgah blog kawan2 tak sempat. Apa pulak kata orang sekeliling. 'Mak dia ni sibuk dengan hp'. In sha Allah, balik SP minggu ni, nak settle semua.

Walaupun bayang2 kelulusan pertukaran tipis sangat, in sha Allah, barang2 akan tetap diangkut awal Disember ini. 2 Abdul juga in sha Alllah akan bersekolah di Ipoh. Perkara lain tu tolak tepi dulu. Sungguh, Anim tak nak terlalu memikirkan. Yang penting, apa dirancang, tetap diteruskan. Yang lain serah bulat-bulat pada Allah.

Ada yang nak tahu ke cerita Anim masa buat rayuan di Putrajaya? Walaupun ada yang menggeleng kepala, Anim nak story jugak. Bagi hilang stress..huhu. .

Last Anim jejak Aras 3, Blok E2 ni 5 tahun lalu bila pertukaran dari Selangor ke Kedah tidak diluluskan. 

Suasana Rabu tengahari tempohari tak selengang ini ( tutup waktu rehat). Kat sini je kita boleh merasai kesusahan yang dialami oleh rakan sejawat yang lain.

Setiap mereka mempunyai cerita dan masalah berbeza. Tak nampak raut muka ceria, suara gelak ketawa. Silap- silap sangka ini kaunter Kementerian Kesihatan. Maklumlah, ada yang membawa anak kecil, pasti tak betah duduk lama.

Masing-masing memasang harapan, alasan mereka didengar, masalah mereka diambil kira. 

5 tahun lalu, setiap kami akan masuk ke Bilik Rundingan. Jumpa 4 mata dengan pegawai tertentu. Mengemukakan alasan dan dokumen sokongan. Namun berbeza pula apa yang berlaku semalam.

Kami ditempatkan ( dalam 30 orang) dalam satu bilik mesyuarat dan diberikan taklimat . Tak payahlah nak cerita panjang apa yang di"ceramahkan" . Tak tahulah nak kata apa bila awal2 lagi sudah dimaklumkan harapan sangat tipis. Alasan opsyen menjadi halangan.


P/S Kita dibayar gaji mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ada yang kena  mendengar masalah orang, ada yang kena jaga kebajikan pekerja,  malah ada juga yang dibayar gaji untuk kena marah. Tak perlu dicanang masalah yang kita hadapi untuk menutup kelemahan sesuatu sistem.

Artikel berkaitan:

Pertukaran saya TIDAK diluluskan


Assalamualaikum wbt...

Image dihantar seorang rakan melalui WhatsApp disaat hati berduka

Itulah kenyataannya. Jenuh menjawab messages dan pertanyaan di WhatsApp. Kalian tertanya- tanya jugak tak?  (perasan..)

Semalam, sewaktu dikhabarkan Encik Suami yang menyemak keputusan pertukaran online di ofisnya  , terdiam. Menitis juga airmata. Why..Why..  Sungguh, keyakinan hingga tahap 95%  pertukaran diluluskan. Tambah2 negeri yang dipohon bukan negeri yang "susah" nak masuk. Lainlah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Melaka...

Kemudian cepat2 istighfar. Tak perlu bersedih duhai hati, ianya bukan nokhtah hidup kamu. Masih banyak cabang jalan yang boleh dilalui untuk ke satu-satu destinasi. 

Hati kembali tenang bila Encik Suami memujuk hati. Dia kata persekolahan 2 Abdul akan dia uruskan. Entah apa sebenar ada dalam hatinya. Walhal kalau nak ikut bidang tugasnya, mana lekat kat rumah. 


Ditakdirkan, hari ini Encik Suami ada Hari Inovasi jabatan di ibu negara. Anim pulak memang plan nak ikut sebab SIL kata, Phililps Iron (pressurised steam generator) yang Anim order, dah ada di rumahnya. Kita nak minta dia ajar guna. My SIL ni dealer AMWAY, dealer Tupperware. Bila ada satu-satu sales, dialah tukang habaq. Untungkan saya jadi kakak ipar.

Orang dah lama guna...kita je baru nak belajar guna

Sambil menyelam minum air. Kata kat Encik Suami, letak anak-anak kat rumah SIL, p Hari Inovasi jabatan dia sekejap kemudian bolehlah ke Putrajaya untuk buat rayuan pertukaran. TAPI...semua dokumen ada di SP. Kita kan lepak Ipoh cuti ni. Camna ni? Alhamdulillah...dengan bantuan PT sekolah Anim, semua dokumen sempat difax ke ofis Encik Suami sebelum kami berangkat ke Rawang petang semalam.Syukur..


Jam 12 tengah hari kami dah ada Blok E2, Kementerian Pelajaran Malaysia. Nantilah Anim story apa cerita selanjutnya. Lapar dah ni..Dekat sejam duduk bersama-sama guru-guru dari seluruh negara yang turut membuat rayuan di bilik mesyuarat.

Encik Suami nak bawa Anim makan di satu tempat yang Anim tak pernah sampai lagi katanya. Lepas ni nak jemput 2 Abdul di Rawang dan bertolak balik Ipoh. Esok pagi si Abdul kecil ada ujian kemasukan.

P/S  Ada yang sms, "Suami kak Anim tak de ""cable" ke kat KPM?" In sha Allah, ada. "Cable" kak Anim hanya dengan Allah saja..

Artikel berkaitan:

Hikmah di dua peristiwa


Assalamualaikum wbt..

Peristiwa 1

Bila turun tol SP dan melalui lorong SmartTAG, palang tol tak naik pulak. Tertera RM -1.90. Aikk, minus?? Kalau tak silap, sewaktu melepasi tol Sg.Dua, baki kad tertera RM 9. Dari Sg.Dua ke SP Selatan,bayaran tol RM 3.90. Ini bermakna bayaran tol yang dikenakan PLUS, RM 10.90. Tu yang jadi minus.

Hmmm..sudahnya bukan saja baki nilai SmartTAG sebenar diset semula oleh petugas PLUS tapi turut ditambah nilai RM 15.30 lagi. "Encik tak claim rebat tol raya hari tu". Ehh..ya ke? Palang tol tak naik tadi, ada sebabnya kan?

Ni kejadian ke 2 di laluan SmartTAG. Yang pertama (di sini)

Peristiwa 2

Sebaik ambil kereta yang ditinggalkan di Terminal Bas SP, Encik Suami bertanyakan resit. Anim agak, ni mesti en.A minta untuk "ganti rugi". Anim kata tak payahlah. RM 30 je pun. 

Staff en.A tu bukan sekali dua terlupa tapi banyak kali katanya. Banyak tender terlepas gara-gara dia terlupa banyak perkara. Tu yang boss dia geram. Susah juga kan. Sistem bekerja kena betulkan. Kena catat, buat reminder. La, macam2 gajet canggih ada.  

Apa kaitan dengan gambar api kat bawah ni pulak? 

Petang semalam, surat, bil dan dokumen yang dah tak guna lagi dalam laci bilik, Anim nak bakar.  Biasanya, bila tugaskan si Abdul sulung,  dia tuang saja sampah itu atas api. Lain pula bila Bapak Abdul yang buat kerja. Satu-satu dibelek sebelum dicampak ke api. 

Tiba-tiba si Abdul berlari masuk dan memanggil Anim. "Abah jumpa dalam sampah Ummi kemas tadi". Haah, spontan terkeluar dari mulut Anim, "Allah ganti balik duit Ummi. Bukan saja RM30 tapi RM50".
Sungguhpun hanya RM50, kesannya amat mendalam buat diri ini.

P/S  Susah nak BW minggu ni. Belum sempat transfer UNIFI ke Ipoh. Guna WIFI hp saja, tapi nampaknya kat bandaraya, line Celcom lembab bebenor. Tu pun kena naik tingkat atas. Kat bawah, tak de bar langsung..huhu

Artikel berkaitan:

Kereta yang ditinggalkan..


Assalamualaikum wbt..

Eeeh...apalah tajuk entri ni. Tergantung! Adui...peninglah nak buat tajuk.

Kalau ikutkan hati, tak mau balik SP. Penat nak ulangalik. Si Abdul kecil kan ada ujian kemasukan Khamis ni.  Tapi bila memikirkan my Waja yang sudah 2 malam ditinggalkan di tempat parking terbuka Terminal Bas Ekspress SP, gagahkan juga. .

Pertama, dok fikir bayaran  parking RM30 semalaman yang dikenakan. Kalau 2 malam, 3 malam.. haha... garu kepala (ke garu dompet?).

Kedua, dok teringat kes satu kereta yang ditinggalkan dalam kawasan masjid di SP yang hilang 4 tayar gara-gara penyamun..Kita teringat ke empat-empat tayar Waja yang baru ditukar Encik Suami bulan Mei lalu.

Perkara pertama dibuat sebaik tiba Terminal Bas Ekspress SP ; periksa ke empat-empat tayar. Syukur alhamdulillah.

Bertambah syukur kerana tiada extra caj parking dikenakan. Silaplah sangkaan sebelum ini.

RM30 semalaman itu bermaksud sekali masuk kot. Semalam ke, 2 malam ke caj tetap RM30. Betul ke maksud semalaman tu? Apa pendapat kalian?

Eeeeh...ada sesuatu dalam peti suratlah . Terharu menerima cenderahati (FM) dari ummi Irfan, Aine Ainun. Cuma nak beritahu, kepala si Abdul tu patah sebaik sampul itu dibuka. Jangan risau.nanti kak Anim lekat dengan gam gajah noo.

Terima kasih atas kesudian dan ingatan AA. Semoga ukhwah maya kita berpanjangan. (Ucapan "terima kasih kak Anim" tu je kak blurr sikit....apa yang kak Anim dah buat?)

P/S Petang ni nak ikut Encik Suami balik Ipoh semula. Kalau ikut hati nak saja angkut barang yang 85% siap packing secepat yang mungkin. Tapi lori pulak tak de hingga hujung bulan ni. Kena tunggu awal bulan 12. Nak buat camna kan?

Artikel berkaitan:

Setiap kesukaran pasti ada kemudahannya


Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi hantar dokumen dan borang permohonan si Abdul sulung ke sekolah menengah agama swasta di sini. Dalam 2 minggu lagi, dia akan mendudukki ujian kemasukan pulak. 

Sejuknya suasana sekolah. Di belakangnya bukit. 

Ambil kesempatan ke pejabat pentadbiran sekolah rendah pula (bersebelahan). Tak tahulah,  entah camna, tergerak nak hantar si Abdul kecil bersekolah di sini juga.  Tau-tau , sudah isi borang dan si Abdul kecil pula menjalani ujian kemasukan pada Khamis ini, in sha Allah. 

Nampaknya cuti ni sibuklah ulangalik SP-Ipoh-SP selagi keputusan transfer belum keluar dan barang-barang belum angkut ke Ipoh. Jangan bangun tidur tersilap pulak. Duduk di Ipoh, sangkakan di SP..start enjin kereta cari nasi lemak kegemaran. Namun, setiap kesukaran pasti ada kemudahannya kan nanti..

Ish...bilalah Anim nak cerita fasal message yang diforward oleh Encik Suami dalam entry sebelum ni? Ok..ok..nak ceritalah ni, hihi.

Petang Khamis tu,  Anim 3 beranak menunggu "Mamu" (pekerja en.A) di rumah. En.A ni kawan Encik Suami. Seperti sebelumnya, "Mamu" yang menghantar kami ke Terminal Bas Ekspress di SP kalau kami nak ke Ipoh.

Ambil tiket bas 3.15 p.m. "Mamu" biasanya punctual. Kalau kata pukul 2, pukul 2 lah dia mai.
Jam 2.35, "Mamu" tak muncul-muncul lagi, cepat-cepat call Encik Suami. Terkejutlah dia bila kami masih di rumah.

Tak lama, diberitahu "Mamu" tak tahu hal kami nak ke Ipoh. Rupa-rupanya kali ni, en.A minta staff perempuannya hantar kami ber3. Dan....apa terjadi? Staff perempuan tu TERLUPA!!!

Jarak dari rumah ke Terminal Bas SP, 10km. Ada 6 traffic lights yang perlu ditempuh. Nak drive sendiri ke Ipoh, cam tak confident pulak. Waja Anim tu in sha Allah, tak buat ragam sejak bersamanya 10 tahun lalu tapi tak hantar servis pulak untuk jalan jauh. Iyalah...kita ingat nanti-nantilah, dekat-dekat pindah barang nanti. Nak tak ndak, kena teruskan plan. Borang permohonan si Abdul sulung kena hantar Jumaat (hari ini).

Keputusan segera dibuat. Anim drive kereta ke Terminal Bas SP. Mulut ni tak habis berdoa. Sempatlah..sempatlah naik bas.  Alhamdulillah, jam 3.09 minit kami tiba. Tapi bayaran parking? RM30 semalaman. Mak datuk.. macam parking kat airport.

Anim beritahu Encik Suami tentang bayaran parking (dan entah berapa pula yang perlu dibayar bila ambil kereta esok, huhu). Tak lama Encik Suami beritahu, staff perempuan en.A akan ambil kunci kereta Anim di Terminal Bas itu. Dia akan tolong bawa balik, so tak payahlah tinggalkan lama kereta Anim kat tempat parking.

Hmm...tak sempat panas punggung, bas kami tiba. Mana sempat nak pass kunci kereta. Dalam kesukaran, syukur kerana kami berjaya nak bas jam 3.15 p.m walaupun mula-mula macam tak sempat sampai on time. 

Kata Encik Suami, en.A suruh staff perempuan dia tu hantar kami 3 beranak ke Ipoh kalau kami tak dapat naik bas 3.15 p.m tu. Anim kata kat Encik Suami, kalau gaji staff tu kena potong kerana kesilapannya itu, tak payahlah nak cover balik kos parking. Nak buat macamana kalau dah terlupa. Macamlah kita sendiri tak pernah lupa!

P/S  Hidup umpama roda. Ada naik ada turun. Ada untung ada rugi. Redha dengan ketentuanNya.

Artikel berkaitan:

Khamis yang kelam kabut

 Assalamualaikum wbt...

"Salam..kami nak mtk maaf byk2 trlupa nk p ambk istri en *** hantar ke bus stop..ksilapan tdk dsngajakn..en.A bising n mrh dh kt kmi..mtk maaf skali lg ya..kos dtggung.terima ksh."

~ Message yang difoward oleh Encik Suami. Anim dah dalam bas. Apa yang sebenarnya berlaku?~

Namun, Allah izinkan perjalanan kami ber3 ke Ipoh semalam mengikut jadual. 

Di food court Terminal Bas Amanjaya , Meru Jaya, Ipoh sementara menunggu Encik Suami menjemput kami ber3.

P/S Nanti Anim share ceritanya. Ada urusan yang perlu diselesaikan pagi ni. Update pun guna hp saja ni:-))

Artikel berkaitan:

Sudah baligh? Sudah mimpi?


Assalamualaikum wbt..

Gara-gara si baju belang biru putih, kuar entry ini..

Bila salah seorang geng bas sekolah cerita anak lelaki dia yang berusia 11 tahun dah baligh, Anim pun mulalah menyibuk. Investigate si Abdul sulung mahupun si Abdul kecil. "Ada mimpi apa-apa tak?". Bila ajukan pada Encik Suami yang balik hujung minggu, senang dia jawab. "Suara belum pecah lagi tu". Sebenarnya Anim dah risau fasal mimpi ni sejak tahun lalu lagi, (DISINI

Semalam bila wished Happy 12th birthday kat anak buah yang sorang ni di Whatsapp, sempat Anim pesan kat emak dia (my sis) jangan lupa buatkan IC untuk dia. Lepas tu peringatkan my sis, tengok-tengokkan anak bujang dia tu, dah mimpi belum, dah baligh belum. Iyalah, mereka tinggal berdua saja. My sis membalas, "Belum lagi, suara pun budak-budak lagi"

Tak lama, my brother yang punya 3 anak lelaki (11-15 tahun) memberi komen:-

"Bukan tengok kat suara je. Kalau kita rasa macam 'dah' je, tanya perlahan2 berulang. Diorang ni tak akan mengaku sendiri. Kitorg kat sini pun yang 2 orang tu pun dah sebulan lebih- 2 bulan baru dapat pastikan."

Huhu...tengok tu. Budak-budak ni tak nak mengakulah rupanya. 

P/S  Anim ada 7 orang adik lelaki tapi tak pernah ambil "port" tentang mimpi mereka. Bila ada 2 Abdul... dok fikir camnalah Bonda dan abah handle 7 anak lelaki mereka ni dulu..

Artikel berkaitan:

Pemberian bermakna dari teman


Assalamualaikum wbt..

Sebelum sekolah bercuti tempohari, GB ada tanya Anim, Ipoh dan SP dekat kan? Suspen gak. Bila kita tanya nape, dia kata ingat nak buat majlis "send off" Anim bersama murid dan staff pada last day persekolahan (Khamis) . Tapi surat hitam putih transfer tak dapat, takut nanti kata halau pulak. Hikhik...gelihati pulak mendengarnya. Dia cadang nak buat naik sesi persekolahan 2014 nanti, tapi Anim kenalah mai SP katanya. Aduh...terharunya. Kita ni, mengajar sekolah tu tak sampai 5 tahun pun..

Last day tu, tak de sessi nangis-nangis sebab awal-awal lagi Anim kata, Anim masih warga SKS selagi tak dapat surat transfer. Tapi naik sebak juga bila ......

Yana kata, dia buat apam beras ni kerana "teringat kak Anim suka":-))

Kak Lah (Ustazah) tau laksa Utara sempoinya ni memang menjadi favourite Anim (bawa balik lagi). Lain dari yang lain sebab Kak Lah guna daun samak.

Ni rupa daun samak. Resepi sempoi pun dah dapat. Bila dah cuba, boleh share nanti:-))

Al Quran dengan panduan Waqaf & Ibtida' beserta Hukum Tajwid terbitan Telaga Biru pemberian Teacher Fauziah sebelum balik. "Saya nak bagi hari ini jugak walaupun Kak Anim belum dapat surat pindah":-))

Ibarat orang mengantuk disarungkan bantal. Dah lama berhajat nak beli terbitan baru ini kerana Al Quran dengan panduan wakaf dan ibtida' sebelum ini sudah diberi kepada Bonda. Alhamdulillah, yang ini lagi senang membacanya kerana ada tajwid berwarna. Lajulah sikit membacanya berbanding tulisan semua hitam. Terima kasih Fauziah..ingatan ini kekal abadi.

Amboii...ada juga ke untuk 2 Abdul?  Pandai Ustaz Razak (suami Teacher Fauziah) memilih warna kegemaran 2 Abdul. Terima kasih semua.

P/S  Bukan hadiah yang dipinta....cukuplah sekadar mengingati.

Artikel berkaitan:

Dah hobi, nak buat camna?


Assalamualaikum wbt...

Cuti dah bermula. Anim dan 2 Abdul masih di SP. Lepas publish entry ni, nak ke sekolah. Sejak semalam kena bertugas selama 3 hari . Maklum...surat transfer belum dapat, so nama belum boleh kena potong maaa.

P sana kotak, p sini kotak. Duduk depan kotak, duduk belakang kotak...

Buku-buku masuk dalam beg-beg free. Encik Suami angkut sikit-sikit, barang kaca dan buku-buku bila balik hujung minggu. Senang dia nak transfer rumah SP-kereta-rumah Ipoh. Masuk semua buku dalam kotak?? Alamat..sakit pinggang.

Semalam, turn dia mengemas kerana Mem berada di sekolah. Risau je kita sebab takut dia membuang benda-benda yang Mem simpan. Sayang oo...lama dah kita simpan walaupun kena tahan telinga je bila Encik Suami kadang-kadang menyebut. "sayang barang tapi tak pernah guna". Eeeh...ya ke?

Serviettes (napkins) yang dibeli di Germany, 13 tahun lalu masih belum habis diguna. Sayang..cantik coraknya.  Susah nak jumpa kat sini. Kalau ada, sure mahalkan?

Pengumpul beg-beg recycle. ada satu kotak kalau nak ditunjuk Ntah...suka kumpul, nak buat lagu mana.

Paper bags pun suka simpan. Bertimbun koleksi sejak duduk SP. Nak guna sayang, dok simpan bawah tilam. Tu cantik lagi, macam baru.

Ok..ok...yang ini terpulang. Sikat, shaver atau mana-mana yang boleh guna, boleh simpan. Yang lain, tak de masalah nak buang. Heee....

P/S  Bila pasangan ada habit sayang nak buang barang...camtulah jadinya.

Artikel berkaitan:

Terima kasih semua....


Assalamualaikum wbt...

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi komen entry semalam. Sungguh, walaupun sudah menjadi guru lebih 2 abad, tapi pengalaman menjadi ibu kepada anak yang baru mendudukki peperiksaan baru setahun jagung.

Membaca komen, nasihat, dorongan dan perangsang yang diberi bersama-sama si Abdul sulung bukan saja memberi semangat baru untuk si Abdul malah Umminya juga.

Ada juga rakan yang menghantar cerita dari fb Ustazah Norhafizah Musa melalui WhatsApp (dia tahu Anim takde acc FB). Terharu dengan sikap mengambil berat dan prihatin kawan-kawan semua walaupun tak pernah bersua muka lagi. Redha..setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kita ni jadi mak ayah, dah cuba bantu dan tolong dia. Mula-mula rasa malu juga. Umminya cikgu BI, Abahnya pula walaupun bukan cikgu tapi ambil Pure Mathematics di universiti, tapi dua-dua subjek, BI dan Matematik, si Abdul dapat C.

Semalam, Encik Suami bawa pulang borang kemasukan ke sebuah sekolah menengah agama swasta untuk diisi. Awal bulan Disember nanti ada ujian kemasukan.

Syarat kemasukan ke Form 1 ke sekolah tersebut, sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR, hafal surah-surah lazim, boleh menulis Jawi, tahu sedikit bahasa Arab dan boleh membaca Al Quran.

Kita cuba nak ya.. Ada rezeki duduk sekolah tu, alhamdulillah. Ramai yang memohon tetapi tempat terhad. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.

Doakan segala urusan si Abdul ni dipermudahkan ya...

Kawan barunya, Pembantu Tadbir (Kontrak) sekolah Anim. Bagus budak Izat ni. Bergegas ke masjid bersebelahan sekolah bila terdengar azan. Ringan tulang dan berbudi bahasa bila bercakap. Senyum je memanjang. Emak dia ni cikgu Kimia sebuah sekolah menengah di SP . Baik hati pula sanggup ambil si Abdul Sulung ini di rumah dan mengajarnya bermain skateboard di kawasan rekreasi taman kami. 

P/S  Tanpa pengetahuan Si Abdul Sulung, kami minta tolong Izat survey harga skateboard untuk dihadiahkan padanya. "Hadiah" selesai UPSR plus birthdaynya bulan 12 nanti...

Artikel berkaitan:

Abdul Sulung dan result UPSRnya


Assalamualaikum wbt..

SEBELUM exam , dia menyebut lagi tak mahu duduk asrama. Kalau nak diikutkan sejak Tahun 5 lagi, kami mengiyakan. Bukan kata si anak, Bapak Abdul pun 2X5. Tak mau anak duduk asrama. Maklum..selepas 10 tahun hidup ber2, baru dia hadir dalam hidup kami. Kalau ke mana-mana, mesti orang kata dia anak bongsu. Iyakan saja. Kalau kata anak pertama, tak larat pulak nak bercerita.

SEMASA exam, dia bertanya kalau dia tak boleh jawab semua dengan betul dan tak dapat A, macamana? Kita kata..tak payah pikir yang dah selesai exam. Fikir paper yang akan datang. Dah tak boleh buat, nak tolong macamana. Takkan nak masuk dewan exam semula.

SELEPAS result UPSR keluar semalam, kita pula dipesannya,"Tak payahlah cerita dalam blog Ummi". Habis, kalau ada yang bertanya, macamana? Mesti depa nak tahu, tambah-tambah kita ni cikgu. Cikgu ajar anak orang, anak cikgu macamana pulak? Cepat-cepat dia menjawab, "Kalau ada yang tanya, tak pe. Cuma jangan cerita dalam blog Ummi". Adooii, pening kejap cuba memahamkan statement itu, hahaha...

Lepas send image slip result kepada Bapak Abdul yang tak dapat bersama, panjangkan pula pada family group WhatsApp sebelah Anim. Kemudian Embah dan Tok Pak di Kota Tinggi sudah dihubungi. Sepupu sepapat, tok sedara, nenek sedara pun sudah mengetahui. Maklum...anak pertama kita. Eeehh..ada pulak SMS dari jiran kiri dan kanan bertanyakan result dia. Alhamdulillah, cukup beruntung dapat jiran kiri kanan yang baik dan prihatin. Tu sayang nak tinggalkan SP..huhu..

Minatnya terarah kepada bidang agama. Menghafaz doa atau ayat lebih pantas dari menghafaz sifir dan formula. Kami dah plan perancangan pelajaran untuknya di Ipoh nanti. Tak perlu kecewa dengan keputusan yang diperolehi semalam apatah lagi menyebut-nyebut kesilapan dan kelalaian masa lalu. Terus mengorak langkah ke hadapan. Kehidupan masih jauh untuk diterokai. Yang penting...jaga Allah, jaga solatmu. In sha Allah....Allah akan menjagamu.

P/S Untuk menjawab pertanyaan aunty Hainom Okjer dan uncle BM dalam blog kita semalam, biarlah si Abdul jawab sendiri untuk menghormati pendiriannya.."result saya tak cemerlang seperti kawan-kawan lain yang dapat 5A, 4A. kalau sms atau whatsapp, saya beritahulah". ~Abdul Sulung~

Artikel berkaitan:

Amalan Bagi Yang Tidak Dapat Berpuasa di 10 Muharram


Assalamualaikum wbt...

Selamat berpuasa bagi mereka yang berpuasa pada 10 Muharram hari ini. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak dapat berpuasa? Sebenarnya banyak amalan lain yang boleh dilakukan pada hari Assyura. Salah satu amalan yang dianjurkan pada 10 Muharram oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam ialah  mengusap kepala anak yatim. 


Ayah Hakimi meninggal dunia ketika dia berusia 6 tahun manakala Amirruddin (kemeja biru) pula menjadi yatim di usia 2 tahun. Depa ni murid Tahun 5.


Amalan paling senang ni memang sayang kalau tak dibuat.. Kalau orang lain di luar sana tercari-cari , kat sekolah pula mencari anak yatim taklah sesusah mana.

Dalam ceramah agama setiap Jumaat , Radio Kedah 97.5FM , Ustaz Fadhil Hj Hassan ada menyebut, kalau anak yatim itu dari kalangan ahli keluarga kita, usaplah dari depan ke belakang. Kalau bukan dari kalangan ahli keluarga pula, usap dari belakang ke depan.

P/S Fadhilat mengusapnya pada hari Assyura ini kata Ustaz, Allah SWT akan meningkatkan darjat kita mengikut setiap bilangan helai rambut anak yatim tersebut. Wallahua'lam.

Artikel berkaitan:

Tak de rezeki berpuasa tapi ada rezeki time "berbuka"


Assalamualaikum wbt...

Budak pekan mungkin tak heran dengan KFC tapi bagi budak kampung...jamuan ini cukup special

Surat jemputan ke Majlis Jamuan Tahun 6 sudah diterima semalam. Dalam masa yang sama, sudah berhajat lama nak berpuasa 9 & 10 Muharram (hari ini dan esok). Serba salah bila clash begini. Waktu bersahur seorang diri, kata kat diri, kalau boleh teruskan, akan diteruskan. Kalau perlu batalkan puasa, kenalah berbuat demikian. Satu lagi, harap-harap puasa hari ini tidak diketahui oleh anak-anak mahupun geng bas sekolah. Bukan apa, rasa serba salah sebab jemputan dihantar terlebih awal, puasa hari ini pula puasa sunat.

Tiba sekolah, Teacher Fauziah yang turut berpuasa (dia baru balik kursus, tak tahu tentang majlis Tahun 6 ini) membawa sup daging bersama roti. Dijemputnya geng bas sekolah yang free bersarapan pagi. Pagi tadi kelas Anim penuh hingga jam 9.45 pagi. So...rahsia tetap selamat. Alasan : Kak ada kelas pagi ni.

Then, Bubur Lambuk ini tiba. Actually, Anim order dari salah seorang staff ofis lama tempat Encik Suami bekerja. Sehari sebelum majlis, seorang geng bas sekolah menyebut teringin nak makan Bubur Lambuk ni sebelum Anim pindah. Dia dah pekena sekali masa majlis berbuka puasa bersama geng bas sekolah, teringat-ingat kesedapannya..huhu. So, rasanya hari ini paling sesuai. Bolehlah budak-budak Tahun 6 join sekali.

Nilah orangnya yang "mengidam" Bubur Lambuk, heee....

Alhamdulillah, Zahari si tukang masak Bubur Lambuk memang memahami. Satu bekas Bubur Lambuk sudah diasingkan untuk dibawa pulang ke rumah, bagi kat 2 Abdul. (Juga boleh dibuat berbuka nanti).

Anim hadir majlis, duduk mendengar ucapan tapi sebaik saja murid dan geng bas sekolah sibuk makan (bukankah time makan, mertua lalu belakang pun tak sedar, nikan pulak kawan setugas..heee), Anim menghilangkan diri dan duduk di bilik guru. 

Lepas Zuhor...puasa tak dapat diteruskan. Allah bagi ABC. Terdetik di hati, aku ni buat yang sunat (puasa separuh jalan), yang wajib (penuhi jemputan) aku tinggalkan, apa yang aku dapat agaknya? Betulkah pilihan aku tadi?? Aku nak pahala puasa sunat tapi pahala menunaikan hajat anak murid yang menjemput makan, aku tinggalkan. Entah-entah bukan dapat pahala, tapi dosa. Masya Allah...adakala dalam mengejar sesuatu, kita terlepas semuanya. Astaghfirullah hala'dzhim..Baru teringat satu entry Anim tentang batal puasa sunat sebelum ini. Ya Allah..terlupa betul...

Waktu memanaskan Bubur Lambuk untuk diberikan pada jiran sebelah , terdengar pula suaranya memanggil-manggil kita. Dia menyuakan sesuatu . Terkejut bila dia menyebut "Shima cuba resepi ayam ungkep dalam blog kak Anim"..Terkedu...(boleh agak tak kenapa Anim terkedu? Kalau betul, kalian memang hebat!!)

Ayam ungkep bersama ketupat nasi, pemberian Shima, jiran sebelah. Sup daging dengan roti yang diberi Teacher Fauziah untuk dibawa pulang (entah camna dia syak Anim puasa tadi) dan Bubur Lambuk air tangan Zahari menjadi hidangan "berbuka puasa" Anim tadi.

P/S  Nampaknya walaupun tak de rezeki nak teruskan puasa...tapi Allah bagi rezeki  time "berbuka puasa". Bersyukur kerana hidangan yang dijamah dan pengajaran yang diterima hari ini.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 44: Madam tak mau menangis..


Assalamualaikum wbt..


P/S Hanya Allah saja tahu gelodak hati Madam Teacher. Namun akur... setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. 

Artikel berkaitan:

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan


Assalamualaikum wbt...

Masa begitu mencemburui. Banyak yang hendak dishare namun tuntutan wajib menghendakki semuanya diselesaikan sebelum cuti persekolahan berakhir Khamis ini. Walaupun status permohonan pertukaran belum diketahui...namun segalanya perlu diuruskan seolah-olah pertukaran telah berjaya..huhu..

Nak share motivasi pagi  ini  dari family group WhatsApp.

 Bonda, adik, ipar dan anak saudara  berkongsi bulan kelahiran

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif  pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah

P/S Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, 

Artikel berkaitan:

Cerita dari Ipoh (2)


Assalamualaikum wbt...

2 hari balik ke SP...harap-harap cerita hujung minggu di Ipoh belum basi .Tak kira..kita nak cerita juga. Membalas komen Nekcik, nak kata jadi weekend wife pun tak boleh juga sebab hari Sabtu, kami pulang ke SP bersama Encik Suami. Ishh.....itulah jadinya bila cuti hujung minggu berbeza.

Dok ber3 dengan 2 Abdul dari petang Khamis hingga petang Jumaat (abah dia biasanya tiba malam) rasa rugi masa terbuang. Baik kami lari kejap dari SP, hee....

Breakfast time. Restoran Kosiswa berdekatan UTC, berdekatan pasar. Macam-macam ada. Lontong, Yong Tau Fu berkuah sup dan mee/kuey teow goreng panas-panas pun ada. Nampaknya si Abdul kecil kena membiasakan diri. Orang Ipoh tak makan nasi berlauk waktu pagi, huhu..

Lepas depa solat Jumaat di Masjid Kg. Kuala Pari (si Abdul kecil report, khatib masjid tu bagus sebab dia minta semua jemaah yang masih berbual-bual di luar masjid agar masuk dengar khutbah dalam masjid:-) kami ke Restoran Ramuan Opah di Station 18.

Restoran Ramuan Opah dan Restoran Tasik Raban (seperti saranan IM) tak jauh antara satu sama lain. Dekat pula dengan rumah yang bakal kami diami. Walaupun tahu yang Restoran Tasik Raban sediakan menu nasi campur bersama pilihan lauk pauk yang banyak untuk lunch tapi 2 Abdul nak lunch dalam restoran berairconditoned.

Inilah faktor utama  lari ke Ipoh. 2 Abdul nak mengecat bilik masing-masing dengan pilihan warna depa sebelum pasang langsir minggu depan. Seronoklah depa kerana bila pindah Ipoh, dapatlah bilik sendiri. Nak jimat kos, kena cat sendiri noo. Abah depa tolong touch up sikit balik kerja. Ummi depa, pegang berus cat buat syarat. Sakit pinggang ooo..terbongkok-bongkok.

Dinner, kami ke Mee Rebus Ramli. Sekarang, lokasinya sudah bertukar area Station 18 juga, berdekatan Petronas. Tak tahulah, rasanya sedikit berbeza berbanding kunjungan pertama. Khabarnya perniagaan sudah diambil alih oleh anaknya  Rasa janggal menghirup apple juice dalam restoran guna plastic cup lembik ni. Macam beli air kat pasar malam aja...

Sebelum bertolak balik ke SP, singgah satu majlis kahwin di Ipoh. Kami tiba dalam jam 3 petang, Terkejut bila lihat kerja-kerja mengemas sudah dilakukan. Ikut kad undangan, majlis diadakan dari 12-4 p.m. Ooo...ingatan buat kami pada masa akan datang. Terdengar teguran seorang lelaki pertengahan usia yang berpakaian sama dengan sekumpulan remaja yang membuka pelapik meja dan menyusun kerusi sewaktu sebahagian tetamu sedang menikmati hidangan (termasuk kami),  "Majlis selesai pukul 4, bukan pukul 3".

P/S  Pengalaman baru 2 Abdul bila pasang telinga dengar orang Perak berbual di majlis kahwin. Deorang cakap macam Ustaz Kazimlah , ada Yop, Yop katanya..Haha, kalau dulu hangpa ber2 sebut "ayaq"... la, kenalah tukar jadi "ayor" pulak..

Artikel berkaitan:

Lari kejap dari SP


Assalamualaikum wbt..

Semalam, 5.30 petang, Anim dan 2 Abdul dah ada dalam bas MARA Liner. Destinasi dituju...Ipoh. Macam-macam aktiviti dihujung persekolahan sampai tak tahu mana yang nak dihadap dulu. Dah meningkat usia, tak boleh nak stress sangat. So...kita larilah kejap. Travel 3 jam dalam bas pun terapi jugak tau.

2 bodyguards yang sentiasa menemani. Olehkerana hanya 12 passengers saja dari SP-Ipoh, maka... seronoklah kami ber3 pilih seats masing-masing. Penat baca komik, si Abdul sulung mengelamun. Si adik....lena lah apalagi.

Pinjam google

Tiba di Terminal Amanjaya di Meru Raya jam 8.30 malam. (JunAina, kat SP pun ada Amanjaya. Meru pun ada di Klang..heee). Encik Suami sudah tiba menyambut kami ber3. Apalagi, perkataan pertama yang keluar dari mulut ialah, "Mana nak p makan?". Duduk dalam bas cuma kunyah kekacang saja.

Dek kerana Ummi depa kena berpantang seafood, daging lembu dan kambing untuk satu tempoh yang belum dikenalpasti, terus menuju ke Restoran Nasi Padang Simpang 3 . Menu yang sama diorder setiap kali ke sini..Nikmat makan bagi orang yang lapar...sampai atas pinggan pun tak bersisa.

Waktu Anim menulis entry ni, 2 Abdul p solat Jumaat. Hari ni tak tahu masjid mana pulak Encik Suami bawa. Singgah kali pertama balik cuti raya haji, si Abdul kecil mengadu tak mau solat Jumaat kat satu masjid kampung di sini . Khatib baca teks putus-putus, katanya. Hai..budak 11 tahun pun dah pandai memilih. Dia susah hati sebab tugas dia setiap kali balik solat Jumaat, kena tazkirah Ummi dia pulak tentang isi khutbah. Setakat ni dia kata, khutbah Jumaat kat SP paling best...heeee.

P/S  Kami ada projek yang nak dibuat lepas solat Jumaat nanti. Chow dulu noo...malam karang baru sempat BW, in sha Allah.

Artikel berkaitan: