Home · About Me · Sitemap ·

Pemberian bermakna dari teman


Assalamualaikum wbt..

Sebelum sekolah bercuti tempohari, GB ada tanya Anim, Ipoh dan SP dekat kan? Suspen gak. Bila kita tanya nape, dia kata ingat nak buat majlis "send off" Anim bersama murid dan staff pada last day persekolahan (Khamis) . Tapi surat hitam putih transfer tak dapat, takut nanti kata halau pulak. Hikhik...gelihati pulak mendengarnya. Dia cadang nak buat naik sesi persekolahan 2014 nanti, tapi Anim kenalah mai SP katanya. Aduh...terharunya. Kita ni, mengajar sekolah tu tak sampai 5 tahun pun..

Last day tu, tak de sessi nangis-nangis sebab awal-awal lagi Anim kata, Anim masih warga SKS selagi tak dapat surat transfer. Tapi naik sebak juga bila ......

Yana kata, dia buat apam beras ni kerana "teringat kak Anim suka":-))

Kak Lah (Ustazah) tau laksa Utara sempoinya ni memang menjadi favourite Anim (bawa balik lagi). Lain dari yang lain sebab Kak Lah guna daun samak.

Ni rupa daun samak. Resepi sempoi pun dah dapat. Bila dah cuba, boleh share nanti:-))

Al Quran dengan panduan Waqaf & Ibtida' beserta Hukum Tajwid terbitan Telaga Biru pemberian Teacher Fauziah sebelum balik. "Saya nak bagi hari ini jugak walaupun Kak Anim belum dapat surat pindah":-))

Ibarat orang mengantuk disarungkan bantal. Dah lama berhajat nak beli terbitan baru ini kerana Al Quran dengan panduan wakaf dan ibtida' sebelum ini sudah diberi kepada Bonda. Alhamdulillah, yang ini lagi senang membacanya kerana ada tajwid berwarna. Lajulah sikit membacanya berbanding tulisan semua hitam. Terima kasih Fauziah..ingatan ini kekal abadi.

Amboii...ada juga ke untuk 2 Abdul?  Pandai Ustaz Razak (suami Teacher Fauziah) memilih warna kegemaran 2 Abdul. Terima kasih semua.

P/S  Bukan hadiah yang dipinta....cukuplah sekadar mengingati.

Artikel berkaitan:

38 Komen untuk "Pemberian bermakna dari teman"

  1. Pemberian2 yang buat hati kita terharu.

    BalasPadam
  2. Ramai yg sayang sebenarnya Anim. Namun apakan daya tuntutan kehidupan.
    Memang terharu bila mendapat pemberian dari teman-teman tak boleh dinafikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu best mengajar kat kampung kakzakie..rapat

      Padam
  3. sedapnya apam beras.rara suka gila!

    BalasPadam
  4. Pemberian ikhlas kan kak...banyak juga tu..Alhamdulillah...
    wah! sy paling peberet laksa tu kak...:):)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa sempoi...nanti kak share resepi ya, senang

      Padam
  5. Alhamdulillah....moga murah rezeki mereka yg memberi....:-)

    BalasPadam
  6. Bertuahnye....ramai yg sayang kak anim =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu suka mengajar kat kampung...mesra dan rapat;-))

      Padam
  7. Alhamdulillah...rezeki namanya. Pemberian ikhlas dari sahabat-sahabat yang mungkin akan merindui Anim.

    BalasPadam
  8. sedap laksa tu nampak.. huhu..
    alhamdulillah.. sedih kn bila nak pisah ngn kgkawan.. huhu

    BalasPadam
  9. kita yang membacanyer pun terharu inikan pula kalau mengalaminyer..
    memang usia perkenalan bukanlah penentu.. namun ikatan yang ikhlas akan kekal selamanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu kita kena kawan biar seribu kan zila:-))

      Padam
  10. pasti terharu menerima pemberian ikhlas dari sahabat-sahabat guru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita belum dapat tukar lagi, tu yg sedih, heee

      Padam
  11. rezeki tu anim, kalau kita baik dgn semua org gitulah selalunyer !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah mcm family. Tu suka dok sekolah kampung;-))

      Padam
  12. Memang sedih bila nak berpisah dengan kawan2 bila pindah tempat kerja kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi perasaan bersedih tu tak lama..cuma terkenang2 lah mak chaq (pengalaman)

      Padam
  13. Terharu bila ada yang mengingati & menghargai kita kan sis.. =)
    http://miezashaklee.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Salam,..sori berlori.. Anim ni Cikgu ke Ustazah? .. act, che mid tak tau pun Anim ni mengajar maaf ya..ingatkan surirumah sepenuh masa..tapi dalam hati ada gak terdetik..macam terer je ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni cikgu BI, che mid tapi geng bas sekolan panggil " Ustazah Madam" , haha

      Padam
  15. Minta tukar ke atau ditukarkan?? Apa pun, beralih angin ada seronoknya. Cuma masa mula2 nak sesuaikan diri ambik masa sikit...

    BalasPadam
  16. Kat rumah IM ada warung laksa Pokok Mempelam. Taukesohnya adalah adik kepada pemilik laksa Pokok Janggus kat Penang...

    Memang sedap...

    BalasPadam
  17. alamak.. apam tepung beras tu kegemaran saya tu.
    salam perkenalan sis!

    BalasPadam
  18. Untungnya bila dihargaikan nim.....kalau okje dah nangis dah ni Nim...sedih nak tinggal kengkawan...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai