Assalamualaikum wbt...
2 hari balik ke SP...harap-harap cerita hujung minggu di Ipoh belum basi .Tak kira..kita nak cerita juga. Membalas komen Nekcik, nak kata jadi weekend wife pun tak boleh juga sebab hari Sabtu, kami pulang ke SP bersama Encik Suami. Ishh.....itulah jadinya bila cuti hujung minggu berbeza.
Dok ber3 dengan 2 Abdul dari petang Khamis hingga petang Jumaat (abah dia biasanya tiba malam) rasa rugi masa terbuang. Baik kami lari kejap dari SP, hee....
Breakfast time. Restoran Kosiswa berdekatan UTC, berdekatan pasar. Macam-macam ada. Lontong, Yong Tau Fu berkuah sup dan mee/kuey teow goreng panas-panas pun ada. Nampaknya si Abdul kecil kena membiasakan diri. Orang Ipoh tak makan nasi berlauk waktu pagi, huhu..
Lepas depa solat Jumaat di Masjid Kg. Kuala Pari (si Abdul kecil report, khatib masjid tu bagus sebab dia minta semua jemaah yang masih berbual-bual di luar masjid agar masuk dengar khutbah dalam masjid:-) kami ke Restoran Ramuan Opah di Station 18.
Restoran Ramuan Opah dan Restoran Tasik Raban (seperti saranan IM) tak jauh antara satu sama lain. Dekat pula dengan rumah yang bakal kami diami. Walaupun tahu yang Restoran Tasik Raban sediakan menu nasi campur bersama pilihan lauk pauk yang banyak untuk lunch tapi 2 Abdul nak lunch dalam restoran berairconditoned.
Inilah faktor utama lari ke Ipoh. 2 Abdul nak mengecat bilik masing-masing dengan pilihan warna depa sebelum pasang langsir minggu depan. Seronoklah depa kerana bila pindah Ipoh, dapatlah bilik sendiri. Nak jimat kos, kena cat sendiri noo. Abah depa tolong touch up sikit balik kerja. Ummi depa, pegang berus cat buat syarat. Sakit pinggang ooo..terbongkok-bongkok.
Dinner, kami ke Mee Rebus Ramli. Sekarang, lokasinya sudah bertukar area Station 18 juga, berdekatan Petronas. Tak tahulah, rasanya sedikit berbeza berbanding kunjungan pertama. Khabarnya perniagaan sudah diambil alih oleh anaknya Rasa janggal menghirup apple juice dalam restoran guna plastic cup lembik ni. Macam beli air kat pasar malam aja...
Sebelum bertolak balik ke SP, singgah satu majlis kahwin di Ipoh. Kami tiba dalam jam 3 petang, Terkejut bila lihat kerja-kerja mengemas sudah dilakukan. Ikut kad undangan, majlis diadakan dari 12-4 p.m. Ooo...ingatan buat kami pada masa akan datang. Terdengar teguran seorang lelaki pertengahan usia yang berpakaian sama dengan sekumpulan remaja yang membuka pelapik meja dan menyusun kerusi sewaktu sebahagian tetamu sedang menikmati hidangan (termasuk kami), "Majlis selesai pukul 4, bukan pukul 3".
P/S Pengalaman baru 2 Abdul bila pasang telinga dengar orang Perak berbual di majlis kahwin. Deorang cakap macam Ustaz Kazimlah , ada Yop, Yop katanya..Haha, kalau dulu hangpa ber2 sebut "ayaq"... la, kenalah tukar jadi "ayor" pulak..
Breakfast time. Restoran Kosiswa berdekatan UTC, berdekatan pasar. Macam-macam ada. Lontong, Yong Tau Fu berkuah sup dan mee/kuey teow goreng panas-panas pun ada. Nampaknya si Abdul kecil kena membiasakan diri. Orang Ipoh tak makan nasi berlauk waktu pagi, huhu..
Lepas depa solat Jumaat di Masjid Kg. Kuala Pari (si Abdul kecil report, khatib masjid tu bagus sebab dia minta semua jemaah yang masih berbual-bual di luar masjid agar masuk dengar khutbah dalam masjid:-) kami ke Restoran Ramuan Opah di Station 18.
Restoran Ramuan Opah dan Restoran Tasik Raban (seperti saranan IM) tak jauh antara satu sama lain. Dekat pula dengan rumah yang bakal kami diami. Walaupun tahu yang Restoran Tasik Raban sediakan menu nasi campur bersama pilihan lauk pauk yang banyak untuk lunch tapi 2 Abdul nak lunch dalam restoran berairconditoned.
Inilah faktor utama lari ke Ipoh. 2 Abdul nak mengecat bilik masing-masing dengan pilihan warna depa sebelum pasang langsir minggu depan. Seronoklah depa kerana bila pindah Ipoh, dapatlah bilik sendiri. Nak jimat kos, kena cat sendiri noo. Abah depa tolong touch up sikit balik kerja. Ummi depa, pegang berus cat buat syarat. Sakit pinggang ooo..terbongkok-bongkok.
Sebelum bertolak balik ke SP, singgah satu majlis kahwin di Ipoh. Kami tiba dalam jam 3 petang, Terkejut bila lihat kerja-kerja mengemas sudah dilakukan. Ikut kad undangan, majlis diadakan dari 12-4 p.m. Ooo...ingatan buat kami pada masa akan datang. Terdengar teguran seorang lelaki pertengahan usia yang berpakaian sama dengan sekumpulan remaja yang membuka pelapik meja dan menyusun kerusi sewaktu sebahagian tetamu sedang menikmati hidangan (termasuk kami), "Majlis selesai pukul 4, bukan pukul 3".
P/S Pengalaman baru 2 Abdul bila pasang telinga dengar orang Perak berbual di majlis kahwin. Deorang cakap macam Ustaz Kazimlah , ada Yop, Yop katanya..Haha, kalau dulu hangpa ber2 sebut "ayaq"... la, kenalah tukar jadi "ayor" pulak..
Seronok la 2 Abdul mengecat sendiri.. org kedah mkn nasi pg2 sbb nk p menanam kt padang. Hehe
BalasPadammula2 sampai utara, tak biasa. lama2 terbiasa. la ni nak kena biasa2kan balik..heee
Padam1. Kampung IM di hadapan Stadium Perak. Kampung Kepayang.
BalasPadam2. Kalau kenduri di Perak mesti datang tepat-tepat tengahari. Pukul 3 dah kira lambat. Alamat tengok pengantin dah pakai kain pelikat...
1. nanti saya ronda2..
Padam2. ini kena ambil note
Kalau nak rasa Mee Kari Pak Latip, masuk ke Kampung Kepayang hingga jumpa jambatan Sungai Kinta.
BalasPadamnoted, IM..
Padamrajinnya hero...
BalasPadamYa 2 abdul...hero kena rajin...=)
kena buat sendiri...Ummi dan abah dah tak larat, hee
PadamElok le kome...belajor pulok cakap peghok...hehe
BalasPadamBilik sorang satu, warna pilihan masing2...lepas ni terperap dalam bilik le pulak, bilik sapa tingkat 3 tu?
hee...kena latih lidah cakap peghok pulak..
Padamtingkat 3 untuk tetamu:-))
hehehe...lepaih ni cakap perok le pulok ye....
BalasPadamhaaah..gitule gamaknya, hee
Padamdok ipoh lak yer lepas nih . dekat sikit nak balik kg . belajar budaya perak ler lepas ni ...
BalasPadamiyalah vee...perjalanan balik kampung dah minus 3 jam..hee
PadamAneem rasanya cam tak lama ngat pun tak baca blogni dah macam2 cerita yerk.. pindah ipohker!!.. suami kat SP lagikan,,,, kalau saya balik ipoh bolehler cari aneem...
BalasPadamterbalik tu zila. kami masih di SP. Encik Suami dah kat sana..huhu
Padamberjiran lah kite nanti.. kehkeh.. ate.. kena ler belajo bahase perok.. hehehe
BalasPadamkena berguru ngan pn.mell nanti, huhu:-)
Padamnak masuk rumah baru je anim...
BalasPadamseronok ye diarang cat bilik masing2 ke tuu..
rumah orang ain....
Padamkita sewa je untuk jangkamasa yang belum dikenalpasti, hee
Wah seronoknya balik ipoh. Boleh jalan-jalan sambil makan-makan.
BalasPadamAmboiiii boleh bau cat smpi ke sini... ;)
BalasPadamBalik Perlis baru2 ni Aina singgah jugak UTC ni sambil shhopping2 kat Mydin dan makan2 kat situ. Plan lainnya balik Bota Kiri lain kali kami nak singgah shopping barang dapur utk mak kat sini ja...:)
BalasPadam