Home · About Me · Sitemap ·

Abdul Sulung dan result UPSRnya


Assalamualaikum wbt..

SEBELUM exam , dia menyebut lagi tak mahu duduk asrama. Kalau nak diikutkan sejak Tahun 5 lagi, kami mengiyakan. Bukan kata si anak, Bapak Abdul pun 2X5. Tak mau anak duduk asrama. Maklum..selepas 10 tahun hidup ber2, baru dia hadir dalam hidup kami. Kalau ke mana-mana, mesti orang kata dia anak bongsu. Iyakan saja. Kalau kata anak pertama, tak larat pulak nak bercerita.

SEMASA exam, dia bertanya kalau dia tak boleh jawab semua dengan betul dan tak dapat A, macamana? Kita kata..tak payah pikir yang dah selesai exam. Fikir paper yang akan datang. Dah tak boleh buat, nak tolong macamana. Takkan nak masuk dewan exam semula.

SELEPAS result UPSR keluar semalam, kita pula dipesannya,"Tak payahlah cerita dalam blog Ummi". Habis, kalau ada yang bertanya, macamana? Mesti depa nak tahu, tambah-tambah kita ni cikgu. Cikgu ajar anak orang, anak cikgu macamana pulak? Cepat-cepat dia menjawab, "Kalau ada yang tanya, tak pe. Cuma jangan cerita dalam blog Ummi". Adooii, pening kejap cuba memahamkan statement itu, hahaha...

Lepas send image slip result kepada Bapak Abdul yang tak dapat bersama, panjangkan pula pada family group WhatsApp sebelah Anim. Kemudian Embah dan Tok Pak di Kota Tinggi sudah dihubungi. Sepupu sepapat, tok sedara, nenek sedara pun sudah mengetahui. Maklum...anak pertama kita. Eeehh..ada pulak SMS dari jiran kiri dan kanan bertanyakan result dia. Alhamdulillah, cukup beruntung dapat jiran kiri kanan yang baik dan prihatin. Tu sayang nak tinggalkan SP..huhu..

Minatnya terarah kepada bidang agama. Menghafaz doa atau ayat lebih pantas dari menghafaz sifir dan formula. Kami dah plan perancangan pelajaran untuknya di Ipoh nanti. Tak perlu kecewa dengan keputusan yang diperolehi semalam apatah lagi menyebut-nyebut kesilapan dan kelalaian masa lalu. Terus mengorak langkah ke hadapan. Kehidupan masih jauh untuk diterokai. Yang penting...jaga Allah, jaga solatmu. In sha Allah....Allah akan menjagamu.

P/S Untuk menjawab pertanyaan aunty Hainom Okjer dan uncle BM dalam blog kita semalam, biarlah si Abdul jawab sendiri untuk menghormati pendiriannya.."result saya tak cemerlang seperti kawan-kawan lain yang dapat 5A, 4A. kalau sms atau whatsapp, saya beritahulah". ~Abdul Sulung~

Artikel berkaitan:

25 Komen untuk "Abdul Sulung dan result UPSRnya"

  1. apapun keputusannyer kita kena redha & terima kerana dier dah buat sehabis baik & berusaha kan.. masih jauh lagi perjalanannyer kan.... doa dari untie KA all the best untuk masa2 yg akan dtg yer !

    BalasPadam
  2. takpe..result UPSR tak cantik pon takpe..janji akhlak cantik..iman terpelihara..lebih baik bimbing ke arah yang lebih dia minat kak anim..:)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dah selesai upsr, result pun dah keluar. teruskan belajar ... tahniah utk abdul sulung.

    BalasPadam
  4. anim, anak2 saya yg telah lepas2 periksa UPSR, walau pun tak dpt byk A seperti anak2 org lain byk A, alhamdulillah saya redha, mungkin dia dah habis segala usaha, mungkin itu sahaja rezeki yg Allah bagi pada anak2 kita.

    BalasPadam
  5. Baru aje result UPSR bukan penamat segalanya. Tak berapa bagus pun takpa sekurang-kurangnya bila mak nampak gembira (walaupun dalam hati sedih) menyambutnya pulang, itupun sudah cukup rasanya.

    BalasPadam
  6. Perjalanan masih panjang Anim. Macam anak sulung kakak dulu PMR dia cuma dapat 7A 2B sedihnya dia tak terkata. Kakak kata kenapa nak sedih. Yg dapat 9A tu belum tentu "A" dia dgn Allah. Kakak tambah nak cari kerja kelak pun org tak tengok pun sijil PMR tu. Yg penting dah berusaha... Jadi mak ni kita kena saikologi juga Anim. Hati dia pun sedih kalau tak dapat apa yg dikehendaki tapi kita kena sedar Allah tahu kenapa, kenapa dan kenapa semua itu diberikan pada kita..

    Buat Abdul sulung teruskan usaha ye sayang...

    BalasPadam
  7. kak anim pon TTC jugak.. baru fifi tahu.. kak.. mungkin itu yang terbaik untuk abdul sulung.. lagi pon.. mungkin abdul cemerlang di dalam benda lain.. dunie ok lagi kak.. yang penting akhirat kan..

    BalasPadam
  8. Memang begitulah lumrah hidup, bila result periksa keluar, jiran2, rakan2 dan adik beradik akan bertanya: 'Dpt berapa A?'. Tak pula jiran2 misalnya tanya maghrib tadi anak kita pergi solat berjemaah di surau tak? Kita hanya mementingkan keputusan periksa di dunia, tak siapa peduli sama ada kita hadir ke tidak dlm peperiksaan di surau.....

    BalasPadam
  9. Salam Abdul,
    Saya hormati pendirian Abdul. Tahniah kerana berjaya mengharungi ujian pertama. Pak cik dulu pun penilaian darjah 5 dapat 3A jer. Biasalah, mula2 ni akan terasa sesal dan kecewa tapi jangan lama2. Kembalilah bangkit! Hidup perlu diteruskan...Ingat! Perjalanan masih jauh. Ramai yang mendoakan dan menyayangimu. Kejayaan hidup ini bukan hanya berpandukan kpd keputusan peperiksaan sahaja. Fahami diri dan cungkillah bakat serta minat anda. Belajar dan jadilah yang terbaik dalam bidang tersebut. Ianya lebih bermakna dan memberi kepuasan. Luahkan segalanya kpd kedua ibu bapa...pasti mereka akan menyokong mu. Semoga Abdul berjaya di masa akan datang. Ingat pesan Ummi..."Yang penting...jaga Allah, jaga solatmu. In sha Allah....Allah akan menjagamu."

    BalasPadam
  10. cakap kat abdul.. takpa. xdak menda nak malu.. next tym usaha lagi okeh!. ALLAH xkira "A" . ALLAH kira usaha tu..

    BalasPadam
  11. redha jela kak apa pun kptusan upsr dia.lgpun upsr bukan penentukan..

    BalasPadam
  12. xpela...Abdul takmau cerita tapi nak ucap tahniah juga...semoga terus berusaha untuk masa depan yang masih panjang

    BalasPadam
  13. Tak pe macam mana keputusan pun. Panjang lgi perjalanan hidup. Lagipun, bukan itu pengukur mutlaknya. SPM nanti kita buktikan lagi. Semoga terus berusaha ya Abdul Sulung!!

    BalasPadam
  14. Tahniah Abdul sulung... kalau dah berusaha apa2 pun keputusan kita terima dengan redha.. Tak semua orang dianugerahkan otak geliga..
    Anak2 makchaq, Nafisah ja yang belum UPSR, dah nampak hikmahnya setiap apa yang Allah tetapkan.. yang penting kena pupuk lebih untuk kecemerlangan akhirat... budak2 bab akhirat yang lagi depa mudah terleka... (beruntung la kalau dapat dua2 tapi kalau perlu pilih.. pilih la yang lebih abadi..)

    BalasPadam
  15. Assalam Kak Anim
    pertama...kirim salam pada Abdul sulung,,,
    Pesan,...Ummi Irfan kirim ucap Tahniah...=)
    selesai sudah ujian UPSR...
    Selamat bercuti dua Abdul...manfaatkannya...pandang kedepan....
    UPSR bukan penentu dimasa depan...=)

    BalasPadam
  16. Aneem ni tolong sampaikan pesan Okje pada Abdul Sulong..... 'Anak aunty yang sulung tu pun tak secemerlang mereka yang dapat 5A dan 4A, Aunty tau Abdul Sulung cuma tak mau tunjuk skill je untuk UPSR kali ni, betul tak?

    BalasPadam
  17. sama cam anak buah saya , drp awal lagi dok bising x nak masuk sekolah asrama . mungkin Allah makbulkan permintaan dia . Tapi resultnya masih baik . mamanya pun cikgu juga ... heheheee . ada baiknya abdul sulung tu dimasukkan ke sekolah tahfiz sbb cenderung ke arah tu ...

    BalasPadam
  18. Kalau benar dia berminat di bidang agama, maka arahlah kehidupan ke sana. tak rugi malah beruntung di dunia dan akhirat.

    Kalau IM, itulah yang akan IM buat.

    BalasPadam
  19. cuba lagi utk SPM..itu yg lebih penting... upsr ni utk saring murid2 yg layak ke sbp n mrsm aje..

    BalasPadam
  20. Wah, tak kisahlah apapun keputusannya, tahniah buat Abdul Sulung. Teruskan dengan minatnya, insyaallah berjaya.

    BalasPadam
  21. upsr baru langkah pertama, masih jauh lagi perjalanan.. yang penting jangan berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa.. semoga kejayaan menjadi milik abdul sulung..

    BalasPadam
  22. kak...terbaca dlm fb ustazah nurhafizah.. cuba akak tengok.. nasihat utk anak dia yg jugak ambik result upsr..
    apapun tahniah untuk abdul sulung...semoga anak tetap berjaya dalam apa jua bidang di dunia dan akhirat... kegagalan bukan bererti kita tidak berusaha tapi sepatutnya membuktikan yang kita telah cuba sehabis baik..

    BalasPadam
  23. tak per..alhamdulillah...
    saya dulu tak dapat 4A pun (time tu masih 4 subjek jer), tapi alhamdulillah, masuk juga universiti dan jadi juga "orang"... hehehe.... walaupun kecik2 perangai dan result peksa macam "beruang".
    yang penting doa ibu tu sentiasa mengiringi perjalanan hidup supaya berada di jalan yang benar...insya Allah...
    perjalanan abdul sulung (boleh panggil along jer tak?), masih jauh...
    all de best akak ucapkan...caiyok caiyok...

    p/s: kongsi citer ne: http://hnr318.blogspot.com/2013/04/university-of-statistics-fantacy-or.html

    BalasPadam
  24. tak kisah apapun keputusannyer... dia dah buat sebaik mungkin...
    panjang lagi kisah hidupnyer.. asalkan dia pandai membawa diri Insyaallah senanglah hidupnyer..
    hidup ini bukan sekadar keputusan peperiksaan banyak lagi penyebab kejayaan...

    BalasPadam
  25. Kejayaan hari ini bukan penentu berjaya di masa hadapan yang penting usaha untuk mejadi yg terbaik bukan setakat dunia tetapi akhirat jugak.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai