Assalamualaikum wbt..
Eeeh...apalah tajuk entri ni. Tergantung! Adui...peninglah nak buat tajuk.
Kalau ikutkan hati, tak mau balik SP. Penat nak ulangalik. Si Abdul kecil kan ada ujian kemasukan Khamis ni. Tapi bila memikirkan my Waja yang sudah 2 malam ditinggalkan di tempat parking terbuka Terminal Bas Ekspress SP, gagahkan juga. .
Pertama, dok fikir bayaran parking RM30 semalaman yang dikenakan. Kalau 2 malam, 3 malam.. haha... garu kepala (ke garu dompet?).
Kedua, dok teringat kes satu kereta yang ditinggalkan dalam kawasan masjid di SP yang hilang 4 tayar gara-gara penyamun..Kita teringat ke empat-empat tayar Waja yang baru ditukar Encik Suami bulan Mei lalu.
Perkara pertama dibuat sebaik tiba Terminal Bas Ekspress SP ; periksa ke empat-empat tayar. Syukur alhamdulillah.
Bertambah syukur kerana tiada extra caj parking dikenakan. Silaplah sangkaan sebelum ini.
RM30 semalaman itu bermaksud sekali masuk kot. Semalam ke, 2 malam ke caj tetap RM30. Betul ke maksud semalaman tu? Apa pendapat kalian?
Eeeeh...ada sesuatu dalam peti suratlah . Terharu menerima cenderahati (FM) dari ummi Irfan, Aine Ainun. Cuma nak beritahu, kepala si Abdul tu patah sebaik sampul itu dibuka. Jangan risau.nanti kak Anim lekat dengan gam gajah noo.
Terima kasih atas kesudian dan ingatan AA. Semoga ukhwah maya kita berpanjangan. (Ucapan "terima kasih kak Anim" tu je kak blurr sikit....apa yang kak Anim dah buat?)
P/S Petang ni nak ikut Encik Suami balik Ipoh semula. Kalau ikut hati nak saja angkut barang yang 85% siap packing secepat yang mungkin. Tapi lori pulak tak de hingga hujung bulan ni. Kena tunggu awal bulan 12. Nak buat camna kan?
penat rasa do ulg alik ipoh-sp.. comellah FM tu..
BalasPadamcuti sek buleh la selalu balik kg...poket berlubang soal kedua. sabar je la..
BalasPadamSepatutjya dia kena tulis bayaran rm30 sekali masuk kot. Hehe..
BalasPadamsyukur semuanya dipermudahkan oleh Allah.. comel kedua-dua FM tu kak.. :D
BalasPadamcaj tu utk sekali servis /masuk kan.. xkisah la 2-3 mlm kan..
BalasPadambiasa klo pakai sportrim y kelas2 & mahal mmg mjdi tumpuan.. klo sportrim standard biasa jarang.. tp zaman skarang, smuanya dah ada harga kan.
kalu per entry RM30 mau rabak kalu msk cuma sejam dua hehehe
BalasPadamNasib baik kereta masih dalam keadaan baik :D Mungkin itu caj maksimum untuk kereta yang ditinggalkan lebih daripada sehari kot. Ataupun mungkin juga rezeki tak kena caj lebih-lebih. Gam gajah pun gam gajahlah janji kepalanya lekat balik!
BalasPadamSemalaman? sehari semalamlah kot Anim.....
BalasPadamDahlah kita sorang kalau 4 biji tayang tak de.....huaaaa....lainlah ada suami disisi hehe....
Wah, dapat hadiah ya.
BalasPadam