Home · About Me · Sitemap ·

Pertukaran saya TIDAK diluluskan


Assalamualaikum wbt...

Image dihantar seorang rakan melalui WhatsApp disaat hati berduka

Itulah kenyataannya. Jenuh menjawab messages dan pertanyaan di WhatsApp. Kalian tertanya- tanya jugak tak?  (perasan..)

Semalam, sewaktu dikhabarkan Encik Suami yang menyemak keputusan pertukaran online di ofisnya  , terdiam. Menitis juga airmata. Why..Why..  Sungguh, keyakinan hingga tahap 95%  pertukaran diluluskan. Tambah2 negeri yang dipohon bukan negeri yang "susah" nak masuk. Lainlah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Melaka...

Kemudian cepat2 istighfar. Tak perlu bersedih duhai hati, ianya bukan nokhtah hidup kamu. Masih banyak cabang jalan yang boleh dilalui untuk ke satu-satu destinasi. 

Hati kembali tenang bila Encik Suami memujuk hati. Dia kata persekolahan 2 Abdul akan dia uruskan. Entah apa sebenar ada dalam hatinya. Walhal kalau nak ikut bidang tugasnya, mana lekat kat rumah. 


Ditakdirkan, hari ini Encik Suami ada Hari Inovasi jabatan di ibu negara. Anim pulak memang plan nak ikut sebab SIL kata, Phililps Iron (pressurised steam generator) yang Anim order, dah ada di rumahnya. Kita nak minta dia ajar guna. My SIL ni dealer AMWAY, dealer Tupperware. Bila ada satu-satu sales, dialah tukang habaq. Untungkan saya jadi kakak ipar.

Orang dah lama guna...kita je baru nak belajar guna

Sambil menyelam minum air. Kata kat Encik Suami, letak anak-anak kat rumah SIL, p Hari Inovasi jabatan dia sekejap kemudian bolehlah ke Putrajaya untuk buat rayuan pertukaran. TAPI...semua dokumen ada di SP. Kita kan lepak Ipoh cuti ni. Camna ni? Alhamdulillah...dengan bantuan PT sekolah Anim, semua dokumen sempat difax ke ofis Encik Suami sebelum kami berangkat ke Rawang petang semalam.Syukur..


Jam 12 tengah hari kami dah ada Blok E2, Kementerian Pelajaran Malaysia. Nantilah Anim story apa cerita selanjutnya. Lapar dah ni..Dekat sejam duduk bersama-sama guru-guru dari seluruh negara yang turut membuat rayuan di bilik mesyuarat.

Encik Suami nak bawa Anim makan di satu tempat yang Anim tak pernah sampai lagi katanya. Lepas ni nak jemput 2 Abdul di Rawang dan bertolak balik Ipoh. Esok pagi si Abdul kecil ada ujian kemasukan.

P/S  Ada yang sms, "Suami kak Anim tak de ""cable" ke kat KPM?" In sha Allah, ada. "Cable" kak Anim hanya dengan Allah saja..

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Pertukaran saya TIDAK diluluskan"

  1. Tersentuh rasa baca entri ni. Tringat masa pertukaran liza xdiluluskan drp sarawak ke kl dulu. Mmg nekad ke putrajaya jugak jumpa encik Razali waktu itu. Bg sampul tp dia kata, saya terima ja ni tp belum tentu saya buka. Sedihnya rasa waktu tu... tp alhamdulillah, liza berjaya rayuan tu. Pindah ptengahan bln 7 ke kl. Moga kak aneem pun seperti Liza. Masih ada rezeki..

    BalasPadam
  2. sabar kak.. semoga rayuan kak anim diluluskan.. jika negatif, anggap sajalah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

    BalasPadam
  3. hidup kita akan sentiasa diuji..bertabah lah muga ada jalan..insyaallah

    BalasPadam
  4. mungkin byk hikmah di seblk semua ni...

    BalasPadam
  5. Sabarlah banyak2 kak anim.. In Shaa Allah, mesti ada hikmah semua ni.. Mana tau, ada peluang yang lebih baik untuk Kak Anim.. =)
    http://miezashaklee.blogspot.com

    BalasPadam
  6. tak dpt sbb blum ada kekosongan . nanti bila ada warga ipoh yg dpt pindah , insha Allah , dapatlah tu ... sabar , itu ujian ...

    BalasPadam
  7. ada yg 'membayar' org dalam utk luluskan perpindahan..:)

    BalasPadam
  8. Sabar akak yea. Insyallah lain kali ada rezeki boleh tukar. ada hikmah semua ini.

    BalasPadam
  9. Makchaq doakan semoga cikgu dapat tukaq...lama lagi nak bukak sekolah... boleh buat rayuan banyak kali lagi..
    Makchaq belum lagi pakai iron macam tu... lagi ketinggalan la nampaknya..

    BalasPadam
  10. sabar je lah.......doa banyak2 insyaallah pasti dapat.....

    BalasPadam
  11. sabar kak anim..mesti ada hikmahnya kenapa Allah tangguhkan pertukaran kak anim..sabar banyak2..

    iron philips tu mmg sgt best!! kami beli tak sempat pakai dah terjual..hahaha..

    BalasPadam
  12. sabar ye kak anim.. mesti ade hikmah di balik semua ni.. semoga urusan kak anim di permudahkan..

    BalasPadam
  13. Insya Allah, moga dipermudahkan laluannya. Janganlah bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya, kan.

    Bab iron tu macam best aje nampaknya. Baru dapat tahu dari my sis semalam, nampak pulak dalam blog ni hari ni. Patut ke tak patut saya 'invest' ni? :D

    BalasPadam
  14. Mana bisa duduk berpisahan dengan kang mas, kan Animmmm......rindu sih...bikin pusing...
    Apa pun moga dipermudahkan segala jalannya...dapat bersama suami dan anak anak ...

    BalasPadam
  15. semoga dipermudahkan segala urusan.. insyaallah ada tempat. mungkin belum masanya, bersabarlah kak

    BalasPadam
  16. Inilah cabaran yang harus dilalui seorang guru kan Kak Anim. Sabarlah. Saya doakan rayuan Kak Anim nanti dipermudahkan. Usah kisah dengan kabel tu. Betul kata Kak Anim, kabel paling kuat ialah Allah SWT.

    BalasPadam
  17. Positif kak. Percaturan Allah itu adalah terbaik buat kita, ada yg lebih manis sedang menunggu.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum wbt.

    kak anim, semoga dipermudahkan segala urusan.. Insya Allah...

    Ingat tak cerita kawan saya wani ngn radzi kat sarawak yang saya citer kat Trip to Borneo haritu? huhuhuhu... lagi kesian, 5 6 tahun duduk pedalaman dengan segala kesusahan, turun naik putrajaya, dah masuk pejabat TPM, bot dah karam, masih tak dapat tukar... huhuhhu... last2 kami guna teori buat rayuan online, make sure nama masuk dalam top5 yang register... so wani ngan radzi tunggu, 12.01 tgh malam jer, terus isi.... nama dalam top 5, akhirnya mereka dah dapat tukar ... ke SP pulak tu... hehehe...

    sabar kak yer... khidmat akak masih diperlukan di SP. Insya Allah...
    saya doakan semua nya berjalan lancar... Insya Allah...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai