Home · About Me · Sitemap ·

Lari kejap dari SP


Assalamualaikum wbt..

Semalam, 5.30 petang, Anim dan 2 Abdul dah ada dalam bas MARA Liner. Destinasi dituju...Ipoh. Macam-macam aktiviti dihujung persekolahan sampai tak tahu mana yang nak dihadap dulu. Dah meningkat usia, tak boleh nak stress sangat. So...kita larilah kejap. Travel 3 jam dalam bas pun terapi jugak tau.

2 bodyguards yang sentiasa menemani. Olehkerana hanya 12 passengers saja dari SP-Ipoh, maka... seronoklah kami ber3 pilih seats masing-masing. Penat baca komik, si Abdul sulung mengelamun. Si adik....lena lah apalagi.

Pinjam google

Tiba di Terminal Amanjaya di Meru Raya jam 8.30 malam. (JunAina, kat SP pun ada Amanjaya. Meru pun ada di Klang..heee). Encik Suami sudah tiba menyambut kami ber3. Apalagi, perkataan pertama yang keluar dari mulut ialah, "Mana nak p makan?". Duduk dalam bas cuma kunyah kekacang saja.

Dek kerana Ummi depa kena berpantang seafood, daging lembu dan kambing untuk satu tempoh yang belum dikenalpasti, terus menuju ke Restoran Nasi Padang Simpang 3 . Menu yang sama diorder setiap kali ke sini..Nikmat makan bagi orang yang lapar...sampai atas pinggan pun tak bersisa.

Waktu Anim menulis entry ni, 2 Abdul p solat Jumaat. Hari ni tak tahu masjid mana pulak Encik Suami bawa. Singgah kali pertama balik cuti raya haji, si Abdul kecil mengadu tak mau solat Jumaat kat satu masjid kampung di sini . Khatib baca teks putus-putus, katanya. Hai..budak 11 tahun pun dah pandai memilih. Dia susah hati sebab tugas dia setiap kali balik solat Jumaat, kena tazkirah Ummi dia pulak tentang isi khutbah. Setakat ni dia kata, khutbah Jumaat kat SP paling best...heeee.

P/S  Kami ada projek yang nak dibuat lepas solat Jumaat nanti. Chow dulu noo...malam karang baru sempat BW, in sha Allah.

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Lari kejap dari SP"

  1. Tu laaa kan, dekat pnghujung cuti..bnyak betul benda yg nak dibereskan..
    Wahhh..ada projek rupanya..Apa ya...???

    BalasPadam
  2. Waa selalunya nekcik dengar weekend hasben..ni kali wiken wif!! takpelah kan...sminggu jerlagi...dah pun cuti..fulltime wif lah ye!!

    BalasPadam
  3. Jangan lupa singgah makan Mee Rebus Ramli kat pekan Ipoh atau pekan Tasek, Restoran Tasik Raban kat belakang stadium Perak atau Nasi Ganja ( hat ni IM tak tahu kat mana... dengar citer jer... )

    BalasPadam
  4. Sesekali naik bas memang best...relaks :)
    Semakin sibuk nampaknya. Bila tarikh sebenar pindah?

    BalasPadam
  5. nmpk seksi ikan tu terduduk atas pinggan hehehe sekali sekala naik bas seronok.

    BalasPadam
  6. Salam...x lame lagi cut I skolah...hmmmmm, mane la 2abdul akn terjah yea. :-)

    BalasPadam
  7. Assalam Kak Anim
    nampak seronok 2 abdul naik bus...=)
    tak lama lg cuti sekolah, lama ;a duduk Ipoh...
    hihi...ada masa boleh pula jalan2 ke Taiping=)

    BalasPadam
  8. Banyak betul nama tempat yg sama kan Kak Anim?

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai